Home » , , , , , , , , , » KBBA Blogger's Day Out & Sambutan Hari Lahir Panda Di Zoo Negara Malaysia...

KBBA Blogger's Day Out & Sambutan Hari Lahir Panda Di Zoo Negara Malaysia...


Masuk yang ini, bermakna pada tahun 2015 ini sahaja, sudah 2 kali Kelab Blogger Ben Ashaari menganjurkan KBBA Blogger's Day Out. Kali pertama adalah KBBA Blogger's Day Out di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya!!! yang mana ianya adalah hasil kolaborasi di antara pihak Kelab Blogger Ben Ashaari dan Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya serta ditaja oleh beberapa pihak seperti: 


Dan yang kedua adalah KBBA Blogger's Day Out versi ke-2 yang dianjurkan hasil kolaborasi di antara Kelab Blogger Ben Ashaari dan juga Zoo Negara Malaysia yang mana penganjuran ini telah ditaja oleh beberapa pihak seperti:


KBBA Blogger's Day Out versi ke-2 ini juga adalah dianjurkan bersempena dengan sambutan hari lahir panda gergasi di Zoo Negara Malaysia iaitu Xing Xing @ Fu Wa. 


Semenjak awal pagi kami-kami ni semua dah terpacak dah di Zoo Negara Malaysia. Ahaksss tak pernah dibuat ko, datang Zoo Negara pagi-pagi sangat. Semangat masing-masing. Memang jika anda ke Zoo Negara pada 23 Ogos 2015 yang lepas yang kelihatannya memang banyak baju berwarna merah hitam. Haaa, kalau ternampak baju berwarna merah hitam dari jauh tu, tu kami lettew... Ihikss... Zoo Negara telah dibanjiri oleh para blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Semangat masing-masing, termasuklah mak buyung dalam gambar di atas ni. Kenal kan siapa? Blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari. 


Para blogger dan ahli keluarga masing-masing telah diberikan kumpulan-kumpulan tertentu. Blogger diberikan kumpulan Panda dan ahli keluarga ataupun pasangan diberikan kumpulan yang tertentu seperti Hornbill dan lain-lain. (Yang benarnya tak ingat nama kumpulan lain tu apa...Ahaksss... Ingat nama kumpulan suami "I is" jer... Hornbill)...


Bukan disebabkan kerana ada permainan ke apa tetapi ianya bertujuan untuk memudahkan pergerakan secara berkumpulan. Al-maklumlah ramai kannn??? Ada lebih kurang seramai 54 orang blogger bersama pasangan-pasangan masing-masing dan juga anak-anak kecil. Jadi skala itu terpaksa dipecahkan supaya tiada insiden kehilangan berlaku ataupun susah untuk mengawal. 


Sebelum ramai yang hilang... Ha ha ha, adalah baiknya dikumpulkan semua sekali, untuk sesi bergambar berkumpulan. Owhhh, yang anda lihat di atas ni tidak termasuk ahli keluarga sebenarnya, semuanya blogger-blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Amacam? Meriah tak? Meriah kan? Memang "havoc" pun Zoo Negara tu pagi-pagi... Orang tidur lagi tapi kami dah bikin "havoc" di Zoo Negara. Gitchewss... 


Destinasi pertama kami adalah Taman Rama-Rama, Zoo Negara... Bermacam spesies rama-rama yang dapat dilihat dan sememangnya rama-rama cantik kan? Farah pun jadi teruja sangat untuk mengambil gambar rama-rama yang terdapat di Taman Rama-Rama ni tau tak? Konon-kononnya, konon-kononlah nak uji skil fotografi diri sendiri katanya...Ahaksss...Walhal, bukannya pakai kamera canggih manggih atau DSLR pun, cuma pakai kamera "compact" Samsung dan kamera Lenovo A5000 yang murah tu jer.... Tapi apa-apa pun yang penting Farah puas hati dengan hasil gambar yang diambil yer tak? 




Hendak merakamkan gambar rama-rama ni bukannya mudah...Owhhh baru tau, memang nak kena sangat berhati-hati dan perlahan-lahan, jangan sehingga rama-rama terbang... Percubaan pertama, belum sempat rakamkan rama-rama dah terbang... Denggg... Percubaan kedua pun sama...Percubaan ketiga...haaaa baru faham teknik dan caranya...Phewww, patutlah jurugambar mengenakan caj-caj tertentu untuk sesi fotografi, bukan mudah rupanya nak rakam gambar yang cantik dan memuaskan hati....Ngeee.... 



Kedua-dua gambar di atas adalah makanan untuk si rama-rama yang diletakkan di atas meja khas untuk mereka hinggap dan makan. 


Sebelum jadi rama-rama kenalah begini dulu prosesnya... Dan pulpa ini adalah hidup yer kawan-kawan...Tunggu masa jer ni... 

Selesai di Taman Rama-Rama, Zoo Negara, kami di bawa pusing-pusing mengelingi melihat haiwan-haiwan yang terdapat di Zoo Negara dan juga kami telah dibawa ke Akuarium Tunku Abdul Rahman untuk cuci-cuci mata melihat dan mengenal spesies-spesies ikan. Iyalah, umur jer 33 tahun ok? Tapi masih ada spesies ikan yang tidak dikenali...Agagagaga....Ikan selalu masak kenal ler, ikan yang "rare" memang tak kenal... 

Yang paling menyeronokkan? Acara persembahan haiwan... :-)... Sangat comel dan sangat melucukan... Memang terhibur dengan persembahan haiwan-haiwan yang telah dilatih oleh jurulatih tertentu. Kanak-kanak semestinya memang terujalah kan? Tengok haiwan-haiwan bijak yang telah dilatih... 



Dan sila jangan tiru aksi ini...biasanya anak-anaklah yang kita risau kan kalau-kalau meniru aksi haiwan ini... Boleh pengsan mak-mak kalau anak-anak suka bergayut begini...Bukannya apa, bahaya kan??? 

Hari pun dah tengah hari, perut pun dah mula berbunyi, sepertimana yang telah dijadualkan, kami telah dibawa menaiki "tramp" untuk ke dewan makan yang terdapat di Zoo Negara yang mana di situ, para blogger telah dijamu dengan makanan tengah hari sambil-sambil acara ucapan penghargaan serta cabutan bertuah dijalankan. 


Haaa, ni tengah berucap lah ni... sebagai wakil kepada Ben Ashaari dan juga Kelab Blogger Ben Ashaari. Bukan menyanyi tau? Ahakss..Kalau hakak menyanyi habislah program hari tersebut, hujan lebat, ribut petir, taufan semua ada nanti. Lepas tu, tak sangka pula hakak tau... Cabut punya cabut untuk cabutan bertuah yang pertama terkena pada nama sendiri. Errrr, memang serius terkejut... Sebab tak jangka pun dapat cabutan bertuah pun dan sebenarnya jujur tak fikir pun tentang cabutan bertuah tu. 

Makan sudah, minum sudah, sesi ucap mengucap sudah, kenalah sambung program kembali.Cepat habiskan program, cepatlah dapat jumpa Xing Xing @ Fu Wa... Yang benarnya, nama jer mak budak tapi turut teruja nak nengok panda gergasi tu sebenarnya... 


Tengok sarang lebah, rasa madu lebah di Muzium Lebah Sedunia... Tapi Farah tak berani nak dekat-dekat sangat, ha ha ha, konon-konon takut kena sengat lebah. Sangat "over"...Orang lain ok jer kan? Tetiba diri sendiri "over" takut nak dekat...


Kemain pandai dia posing kan? Tau jer orang nak ambil gambar dia...Duduk dalam bekas berkaca dan berpenghawa dingin ko...Yerlah asal kejadian dan habitatnya memang tempat sejuk kan? Takut-takut nanti kalau tidak berpenghawa dingin jadi lain pula kang...


Panjangnya kaki dia, tapi cantik "flamingo" nih... Yang anda nampak bulunya berwarna oren tu kan? Bukan spesies dia berwarna oren yer? Tetapi menurut penerangan pegawai dari Zoo Negara yang jadi pemandu pelancong kami di Zoo Negara, bulunya akan menjadi oren apabila mereka memakan udang. Asalnya putih, tetapi bila makan udang jadi oren...Agaknya hormon kot? 


Haaaa, yang ini faham-faham sendirilah kan? Takkan tak kenal lagi...Suka pula merakamkan gambar dan aksi mereka... Macam-macam gaya, macam-macam posisi...

Tawaf punya tawaf, kami tiba ke acara terakhir untuk hari yang tersebut... Tibalah masa untuk ke Pusat Konservasi Panda Gergasi dan jumpa dengan si comel... Sebelum masuk tu sempat juga melepaskan lelah seketika... Ha ha ha, penat juga weiiii... Jalan sana jalan sini, banyak kalori yang terbakar, kalau hari-hari tawaf dalam Zoo Negara, memang "confirm" boleh kurus!!!


Farah bersama Zuliana iaitu orang kuat projek ini di luar Pusat Konservasi Panda Gergasi sebelum kami masuk ke dalam untuk melawat Xing Xing @ Fu Wa.... Zuliana ini adalah merupakan orang yang telah bertungkus lumus di dalam projek berkolaborasi ini bersama-sama Farah. Sebenarnya, Farah memang dah lama kenal Zuliana ni, dia adalah rakan sebaya dan rakan sekolah sewaktu Farah bersekolah di SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur dulu. Ahaksss...perlukah nak sebut nama sekolah? #ehhh haruslah... "I am proud of my school"...Ekekekeke.... Sekolah yang banyak meninggalkan kenangan dan sekolah yang banyak mengajar Farah serta rakan-rakan lain...

"Highlight of the day!!!"...Akhirnya masa yang dinanti-nanti tiba...Memang suka sangat-sangat sebab nak jumpa panda yang omey angat-angat....


Tu diaaa,.. Xing-Xing @ Fu Wa yang gebu gebas... Adoiiii, geram jer tengok...Memang jatuh cinta dengan dia nih.... Rasa nak peluk-peluk jer kalau boleh walaupun hakikatnya takut kena cakar ke apa...Kalau boleh peluk, memang nak cuba peluk nih... Comel sangat nih!!! Tapi dapat jumpa Xing Xing jer lah. Liang Liang dalam pantang "uolss"...bila dalam pantang keseoranganlah si Xing Xing...Kesian dia...Iyalah al-maklumlah baru sahaja melahirkan bayi panda kann??? Makanya kenalah dikuarantin...


Bagi menghiburkan Xing Xing yang kesepian ni dan kebetulan hari lahir dia...maka kami-kami blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari turut hadir untuk meraikan hari lahir Xing XIng yang kesembilan... Ada kek yang khas dan juga makanan yang sedap-sedap yang telah disediakan oleh pihak Zoo Negara Malaysia untuk Xing Xing. Harapnya Xing Xing gembiralah dapat ganjaran sebegitu kannn??? Panda pun ada kek harijadi tau... Kelassss Xing Xing...

Selesai acara panda, maka ianya bermakna, tamatlah sudah acara KBBA Blogger's Day Out yang sangat "happening" serta menghiburkan hati para blogger, ahli keluarga dan juga kanak-kanak terutamanya. Secara keseluruhan Farah rasa gembira kerana acara KBBA Blogger's Day Out kali ini juga berjaya sepertimana yang dulu... Bermula seawal 9.00 pagi, berakhir lebih kurang pada jam 3.00 petang.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Zoo Negara Malaysia dan juga para penaja di atas kesudian untuk menganjurkan KBBA Blogger's Day Out pada kali ini. Segala kekurangan di sana-sini dari pihak blogger harap dihalalkan dan dimaafkan dan semoga pihak Zoo Negara Malaysia berpuas hati dengan penganjuran kolaborasi yang telah dianjurkan pada 23 Ogos 2015.

Untuk anda, memang terdapat pelbagai perkara dan haiwan yang menarik di Zoo Negara dan jika tidak tahu ke mana hala tuju di hujung minggu atau untuk berekreasi dengan anak-anak anda... Farah cadangkan bawalah mereka ke Zoo Negara... Sesekali tengok haiwan sambil menambah ilmu yer tak?

Harga tiket masuk adalah seperti di bawah:


Kanak-kanak di bawah 3 tahun adalah percuma yer... Dan jangan lupa bawa MyKid juga MyKad ketika bercadang untuk ke Zoo Negara...

Pembelian tiket boleh juga dilakukan secara atas talian dengan melawat:


Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel KBBA Blogger's Day Out & Sambutan Hari Lahir Panda Di Zoo Negara Malaysia..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, September 3, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. pergghhhh..meriah sgt2..kecoh havoc..bestnya..hehehe..x pernah lagi jejakkan kaki ke zoo negara..kesian kan..hahaha

    ReplyDelete
  2. alaaa.. exciting sangat nampaknya,, jelez.. comel sangat si panda tu.. huhuu

    ReplyDelete
  3. wah best nyer... teringin nak join, tapi register pon xtahu kat mana. ahaks

    ReplyDelete
  4. Haaa akhirnya mummy ash buat juga entry pergi zoo..ash tak ikut ke...ermm..tahniah ye atas kejayaan pengurusan dan kerjasama KBBS dengan zoo negara..pastinya kalian happy..

    ReplyDelete
  5. serokonya..mcm mana nak join aktiviti yg dilakukan

    ReplyDelete
  6. terbaik program ni.
    bukan ahli kelab, segan plak nak join.
    kalau dpt join pasti marbeles :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY