Siapa Kata Ibu Menyusu Tidak Boleh Kelihatan "Vogue"???

Farah Waheda Wahid
18
Sumber dari Google
Semalam... Al-kisahnya terdengar perbualan dua orang rakan sewaktu Farah menikmati makanan tengah hari di sebuah restoran yang berdekatan dengan lokasi Farah bekerja. Bukannya mencuri dengar yer? Tetapi TERDENGAR. Sila fahami... TERDENGAR... Bila terdengar tu, secara automatik jadinya terfikir...Boleh? Ermmm, bukannya apa, sebab walaupun Farah ni bukanlah seseorang yang menyusukan Ash sehingga berumur dua tahun, cuma menyusukan Ash selama lebih kurang dalam tempoh berpantang sahaja tetapi orang kata cubit peha kiri, peha kanan terasa juga kerana Farah ni juga seorang ibu yer tak?

Jatuh dalam kategori ibu walaupun tidak menyusukan Ash lagi, memegang jawatan ibu dan Farah liberal sebenarnya di dalam satu-satu perkara. Ini perbualan sebenar yer? Bukan direka-reka ataupun apa...Memang Farah dengar perbualan ini dengan terang dan jelas kerana mereka iaitu gadis berdua itu memang betul-betul duduk di meja makan yang bersebelahan dengan Farah. Owhh, sebelum itu, kedua-duanya adalah masih anak dara lagi. Dalam erti kata yang lain, masih belum berkahwin.

Apa yang dibincangkan oleh mereka? Macam ni... Farah salin taip semula perbualan mereka di dalam entri ini yer? 

Gadis A: 
Kau tau kenapa aku tak nak kahwin dan tak nak ada anak lagi? 

Gadis B:
Kenapa? 

Gadis A:
Kau perasan tak? Perempuan-perempuan yang dah kahwin kat luar sana tu, sebelum dapat anak pasang "body" bukan main lagi... Bila selepas dapat anak, ya ampunnn serabai nak mamps!!!

Gadis B: 
Memang pun. Aku perasan jer... Alasan sebab tak sempat, sebab itu nak buat ini nak buat. Samalah macam kakak aku tu, baru jer bersalin 3 bulan yang lepas. Sekarang ni, aku tengok dah tak ada rupa dia. Serabai jer. Bila tanya kenapa macam tu? Banyak sangat kerja rumah, kerja pejabat dan tugas ibu dan isteri nak kena selesaikan. 

Gadis A:
Haaa...lagi satu kau perasan tak? Bila mak-mak ni menyusukan anak, pemakaian diaorang hancus!!! Aku tengok macam terhad jer pakaian diaorang...Balik-balik itu jer, balik-balik itu jer...Tak ada kelainan langsung...

Gadis B:
Betul...Aku setuju...

Gadis A:
Haaa, sebab tulah aku tak nak kahwin...elok-elok aku "vogue" terus jadi hancusss...

Agak-agak bernanah tak telinga dengar perbualan macam ni??? Ikutkan hati nak jer tegur kat situ kannn??? Tapi malas nak bergaduh dengan orang. Lagi-lagi orang yang tak kenal. Farah ni sifatnya malas nak bergaduh dan tak suka nak bergaduh dengan orang apatah lagi cari gadh. Tapi...kalau orang yang nak cari gaduh atau cari pasal...dulu lah dulu...memang cepat juga melenting...Tapiii sejak jadi mak-mak ni... "I couldn't care less"... Suka hatilah...Janji Ash cukup serba serbi dan hidup gembira, Farah gembira serta bersyukur di samping bahagia...Haaa...gitchewsss...

Hurmmm, cumanya, nilah nak cakap sikit...Mungkin apa yang diperbualkan oleh gadis-gadis tu disebabkan apa yang selalu dilihat di hadapan mata mereka. Nak salahkan mereka seratus peratus pun tak boleh juga. Dah nampaknya begitu, jadi persepsi mereka begitulah. Kita kena ingat, persepsi setiap manusia ni berbeza dan tak sama. Sebenarnya, jika kita berfikir secara liberal dan waras, kita tak boleh juga nak salahkan orang seratus peratus bila mereka mengatakan tentang sesuatu yer tak? Sebenarnya cara yang terbaik, kita duduk dan berfikir secara liberal, betul atau tidak? Dan kenapa sebenarnya sampai timbul isu itu? Macam biasa, jika tidak melihat manusia tidak berkata, manusia tidak keluar dengan andaian dan persepsi. Sebab tu pandangan mata ni sangat berbahaya...Dari mata boleh jatuh cinta, dari mata boleh membenci, dari mata boleh sakit hati...Macam-macamlah... 

Bila kita berfikir secara liberal, kita mungkin nampak, tak boleh nak salahkan mereka apa yang mereka nampak, apa persepsi mereka. Macam Farah katakan di dalam kenyataan di atas tadi, mungkin disebabkan mereka selalu dihidangkan dengan pemandangan begitu. Bila kita yang mendengar ni, nak nak lagi secara kebetulan kita pula ibu yang menyusukan anak...Apa yang perlu kita lakukan? Ubah persepsi orang kepada ibu yang menyusukan anak...

#ehhh...Siapa kata ibu menyusu tak boleh kelihatan "vogue"??? Dulu-dulu mungkinlah macam terhad jer jenis pemakaian yang boleh dipakai oleh ibu-ibu yang menyusu supaya senang selak kannn??? Tapi dengan evolusi fesyen zaman sekarang ni, macam-macam baju khas untuk ibu menyusu boleh didapati di pasaran. Melambak jer... Antara tahu atau tidak, antara nak dengan tak nak... Haaa...Farah kan jenis yang sukakan fesyen dan Farah suka baju-baju yang kelihatan ringkas tetapi elegan...Jalan punya jalan di jaringan-jaringan internet, Farah terjumpalah satu laman web jualan atas talian yang ini...


Laman web jualan atas talian MUMSLUV - Mother's Inspiration. Apa yang Farah boleh katakan koleksi MUMSLUV sememangnya penuh stail, menjaga aurat ibu, elegan dan juga praktikal. Ini pandangan peribadi Farah. Bagi Farah sememangnya bersesuaian bagi ibu-ibu menyusu yang mencari pakaian mesra menyusu tanpa perlu mengorbankan gaya serta penampilan. Farah kongsi ni sebab Farah cuma memberi cadangan, jika anda menyusukan anak anda tetapi tidak tahu di mana nak cari pilihan pakaian bergaya yang mesra menyusu, untuk menambah koleksi ataupun men-transformasi diri anda sebagai ibu yang tidak mengabaikan penampilan diri agar tidak dikata oleh orang seperti gadis-gadis di atas tadi yang Farah kongsikan di atas. Ikhlas Farah berkongsi, jangan anggap Farah ni menghina ke apa yer? Tak ada niat langsung di hati. Tak terdetik pun. Farah cuma memberikan cadangan ok?

Sekali lagi Farah ulangi... SIAPA KATA IBU MENYUSU TIDAK BOLEH KELIHATAN "VOGUE"??? Farah dah belek dah setiap koleksi pakaian yang ditawarkan oleh MUMSLUV ni... Memang dengan koleksi pakaian mesra menyusu yang Farah lihat...anda tak perlu bersusah payah untuk cari tempat khas menyusukan si kecil di "shopping complex" atau di mana-mana sahaja, anda boleh terus susukan si kecil anda "on the spot" tanpa perlu membawa alatan susuan, anda tidak perlu bersusah-payah untuk kelihatan cantik meskipun menyusukan bayi kerana sememangnya koleksi baju menyusu atau "nursing" di MUMSLUV adalah "fashionable", cantik dan memang nampak berkualiti tinggi dan anda boleh menyusukan si kecil dengan selesa, sopan dan tidak perlu menyelak baju dari bawah!!!

Suka juga sebenarnya dengan koleksi baju-baju dari MUMSLUV ni...Tiba-tiba Farah pula yang jadi tertarik dan menarik "uolss"...#ehhh...Ha ha ha....






Ini semua adalah pilihan mata dan hati Farah yang Farah rasa berkenan di hati dan ingin tengok kawan-kawan yang menyusukan anak bergaya dengannya...He he he...Kalau Farah yang pakai pun tak salah rasanya kannn??? Betul tak kata Farah??? Cantik, elegan dan bergaya? Jadi, kalau anda ibu-ibu menyusu di luar sana, tak menyusu pun tak apa, nak cari pakaian yang selesa, sopan dan bergaya dan mengubah persepsi orang-orang di luar sana yang mengatakan ibu menyusu ni tak boleh nak bergaya...Ubah pandangan mereka dan tukar persepsi mereka...Salah satu darinya anda bolehlah cuba-cuba mencuci mata dan mencuba membeli koleksi-koleksi yang ditawarkan oleh MUMSLUV ni...Ini sebagai salah satu pilihan yang Farah kongsikan pada anda....

UNTUK MAKLUMAT LANJUT




Untuk AidilAdha ni, dengar khabarnya MUMSLUV akan mengeluarkan koleksi-koleksi terbaru mereka di atas laman web jualan atas talian mereka...Tiba-tiba Farah pun jadi teruja tau tak? Tak sabar nak tengok koleksi AidilAdha. Apa lagi kan? Bolehlah mak-mak melaram di AidilAdha dengan baju raya AidilAdha kan? Jadi sila ikuti dengan rapat setiap perkembangan MUMSLUV agar anda tidak ketinggalan untuk jadi seorang ibu yang bergaya!!! ;-)

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kite jadi mcmtu pon sebab nak jaga anak,rumah semua.
    tapi apa-apapon kite jangan sesekali amek kesempatan dgn kerja semua tu.sesekali boleh cuba bergaya.hee~

    ReplyDelete
  2. Kejamnya statement sebab xmo kawen tu. Hadoi la. Nnt kita nk usha baju2 tu ya farah

    ReplyDelete
  3. Mmg cantik cantik koleksi mumsluv ni. Mommies yg tak menyusu dah pun boleh pakai. Akak pun dah terbekenan blouse tu hehehe

    ReplyDelete
  4. ehhhh akak vogue jer.. hehehee!
    tp betul kita ni walau dah kawin n ada anak penampilan kena sentiasa cantik dan kemas.. jgn lah kuar rumah muka pucat jer kan.. touch up lah sikit

    ReplyDelete
  5. cantiknyaaaa baju yg last sekali tuuuu..

    ReplyDelete
  6. Mereka agak tertinggal Fara. Kesian dlm dunia maju dan canggih ini mereka ketinggalan jauh dlm hal begini. Rugi tak kawen satu. Rugi tak jadi wanita lengkap satu. Rugi dlm hal buat kebajikan satu (sebab pahala org yg kawen lebih besar tau). eh kalau nak kata rugi banyak sungguh. Mereka tak tahu indahnya sebab boleh berkongsi banyak hal... lihat lebih jauh ramai yg comel-lote dan vouge walau anak dah setengah dozen!

    ReplyDelete
  7. Perghhh...memang semua koleksi di atas ni yang Anim berkenan jugak! Yang penting, ibu menyusu juga boleh nampak "vogue" kan Farah? Kalau jumpa dua orang budak tu. mau jugak Anim sekolahkan diaorang hehehe :D

    ReplyDelete
  8. @-)amboi....Nebes gak ingtkan dorg nak ckp yg cik b org yg bf ni cam mak lampir ke ape ke.kekeke...xbergaya rupanya

    Trasa tau..i pn bf gak bb. Tp memang pun. Kalau tak xdela org buat nursing wear utk mommy2 yg bf ni..sebab tak gojesla nak bg gojes ni..xgithewww..ekekke

    ReplyDelete
  9. Haha... Dia kahwin nanti tahu lah...

    ReplyDelete
  10. mmg cantik2 mumluv ni farah... lin wpun xbf prefer bju macam ni... senang klu bf bby xpyh la nak beli baju baru..

    ReplyDelete
  11. amboi..amboi sakan depa gossip no Farah,sabar je la..

    tapi baju kat atas nie mmg cantik2..boleh la kita mak2 nie bergaya sampai org tak tau beza..anak dara ka mak dara..kan..kan..ehehe

    ReplyDelete
  12. Pandangan orangkan..kita nak sanggah pun itu hak mereka..mungkin mereka tidak alami lagi..mudah untuk berkata kata..huhu..cuma ralatnya bila wanita berkata tidak mahu berkahwin kerana nak jaga badan..bahaya..

    ReplyDelete
  13. Sebenarnya sekarang banyak baju yang sesuai untuk dipakai oleh ibu yang menyusukan baby..bahkan rasa lagi menarik daripada baju yang biasa2..just pendapat 20 sen sy

    ReplyDelete
  14. conversation yg tak brape pandai!
    kawin best.
    beranak best.
    susu kan anak best.
    boleh aje vogue mcm anak dara :)

    ReplyDelete
  15. Waah, lawa koleksi di atas tu. Kalau taknak kahwen sebb takut tak vogue, sangat cetek pemikirannya. Kesiaaan..semua itu atas usaha diri sendiri sebenarnya. Kalau dah malas nak jaga penampilan diri, memang salah sendirila...masih ramai je bu-ibu yang menyusu sekarang ni tetap kelihatan vogue. Dan masih ramai je ibu menyusu makin bertubuh langsing!

    ReplyDelete
  16. sekarang dah banyak pilihan.. pilih je nak fesyen macam mana.. colour apa.. sediakan je duitnya.. hehehehee... :)

    ibu yang menyusukan anak-anaknya is awesome ...!! ohhh yessss... :)

    ReplyDelete
  17. Semakin ramai anak semakin giat diriku nak bervogue the vass.Hehe..Tapi memang lawo2 koleksi kat atas ni.Nak kena grab satu ni !

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !