Home » , , , , , , » Mudahnya Hidup Dengan TouchStyle Daripada Bank Rakyat…

Mudahnya Hidup Dengan TouchStyle Daripada Bank Rakyat…

Zaman sekarang ni semua benda semua perkara ada di hujung jari kann??? Tak susah dah dan adakalanya menjadikan kita ni dah tak ada alasan dah tak boleh itu, tak boleh ini kan??/ Kemudahan semua dengan hanya satu sentuhan sahaja dan satu klik sahaja dah... Nak membeli-belih, nak melakukan perbankan, nak buat kira-kira, nak buat bajet... Pendek kata semuanya boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi yang telah dibangunkan khas buat pengguna telefon pintar.

Zaman ni pun, majoriti daripada kita memang pakai telefon pintar dah. Ada bukan tak ada tapi susahlah nak jumpa orang pakai telefon Nokia 3310, 7210 lagi... Sebabnya rata-rata semuanya mempunyai telefon pintar. Telefon pintar pun bukan susah nak dapatkan sekarang. Ada yang dijual dengan harga yang murah juga. Ada macam-macam jenama, ada macam-macam jenis. 

Makanya, memang tak susahlah semua orang nak melakukan apa-apa sahaja melalui telefon pintar. Nak nak lagi gaya hidup zaman sekarang ni memang orang sentiasa sibuk jer... Zaman kompetitif katanya... 

Farah ni pengguna bermacam-macam bank. Lama dah tunggu bank yang satu ni. Bank Rakyat untuk turut tampil dengan aplikasi bagi memudahkan perbankan dengan mereka lebih mudah. Tunggu punya tunggu punya tunggu...Akhirnya kannn? Farah saja "browse" PlayStore...Sekali terjumpa aplikasi untuk Bank Rakyat ni.


Bila dah muat turun, aplikasi ni bagi Farah adalah satu aplikasi yang mesra pengguna. Tiba-tiba jadi suka-suka-suka dengan aplikasi ni. Sebab apa? Sebab sebenarnya aplikasi ni bantu kita sebagai individu cara yang mudah untuk uruskan kewangan kita. Jap eh, Farah kongsi "screenshot" yang Farah dah muat turun semalam. 







Macam-macam perkara yang boleh kita buat, kita boleh masukkan pendapatan bulanan kita dan boleh sasarkan berapakah jumlah yang kita nak jimat dan simpan pada penghujung bulan. Kita boleh memasukkan data perbelanjaan bulanan kita macam berapa jumlah bayaran untuk pembiayaan perumahan, kereta, bil, sewa dan lain-lain lagi. Siap ada laporan ok? Kita boleh tengok laporan perbelanjaan kita... 

Hari-hari boleh "track" perbelanjaan harian dan dari situ kita boleh pantau bagaimana kita ni berbelanja. Bila dah tengok belanja kita macam mana, haaa, masa tu kannn, barulah mula terfikir-fikir, lepas tu rasa macam alahaiii buang duitnya, patutnya tak perlu belanja banyak macam tu... He he he... 



Memang bagi Farah aplikasi ini memudahkan...anda tidak semestinya perlu ada akaun Bank Rakyat baru boleh muat turun aplikasi ini dan gunakan aplikasi "TOUCHSTYLE" ni tau... Kalau tak ada pun tak apa... Masih boleh muat turun dan masih boleh daftar untuk menggunakan aplikasi "TOUCHSTYLE" ni... Cubalah...Anda akan rasa banyak membantu anda... 

Sebab Farah rasa ianya banyak membantulah Farah cerita ni, kalau tak, tak kongsi kat sini...Boleh muat turun sama ada daripada Apps Store ataupun PlayStore ok? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Mudahnya Hidup Dengan TouchStyle Daripada Bank Rakyat…, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, September 22, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. Macam menarik je ni farah..boleh laa cuba usha nnt..thanks sharing

    ReplyDelete
  2. Tq for this info. Sangat berguna kak.😉

    ReplyDelete
  3. Wahh..nak download lah..tak yah susah susah kira manual kan?

    ReplyDelete
  4. Menarik nie..wajib download n guna apps ni..

    ReplyDelete
  5. wah menarik..nak download la jugak..

    ReplyDelete
  6. wahh.. bole\h lah try guna jgak lpas ni.. nmpak mudah jee

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY