Pengurusan Masa Seorang Ibu Bergelar Blogger???

Farah Waheda Wahid
12
Sumber Dari Google
Kerap juga rasanya Farah berkongsi tentang perjalanan Farah sebagai seorang ibu, seorang blogger, seorang pekerja dan juga sebagai seseorang yang menguruskan hal ehwal rumahtangga. Antaranya adalah...


Dan entri ini bukanlah bermaksud Farah nak berulang-ulang untuk menceritakan perkara yang sama sahaja berulang-kali di Bubblynotes.Com. Farah menyediakan entri ini bagi menjawab soalan yang telah diajukan oleh seorang kakak yang Farah kenali di alam blogger dan juga merupakan salah seorang pembaca yang sudi singgah di Bubblynotes.Com. 


Soalan daripada Kak Gojes, dan Farah tau ianya adalah agak kurang jelas jika hendak dilihat sekali imbas... Tak apa, Farah taipkan balik di sini semula pertanyaan Kak Gojes:

Assalamualaikum Farah...Kak Gojes nak tanya Farah dengan beberapa soalan tentang blog. Farah bekerja kan? Bagaimana Farah membahagikan masa dengan kerja, blog dan "family"? Lepas tu siap "blogwalking" dan komen blog lain? Kak Gojes kagum dengan Farah dan sebab itu mahu tau apa rahsianya Farah buat semua ini? Kak Gojes pun ibu juga... isteri juga dan bekerja...tetapi ambil masa untuk kunjungan balas di mana-mana blog kalau "free" sehari... Sehari lah nak masuk semua blog... Ok... Apa pun Kak Gojes harap Farah bagi "respond" dengan soalah Kak Gojes ni... 

Begitulah bunyi buah butirnya pertanyaan yang Farah terima dari Kak Gojes. Haaa... bagi tidak menghampakan Kak Gojes...ni Farah nak jawab ni kak, nak jawab...ekekekeke... 

Sumber dari Google
Nak buat semua perkara dalam satu masa memang tidak semudah yang disangkakan. Farah melihat di sini sebagai cabarannya dan di sini adalah di mana Farah menguji kemampuan diri Farah sendiri sama ada Farah adalah seseorang yang layak digelar "multitasker" ataupun tidak? Farah uji yer bukan nak menunjuk-nunjuk yang Farah ni bagus segala... Bekerja makan gaji dari 8 pagi sehingga 5 petang dari Isnin hingga ke Jumaat, ada kalanya lebih dari waktu bekerja yang ditetapkan...Tersekat di kesesakkan lalu lintas yang memakan masa, sampai di rumah bila matahari telah terbenam, masa yang perlu diagihkan untuk Ash dan menyelesaikan segala kerja rumah untuk hari yang berkenaan...Iya Farah akui ianya bukan mudah. 

Hidup Farah ni memang penuh "struggles" dan selalunya memang masa amat-amat mencemburui Farah, sampaikan kalau boleh nak mengemis lagi waktu tambahan dalam sehari. Tetapi itu adalah mustahilkan? Sebenarnya boleh sahaja tidak bersusah-payah untuk "juggling update" blog setiap hari. Boleh sahaja teruskan kehidupan seperti biasa dan penuhi hari dengan kesibukkan sedia ada yang memang menanti tu. Kerja juga memerlukan kotak pemikiran, ber-blog juga memerlukan kotak pemikiran. Tapi kenapa Farah perlu bersusah-payah untuk mencari waktu dan ruang untuk berblog juga? Kerana ia adalah "passion" Farah dan ianya adalah salah-satu cara Farah melepaskan tekanan. Kerana Farah sememangnya seseorang yang suka menulis. 

Farah jenisnya, jika mahukan sesuatu, Farah akan berusaha sebaik mungkin yang Farah mampu untuk merealisasikan apa yang Farah mahu. Hidup perlu ada sasaran. "My biggest take away... It's really a simple concept - but one that I fail to do so often... Write down what I need to do...". Iya, Farah ada satu buku nota kecil yang Farah akan catatkan perkara apa yang perlu Farah selesaikan di dalam tempoh masa sehari dan buku itu jugalah menjadi sebagai senarai semakan sama ada ianya telah diselesaikan ataupun tidak. Kalau selesai semuanya...berbunga-bunga rasa hati ini, kalau tidak rasanya ibarat macam tak produktif diri ini dan kurang pula rasa gembira di hati...Muahahaha... Tapi tak mengapa, itu masalah diri Farah sendiri, bukannya masalah orang lain... Ekekeke.... 

Sedikit perkongsian (nak kata tips diri ini bukannya bagus mana punnn....)... 

Integrasikan "Family Life" Dengan "Blog Life"
Bukan bermaksud mengorbankan waktu bersama keluarga tetapi cuba meng-kombinasikan kedua-duanya. Kita ni ibu, kita nak juga bergelar blogger, kita nak juga ada kehidupan dalam masa yang sama. Kita rasa kita tak nak kehilangan salah satu pun dari setiap "moment" itu seadanya... Apa yang boleh dilakukan? Teringat sewaktu selepas melahirkan Ash dan sewaktu itu di dalam tempoh berpantang. Memang bosan wehhh.... Sebab tidak sepanjang masa kita berurut, tidak sepanjang masa kita menjaga atau bermain dengan anak kecil kita yang baru lahir. Jadi sewaktu Ash tidur, Farah ambil masa yang terluang itu untuk "update blog" dan "blogwalking" sikit-sikit sana sini bagi memastikan rutin itu tidak terabai dan mengisi masa terluang itu "instead of" Farah pun tidur sama...Muahahaha... 

Pada waktu sekarang ini pula, jika Ash sedang asyik leka bermain sendirian (bukan membiarkan dia sendirian yer, jika dia mahu main sendiri) dan sama juga ketika Ash tidur, Farah akan curi masa itu untuk "update" blog atau sekurang-kurangnya draf entri untuk di"publish" kemudian. 

Gunakan Waktu Awal Pagi Dan Jangan "Over-Do"
Setiap hari Farah bangun pada pukul 4 pagi walaupun pada waktu cuti hujung minggu. Waktu awal pagi tu lah waktu yang paling produktif untuk Farah bermula dengan blog... "By the time", mungkin blogger-blogger lain di luar sana baru nak memulakan draf pertama entri di hari yang tersebut, Farah sudahpun hampir 70% menyiapkan draf tanpa diganggu oleh Ash ataupun kerja-kerja rumah yang lain. Waktu awal pagi itu, adalah salah satu waktu Farah fokus kepada blog. "I am a firm believer in written goals - yearly, monthly, weekly and even daily and then having those goals posted somewhere I can refer to them often. Writing them down makes them real, and once they are real I can't ignore them.". 

Curi Masa... Curi Masa
"This is all about streamlining processes". Tak kisahlah sama ada Farah sedang membersihkan bilik air ataupun bekerja ataupun ber-blog, Farah cuba menggunakan "sistem" yang boleh membuatkan Farah rasa...Ok Farah dah gunakan masa yang Farah ada dengan sepenuhnya dan dengan sebaiknya... 

Farah suka gunakan "timer" bila melakukan sesuatu perkara tu dan Farah rasakan ianya sangat membantu Farah di dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Masuk ke pejabat di waktu pagi, sebelum waktu pejabat bermula, Farah akan mulakan "posting" Farah yang pertama yang Farah dah draf di awal pagi tadi dan kemudiannya Farah akan peruntukkan tidak lebih dari 10 minit untuk menghadap media sosial yang lain. Selepas pada itu, Farah akan peruntukkan lebih kurang 15 minit untuk "blogwalking" ke blog-blog lain. Dengan syarat...He he he, kena sampai ke pejabat sejam lebih awallah yer? Baru boleh buat semua perkara ni... 

Waktu kerja, Farah bekerja, waktu rehat, Farah makan laju-laju ataupun kadang-kadang tak makan dan terus hadap blog untuk "publish" entri yang seterusnya Farah dah draf awal-awal pagi tu dan "blogwalking" sana sini sikit. Setakat mana yang Farah mampu. Owhhh, Farah tidaklah sesempurna mana, kunjung balas Farah tidaklah sepenuhnya...tetapi Farah sentiasa percaya...Jika tidak hari ini, Farah pasti akan boleh muncul di blog lain keesokkan harinya. Tak perlu berikan tekanan kepada diri sendiri. "Blogwalking" itu bagus tetapi "blogwalking" itu bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan. Bergantung kepada masa seseorang individu itu ada. 

Mempunyai Waktu Ber-Blog Dengan Dedikasi Ataupun Dalam Bahasa Mudahnya "Dedicated Blogging Hours"
Iya, waktu yang dedikasi itu perlu. Dedikasi bermaksud kita fokus. Sewaktu bekerja atau siang hari di hujung minggu memang tak akan dapatlah kannn??? Sewaktu berada di rumah selagi anak tidak tidur selagi isi rumah tidak tidur, memang tak dapatlah... Fokus harus diberikan kepada anak dan juga keluarga. Waktu dedikasi Farah sedari Ash belum lahir sehingga sekarang Ash sudah lahir dan membesar adalah apabila sewaktu seisi rumah tidur. Iya... Orang lain tidur, Farah berjaga...sekurang-kurangnya paling lewat sehingga pukul 2 pagi setiap hari. Seronoknya "uolss" dapat tidur dan merehatkan badan...Ihikss... "Jelly I is" tau... Di antara waktu, Farah akan ambil setengah jam untuk mengemas rumah, apa yang patut pada hari bekerja. Kalau hujung minggu memang lagi lewatlah tidur kan? Sebab nak "sprint cleaning" rumah.

Gunakan Kalendar Google
Ini memang perlu bagi Farah untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Segala yang perlu dilakukan di dalam sehari akan direkodkan dan "reminder" akan berbunyi setiap kali tibanya sesuatu perkara.

Buat Pelan Mingguan
Setiap hujung minggu, Farah akan duduk seketika untuk membuat pelan mingguan. Apa "top goals" dan "priorities" yang perlu diselesaikan pada minggu akan datang dan "schedule" semuanya di dalam kalendar. Jika Farah perlu berehat seketika dari ber-blog dan aktiviti blog, Farah akan berbuat demikian. Setiap malam sebelum tidur, Farah akan tengok balik pelan tersebut dan "go through" balik dan sekiranya ada apa-apa perubahan yang perlu dilakukan untuk keesokkan hari bila sesuatu yang "ad hoc" berlaku. Bagi Farah, ada pelan ni, kurang tekanan sikit untuk Farah... Sekurang-kurangnya semuanya telah dirancang dan jika ada sesuatu berlaku kemudian di situ apa yang telah dirancang boleh diubah sedikit. 

Rancang Masa Yang Lebih Dari Yang Anda Fikirkan
Pengurusan masa bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikuasai dengan kehadiran anak kecil. Anda selalu harus menjangkakan apa yang tak terjangka akan berlaku kepada "schedule" anda. Perkara pertama yang Farah sering tanya pada diri sendiri sebelum menerima sebarang tugasan blog, berapa lama Farah akan ambil untuk menyelesaikan tugasan tersebut? Kemudiannya, Farah cuba tambah masa lebihan atau hari untuk memastikan Farah boleh berurusan pula dengan perkara-perkara lain tanpa melanggar "deadline". 

Delegasi
Bila kita berblog, kita kena fahamkan semua orang di sekeliling kita kenapa kita berblog dan apa rasionalnya. Apa yang kita buat, kita mahu seisi rumah faham. Jadi jangan cuba nak jadi "super" sangat semuanya kita nak lakukan sendiri...Hu hu hu... Delegasi... Ada ketika apa yang kita tak dapat lakukan, kita minta pertolongan isi rumah yang lain. Contohnya... di hari bekerja, jika jalan sesak, tidak dapat sampai awal di rumah... Tugas memasak akan dibantu oleh Nek Ma Ash. Haa, macam tulah lebih kurang. 

Gunakan Telefon Pintar Anda
Owhhh, jadi ibu yang bergelar blogger bagi Farah, perlu sesuaikan diri dengan ber-blog melalui telefon pintar. Memang ada yang mengatakan tidak puas, susah dan sebagainya. Tapi untuk menghidupkan blog, pilihan apa yang kita ada? Prinsip Farah telefon pintar bukan sekadar untuk laman media sosial, bukan sekadar nak mengambil gambar...Beli mahal-mahal...apa lagi, lenjanlah sebaiknya...Maksimakan penggunaannya yang sebenar... "use to the full usage to what it is capable"... Tak pun, kemudian-kemudian, kita akan tukar telefon lain juga kannn??? Jadi gunakanlah... Bila sedang menyiapkan kerja rumah, anak-anak sedang tidur di "car seat" kereta, anak sedang menyusu atau menonton televisyen sambil-sambil kerling-kerling apa yang mereka lakukan dan mereka berada di bawah pantauan kita, tiket emas kita adalah berblog dengan menggunakan telefon pintar. 

"Prioritize"
Buat senarai perkara yang perlu dilakukan yang "prioritizes by urgency". Mulakan dengan 3 tugasan yang MESTI diselesaikan dan sebarang tugasan tambahan yang boleh dibawa ke esok hari kalau anda tidak boleh menyiapkannya pada hari ini. 

"Don't Be Too Hard On Yourself!"
Janganlah terlalu memaksa diri sendiri... Kalau tak dapat diselesaikan kesemuanya pastikan ada ruang keampunan pada diri sendiri. He he he.... "cool, chill, relax". 

Hapuskan Segala Bentuk Gangguan
Sewaktu Farah bekerja dengan blog, "browser" Farah hanya satu sahaja dan tak ada "browser-browser" lain... Hik hik hik...Memang tumpuan sepenuhnya pada blog...

Ermmm... tu jerlah kot? Kuncinya, pandai cari masa, pandai kunci masa... Lain nan hado... Tapi memanglah Farah akui bukan mudah bila bekerja, jadi blogger, jadi ibu dan orang yang menguruskan rumahtangga ni... Kena kental dan semangat untuk terus bergerak itu penting... "If you really wants something that you preach for, no matter how you will find ways to get it done..."... ;-)... 

Harap-harapnya Farah menjawablah pertanyaan Kak Gojes yer? 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. good tips. memang kena multitasking. kalau tak semua kerja tak menjadi. macam Cie kehidupan sendiri, anak2, suami (jauh), keluarga, bisnes, kerja. memang kalau ikutkan tak cukup 24jam.

    ReplyDelete
  2. Kesimpulannya...kita kena ada jadual kerja kita...buat sesuatu jangan sampai kawal tugas hakiki dan sebaliknya la kan...kita yg choose nak jd blogger dan all that...So, kita la yg kena pikir camne nak biasakan diri :)

    ReplyDelete
  3. Terbaik lah Farah, saya kagum dengan Farah...TQ Sifu! Dah lama saya tak melawat sini, dah tukar ke .COM dah...tahniah dear :)

    ReplyDelete
  4. woaaaaa akak.. CT nganga baca akak explain..
    gempak seyh..

    ReplyDelete
  5. tabik spring dgn farah.. entry yg sgt2 bagus (h)

    ReplyDelete
  6. Mommy blogger yang ohsem ni. Hehehe. Nani yang studnet ni pun kekadang tk sempat nak blogwalking.

    ReplyDelete
  7. terbaiklah cara kak farah ni.memang IbuNoey akui,kita kena pandai handle masa.kalau dah minat sangat dengan sesuatu bidang,tak ada masalah jika kita berkorban masa rehat.yang penting jangan abaikan masa bersama keluarga.IbuNoey tak nafikan IbuNoey ada ikut serba sedikit cara yang kak Farah amalkan.contohnya ada pelan untuk kerja seharian,buat draft di awal pagi sebelum mula kerja,pantau anak sambil jenguk blog.kan perempuan boleh buat multi-tasking?dan ianya memang berbaloi untuk dilakukan.

    p/s:masa rehat tak makan ye.patutlah maintain slim..;)

    ReplyDelete
  8. salam farah.maaf bru kg singgah komen d sini.tq kerana menjawab soalan kg. sebenarnya dah lama kg baca entri ni tp komennya jer belom...xsempat nak komen kg dah 'senyap' dr dunia blogging seketika...apapun farah mmg hebat...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !