Lebih kurang di dalam bulan Mac 2015 ni tadi, Farah ada berkongsi di Bubblynotes.Com engenai hobi baru Ash yang gemar sangat menjerit. Entri tersebut bertajuk Hobi Baru Ash...Menjerit!!! - Bagaimana Mengawal Anak-Anak Yang Suka Menjerit... Sememangnya, bila Ash dah menjerit boleh rasa lain macam gegendang telinga dibuatnya. Abah jenuhlah pesan pada Ash yer? Jangan jerit-jerit, jerit ni untuk orang perempuan jer... Amboiii Abah cuba mewujudkan "battle of the sexes" jer ni?
Tips nak kawal, Farah tak akan kongsi lagi di dalam entri ni. Kalau nak baca, sila klik pautan pada perenggan pertama di atas. Heeee... Yang nak dikongsikan adalah bukti kenyaringan suara Ash tuh... Bha ha ha...
Ha ha ha...Tu diaaa...Amacam tinggi tak desibel kenyaringan suara tu dan bingit tak telinga? Ya ampunnn kerana membingitkan telinga-telinga anda semua. Ngeee...Kena masa kita jangka dia akan menjerit tak apa. Dibuatnya tengah kita tidur? Tengah kita leka buat sesuatu...Agak-agak terperanjat tak? Ini kalau sesiapa yang ada penyakit lemah jantung ni bahaya nih... Dalam masa yang sama berbahaya juga pada kesihatan telinga... Ha ha ha... Silap hari bulan boleh jadi gangguan pendengaran...
Cumanya, sekarang ni tak berapa nak ekstrem macam dulu lagi, dah kurang dah hobi suka menjerit dia nih... Tapi sesekali, macam malam semalam, timbul juga... Phew...
Hihi....seronoknya dia menjerittt
ReplyDeleteMahal muncung tu...hihi...
ReplyDelete