Home » , , , , » Sepagi Di Pasar Basah Pasir Penambang, Kuala Selangor

Sepagi Di Pasar Basah Pasir Penambang, Kuala Selangor

Pembayangnya mudah saja... "Dik, lama dah kita tak beli ikan sayur di Pasar Basah Pasir Penambang, Kuala Selangor... Adik ada banyak kerja ke nak kena selesaikan?"... Bila dah dengar pembayang begitu, sebagai anak tentulah Farah faham kan? Tak kan lah nak kata tak boleh dan sibuk pula? Sesekali menghiburkan hati ibu bapa apa salahnya yer tak? 

Disebabkan itu, Farah pun siapkan Ash pagi semalam dan kami bergerak menuju ke Pasir Penambang, Kuala Selangor. Alaaa... Bukannya jauh sangat pun. Ikut jalan belakang taman perumahan kami, tup tup tup sampai dah... Ash agak kehairanan jugalah lalu jalan kampung, kiri kanan hijau, nampak monyet berkeliaran. Lalu jalan pintas kan? Tapi kalau malam hari memang taklah nak lalu situ oiiii...Seriau akak ok? Muahahaha...Sunyi jalan pintas tu malam hari. Sunyi sangat-sangat. Siang hari jer banyak kenderaan lalu lalang. 

Memang tak dinafikan, banyak perbezaannya bila membeli di kedai runcit di taman perumahan ataupun di pasar-pasar raya dengan Pasar Basah Pasir Penambang. Bila bahan-bahan basah masakan dibeli dari Pasar Basah Pasir Penambang, memang terasa manisnya ikan dan makanan laut yang dimasak. Sebab? Sebab selalunya kami akan pergi sama ada waktu pagi ataupun pukul 2 petang ketika ikan dan makanan laut lain baru sahaja naik dari laut dan dihantar terus ke pasar. 


Ahaksss....Ash masuk pasar dengan Nek Ma dengan Mommy. Nampak sahaja ikan... "Ishhh...ishhh..." Maksudnya "fish". Ikan ni harganya RM 23.00 sekilo, masih segar bugar dan bau laut. Beli seekor boleh masak 2 kali masakan dengan 2 jenis masakan yang berbeza. Bagi keluarga Farah lah... Memadailah tu bagi kami yang berada di dalam keluarga yang kecil ni. Cuma ada Nek Ma Ash, Atuk Ash, Farah dan juga Ash sahaja kan? 

Kalau dah jejak Pasar Basah Pasir Penambang ni, tak sah kalau tak membeli makanan laut seperti...



Ketam ni memang size XL. Puas hati tengok dan puas hati juga makan. Harga sekilo RM 28.00 beli 4 ekor jadinya RM 33.00. Dah selamat masak Kari Ketam Tanpa Santan dah. "All time favourite" Farah. Untuk Ash Farah masakkan Sup Ketam. Memang puas hati makan dan isinya memang padat serta manis. Kalau tak pasti macam mana nak membeli ketam yang elok serta segar, bolehlah rujuk entri lama Farah yang bertajuk Bagaimana Memilih & Membeli Ketam Segar...


Ikan Bawal Putih berharga RM 33.00 sekilo. Beli 3 ekor bersamaan RM 17.00. Dalam banyak-banyak jenis Ikan Bawal, Farah cuma sukakan Ikan Bawal Putih sahaja berbanding Ikan Bawal Hitam atau Emas. Sebab isinya licin berbanding Ikan Bawal Hitam atau Emas yang kesat. Belikan untuk Ash. Ash suka Ikan Bawal Masak Masam Manis. Kalau masakkan untuk Ash seekor sekali masak makanya boleh jadi 3 kali masak.



Udang harganya berbeza mengikut saiz juga. Udang laut bukan udang bela. Ada yang RM36.00 sekilo, ada yang RM 56.00 sekilo. Ikutlah kan anda pilih yang mana. Bila nampak udang terbayang Sambal Udang. He he he...



Sotong tu yang benarnya saiznya sehasta lengan. Besar kannn??? Masih segar dan masih keras. Tak beli pun. Sajaaa...ambil gambar. Yang menariknya, terdapat banyak jenis sayur kampung dengan harga yang sangat murah. 3 ikat RM 5.00. Seikat tu ada 2 cekak, boleh jadi 2 kali masakan. Kalau kat kedai runcit tu memang tak dapat macam tu. Pasar raya pun takkan dapat.

Bagi Farah dan Nek Ma Ash memang puas jika berbelanja di Pasar Basah Pasir Penambang, Kuala Selangor. Macam-macam ada dan sememang segar-segar. Owh, ayam sekilo harganya RM 8.00 di sana. Lagipun pasarnya memang bersih dan tak adalah terlalu lecah. Siapa yang pernah pergi ke Pasar Basah Pasir Penambang tahu ler ....

Sepagi di Pasar Basah Pasir Penambang, Kuala Selangor ...macam-macam jenis makanan laut Ash nampak dan belajar... Ha ha ha... Menambah ilmu pengetahuan dan meluaskan pemandangan katanya. Bagi dia kenal jenis-jenis makanan laut... Dia pun teruja dan diam jer tengok orang ramai di pasar, jadi becok bila nampak ikan, ketam dan udang... ;-),

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sepagi Di Pasar Basah Pasir Penambang, Kuala Selangor, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, September 11, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. saya terkejut baca satu kilogram ikan merah tuh RM23 sekilo..kat tempat saya bole dikatakan murah lagi walupon harga dah naik ...selamat makan tengah hari ........ ^^

    ReplyDelete
  2. kalau akak pulak,bila balik kampung di mersing,mesti pergi jeti tunggu boat datang,beli ikan fresh.harga pun masih murah lagi klu kat jeti tu..

    ReplyDelete
  3. boleh tahan mahal harga dia ,, maybe saya kwsn kpg nelayan so harga mmg beza murah ^_^

    *jemput singgah http://zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. sakan beli lauk pauk kak..stok seminggu terus yer..

    ReplyDelete
  5. segar segarnyaaa. Fiza kalo g pasar pun jadi geram nak beli semua, heee

    ReplyDelete
  6. Anak soleheh inilah dia..
    Menggembirakan mak-ayah satu yg tak ternilai Farah
    Tak rugi, dpt makan sea-food yg fresh, dpt jenjalan, dpt gembirakan mak-ayah lagi.
    Geram kakak tengok semuanya nampak fresh.

    ReplyDelete
  7. tadi dah geram kat FB.ni geram kat sini plak..adikkkkk...moh la bawak akak plak....geram dah ni....

    ReplyDelete
  8. siam punya atau tempatan punya?

    ReplyDelete
  9. Murah lagi harga ni. Sy baru pegi smlm dh naik rm28 dgn rm30 sekilo ikan merah. Agakny sbb smlm hujan jadi ikan mahal. Ribut mungkin nelayan Susah ke laut.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY