Home » , , , , , , , , , » Shaping A Colourful Community Bersama PLAY-DOH | #playdohmonth2015

Shaping A Colourful Community Bersama PLAY-DOH | #playdohmonth2015


Semakin anak-anak membesar, semakin penting bagi kita sebagai ibu bapa memantau perkembangan anak-anak dan juga membantu anak-anak berkembang dengan positif. Salah satunya adalah melalui imaginasi yang sihat. Imaginasi yang sihat memainkan peranan yang penting di dalam pembelajaran kanak-kanak. Akan tetapi bagaimanakah caranya bagi kita ibu bapa untuk membantu anak-anak mempunyai atau membina imaginasi yang sihat. Sebenarnya terdapat pelbagai cara...Salah satunya adalah melalui permainan PLAY-DOH.

Tak sangka, kenangan waktu kecil bergelumang dengan PLAY-DOH oleh Farah, sempat juga dirasai oleh Ash. Memang lama sungguh PLAY-DOH menjadi sebahagian daripada alat bantu perkembangan kanak-kanak. Tak lekang dek hujan, tak luput di zaman. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, bereksperimentasi dan mengukir ciptaan unik tersendiri. 

Ikut-ikutkan Farah masih belum mahu membelikan Ash set PLAY-DOH nya yang tersendiri disebabkan umurnya baru sahaja nak mencecah 2 tahun pada November 2015 ini nanti. Akan tetapi, inilah yang dinamakan rezeki Ash untuk merasai permainan PLAY-DOH dengan lebih awal? Kenapa? 


Baru-baru ini, pihak PLAY-DOH telah berbesar hati untuk menghantar satu set PLAY-DOH Party Pack yang mengandungi 10 warna-warna yang menarik untuk Ash!!! Masalahnya yang menjadi lebih teruja bukannya Ash sahaja... Mommy dia pun sama...Hik hik hik... Macam mana tu? Terus terimbau nostalgia tau tak? Teringat zaman-zaman bermain dan bergelumang dengan PLAY-DOH nih serta merta... 


Anak dan Mommy sama naik nak bergembira bersama PLAY-DOH, terus terlupa niat Farah yang ingin memperkenalkan permainan PLAY-DOH pada Ash sewaktu berusia 2 tahun 5 bulan nanti. Haaa, tu dia, dah siap ada "timeline" dah untuk Ash bila dan bila nak memperkenalkan dia kepada sesuatu jenis permainan...Hik hik hik...Iya, kalau ikut-ikutkan memang kena perkenalkan anak-anak permainan yang bersesuaian mengikut usia mereka, akan tetapi kita ni manusia biasa ada kalanya terlepas juga apa yang digariskan. Asalkan tidak memudaratkan dan berada di bawah pantauan tak apalah kan? 

Apa yang sempat kami hasilkan dari PLAY-DOH sewaktu sesi bermain dan "bonding-time" kami bersama tempoh hari? 


Bunga ros yang dihasilkan dengan menggunakan "skill" men-deco kek yang selama ini dipraktikkan dibawa sehingga ke PLAY-DOH...Muahahaha...Jadilah kannn? Ash nampak... "awerrr...awerrr"...Maksudnya "flower"...


Yang ini jam tangan...Yang benarnya telah kehilangan idea ataupun putus idea...Jam tangan pun jam tanganlah... Haaa...nampak tak? Bukannya semata mengasah imaginasi anak tetapi juga mengasah imaginasi mak-mak dan abah-abah...  



"Masterpiece" Farah yang paling Ash sukai dan inilah yang dia minta pun sebenarnya...Katanya "burrr...burrr"...Bermaksud "bird"...Errrr... "bird" ke ni Ash? Mommy cadangnya buat "chicken"...Mungkin mata dia nampak "bird"lah tu... Nampak sangat tak berapa nak berseni Mommy dia nih... 


Dah main sila kemas yer nakkk? Jangan sepah-sepah tau... Nanti pengsannn Mommy...Ha ha ha... Begitulah keseronokkan yang kami alami sewaktu bersuka ria berimaginasi bersama PLAY-DOH. Akan tetapi bukan setakat "bonding-time" kami yang Farah ingin kongsikan... Ada sesuatu yang menarik untuk Farah kongsikan bersempena dengan cuti persekolahan kali ini... Nak tau tak? Jomlah baca perkongsian Farah yang seterusnya ni... 

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH - menurut apa sahaja yang dipilih, sama ada ukiran, nombor ataupun huruf. Contohnya... 





Semasa anda mencipta yang baru atau mencipta semua yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH paling banyak dalam satu hari pada 26 September 2015 (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH  anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH yang menarik. 

Dengan PLAY-DOH, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen - melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.

Anda dan anak anda boleh mula "Membina Komuniti Ceria" dengan tips berikut:

Langkah 1
Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut dengan menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.

Langkah 2
Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.

Langkah 3
Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah rekabentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia! 

Jadiii, jomlah kita bersama-sama memeriahkan lagi sambutan bulan PLAY-DOH bagi tahun 2015 ini dan jangan ketinggalan untuk turut serta di dalam aktiviti ini pada 26 September 2015, Sabtu ini di lokasi yang telah Farah kongsikan sebentar tadi. Lagipun cuti sekolah kannn? Bolehlah membawa anak-anak beriadah sambil merangsang kreativiti mereka... :-)... Mana tahu, ada jodoh, dapatlah kita berjumpa di sana... ;-)... 

Untuk Maklumat Lanjut dan Terkini tentang Bulan PLAY-DOH sila layari laman web PLAY-DOH

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Shaping A Colourful Community Bersama PLAY-DOH | #playdohmonth2015, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, September 21, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. Kadang2 rasa mak yang akan main lebih daripada anak..hehehe

    ReplyDelete
  2. Eiii..comelnyee...rase cm nk main jgk je..hehe

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang lagi cantik playdoh sebab colorful. mak ayah peru kreatif jer nak dptkan hasil yg awsem tuk anak.

    ReplyDelete
  4. Hehe yuppp stuju ngan Farag..kdgkala kita yg mak.mak abah abah laaa yg teruja lebih..Tapi kan mmg diperakui Play Doh permainan hebat utk ank2..

    ReplyDelete
  5. wahhh menarik!
    beli satu kat anak bagus ni, boleh bina kreativiti dia..

    ReplyDelete
  6. Dulu main plastetin je..hehe..best main playdoh ni

    ReplyDelete
  7. Creative nyaa !! Mommy ke ash yg main? Learn togther ^.^

    Jom kak meriahkan
    giveaway mimin

    ReplyDelete
  8. Brr brr brr.. haha konfiuse jap. Kazen lisa pon suka main ni... smpai tinggalkan bekas kt lntai

    ReplyDelete
  9. budak budak suke sgt lah bnda alah nii..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY