Home » , , , , , , , , , » Pontianak Menangis | Paku Jangan Tak Paku!!!

Pontianak Menangis | Paku Jangan Tak Paku!!!


Malam semalam punya kes!!! Dahlah diri ini tak berapa nak berani sangat tetapi nak jugaaaa tonton tayangan perdana filem Pontianak Menangis ni bersama dengan rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Rasa-rasa andalah, jika anda menonton trailer filem Pontianak Menangis di dalam video trailer di atas yang dipetik dari YouTube, anda berani tak nak pulang ke rumah melalui satu jalan yang sememangnya tidak banyak kereta dan jalannya sunyi gelap...Muahahaha... 


Pontianak Menangis ni sebenarnya adalah sebuah filem yang bergenre seram komedi. Ianya adalah merupakan sebuah filem terbitan pertama Heart N Soul Sdn Bhd yang telah diarahkan oleh seniman saudara Ismail Jejaka FDAM yang lebih dikenali sebagai pemuzik penggesek gergaji di mana bakatnya telah dicungkil dari program "BAKAT" terbitan RTM pada tahun 1979.


Inilah dia pengarahnya seniman saudara Ismail Jejaka... Ok, apakah kisahnya Pontianak Menangis ni? 

Sinopsis Pontianak Menangis

Berkisahkan Kampung Selamat yang kerap diganggu oleh pontianak di waktu malam dan setiap hari sering berlaku kecurian harta benda penduduk Kampung Selamat. Disebabkan kejadian itu, penduduk Kampung Selamat telah berpakat untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi di atas gangguan yang berlaku setiap hari. 

Seorang pemuda yang bergelar Din Kelentong telah memberi cadangan yang kononnya dia mengenali seorang pakar pengusir pontianak dari Tanah Jawa yang digelar Raja Paku. Di atas cadangan yang bernas itu, seluruh penduduk Kampung Selamat telah sepakat bersetuju dengan menyokong rancangan Din Kelentong.

Oleh kerana Raja Paku yang diceritakan oleh Din Kelentong itu tidak wujud, maka dia berpakat dengan rakan karibnya "Mat Yeh" untuk menyamar sebagai Raja Paku. Mat Yeh bersetuju dengan cadangan itu sehingga dipercayai oleh semua penduduk Kampung Selamat. 

Harapan tinggi penduduk Kampung Selamat mengharapkan Mat Yeh dapat mengusir pontianak. Tetapi lain pula terjadi apabila Mat Yeh telah jatuh cinta pada pontianak itu. Akhirnya segala kejadian yang terjadi di Kampung Selamat telah terbongkar... Semuanya terbongkar...Siapakah dalang yang berbuat onar dalam semua kejadian di Kampung Selamat??? 

Begitulah kisahnya... nak tau kisah sepenuhnya??? Anda boleh tonton filem ini di pawagam bermula dari 1 Oktober 2015 ini. Menangis tak menangis kita tengok nanti yer? Antara barisan pelakon yang menjayakan filem ini adalah Sally (Indonesia), Bella (Indonesia), Sayuti (Indonesia), Soya, Yassin Senario, Wan Walla, Rahim Sepahtu, Hamdan Senario, Ilya Senario, Joey, Watie Elite dan Sathia. 

Alhamdulillah, sampai juga rumah dengan jayanya...Selepas menonton masih berani lagi meneruskan perjalanan pulang ke rumah walaupunnnn dah tengah malam kannn??? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Pontianak Menangis | Paku Jangan Tak Paku!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, September 29, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

21 comments:

  1. serammmmm pulak dengor muzik terapi tu huhu ... agaknya filem ni pun seram jugak la ye kan hehe :D

    ReplyDelete
  2. saya tak berani tengok filem seram sorang-sorang..hihi

    ReplyDelete
  3. takut jugak nak tengok,pastu nak balik sensorang..ehehe..

    ReplyDelete
  4. Walaupun ianya berbentuk komedi, tapi tajuknya tetap seram. Huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Hehe best ke citer ni ...seram plok mlm2 nk blik umah

    ReplyDelete
  6. harap tak menangis lah tengok pontianak ni.. huhuhuu

    ReplyDelete
  7. Hmm nama watak din kelentong, kenapa lah agaknya ye

    ReplyDelete
  8. Hmm nama watak din kelentong, kenapa lah agaknya ye

    ReplyDelete
  9. Wow...agak2 menangis tak lepas tengok cerita nie...lagi2 bila nak balik rumah

    ReplyDelete
  10. Lama tak tgk wayang. ..nt nk try juga bw anak2

    ReplyDelete
  11. assalam farah
    jenjalan sini.
    ismail jejaka ni ayah my friend. orang ganu juge.

    ReplyDelete
  12. lbh kpd komedi sbnrnya citer ni kann...

    ReplyDelete
  13. Sedih ! Gelak je ....menangis2 tengok...

    ReplyDelete
  14. scene mat yeh dengan pontianak tu memang best..

    ReplyDelete
  15. ending tak sempat tgk habis blh terlelap..

    .syahdunya gesekan gergaji, boleh membuatkan penontonn menangis teresak bersama pontianak ? ..jom la tonton

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY