Home » , , , , , , , » Hot Pindang Kitchen, Shah Alam

Hot Pindang Kitchen, Shah Alam


Cuti-cuti bersempena Hari Malaysia semalam, sempat juga kami berkampung di Hot Pindang Kitchen, Shah Alam. Seronok? Haruslah seronok kannn? Bila dapat berkumpul ramai-ramai, dapat bergurau-senda, bergelak-ketawa sambil menikmati makanan-makanan yang ohsem di Hot Pindang Kitchen. Lagipun, tak adalah jauh sangat pun dari rumah Farah pun.. Dekat tak dekat lebih kurang dalam 30 minit perjalanan iaitu bercampur dengan keadaan trafik dan juga lampu trafik. Muahahahaha... 


Masuk-masuk jer Hot Pindang Kitchen nih, secara automatik perut jadi berkeriuk sebab sememangnya perut dah dikosongkan dari pagi... Ahakss...Yang benarnya tak makan apa pun dari pagi, selepas selesaikan apa yang patut, terus bersiap dan bergerak ke Hot Pindang Kitchen. Memang lerrr, dah tentu-tentu perut memainkan pelbagai irama kannn??? Lagi rancak iramanya bila lihat gambar-gambar makanan yang memang memukau selera nih... Hu hu hu... 


Masuk ke restoran bukan terus terjah makanan, tetapi mata tajam memerhatikan keadaan sekeliling. Jika nak tahu, Hot Pindang Kitchen ni tergolong di bawah kategori A iaitu premis yang diakui bersih oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam. Jadi tak perlulah ragu-ragu untuk memasukkan makanan, mengunyah, menelan dan menghadamkannya yer? kerana kualiti kebersihan premis ini telahpun diiktiraf. 


Hot Pindang Kitchen... "Everything is hot, freshier ...tastier..." ... Apa yang menarik yang ditawarkan oleh Hot Pindang Kitchen? Apa yang terbayang di dalam bayangan pemikiran anda bila melihat nama restoran ini? Hot Pindang Kitchen? Bagi Farah sendiri, buat pertama kali mendengar nama restoran ini, Farah menggambarkan bahawasanya makanan di Hot Pindang Kitchen adalah makanan yang dihidangkan panas-panas dan "signature dish" nya adalah masakan pindang... Alaaa...masak pindang... Errr... takkan tak tau kot? Masak pindang macam mana? Masak pindanglah masak yang paling senang nak masak oiii...He he he...Mesti kenal kan dengan masakan yang diberi nama masak pindang? Makan dengan nasi panas-panas...memang terangkat...Farah ni kalau masak pindang suka menghirup kuahnya... Sedapppp... 

Dah alang-alang bercerita tentang Hot Pindang Kitchen ni dan bercerita tentang menu... Jom lerrr, Farah nak kongsi apa yang menarik yang dihidangkan oleh Hot Pindang Kitchen ni... 


Jujurnya kan? Ini kali pertama Farah minum air jus buah-buahan yang begini...Lain dari yang lain iaitu diberi nama Jus Melody... Jus Melody ni adalah campuran air jus tembikai di bawahnya dan mangga di atasnya. Ini adalah merupakan salah satu hidangan minuman istimewa dari Hot Pindang Kitchen yang berharga cuma RM6.50 sahaja. Tapi uniklah, nama-nama minuman istimewa yang dihidangkan oleh Hot Pindang Kitchen, antaranya... Jus Senja, Jus Mango Vanilla, Jus Shahdu, Jus Pegaga, Jus "Carrot" Susu, Teh O Lemon, Asam Boi Limau, Bandung Soda dan Milo King. 


Kebanyakan dari hidangan-hidangan yang ditawarkan di Hot Pindang Kitchen adalah dihidangkan secara set. Macam set di atas ni adalah merupakan salah satu hidangan terlaris Hot Pindang Kitchen iaitu Special Hot Pindang. Harganya RM 13.90 dan rasanya memang cukup serba serbi. Di dalam satu pinggan ada segalanya, ada sayur-sayuran segar, kuah kari, ayam goreng dan juga nasi berempah yang sedap. Ini merupakan hidangan set pertama Farah semalam. Ramai juga di antara kami yang mencuba Special Hot Pindang ni. 



Hidangan kedua yang Farah berkesempatan untuk mencuba juga adalah salah satu lagi hidangan paling laris di Hot Pindang Kitchen, set Ikan Pindang Senangin...Sebenarnya jika anda memesan set Ikan Pindang ini, anda boleh memilih jenis ikan yang anda mahu sama ada Ikan Senangin ataupun Ikan Tenggiri. Disebabkan selalu sangat dah makan Ikan Tenggiri, Farah mengambil keputusan untuk mencuba set Ikan Pindang Senangin. Harga bagi set Ikan Pindang Senangin dan Tenggiri adalah sama iaitu RM15.90.



Hidangan seterusnya? Wo hoooo banyak betul Farah makan yer tak? Tak lah... Makan it sikit, ini sikit...Kena pandailah kann? Takkan terhabis Farah seorang "portion" ni semua... Alang-alang datang menikmati makanan, haruslah mencuba seberapa banyak menu menarik yang ada... Set Asam Pedas Pari... Juga salah satu hidangan yang terlaris yang dihidangkan di Hot Pindang Kitchen. Sama juga seperti set Ikan Pindang...anda boleh memilih jenis ikan yang anda mahu. Set Asam Pedas Pari berharga RM 12.50, Set Asam Pedas Senangin RM 15.90, Set Asam Pedas Tenggiri RM 15.90 dan Set Asam Pedas Kembung RM 11.90. Kuahnya cukup perisa, pekat dan likat dan sememangnya membangkitkan selera sesiapa sahaja yang menikmatinya. 

Sebenarnya selain daripada hidangan set, anda juga boleh memesan makanan-makanan atau lauk-pauk lain secara "ala-carte"... Antara contoh-contoh hidangan yang kami berkesempatan nikmati semalam adalah... 

Sayur Campur 
Sambal Udang Petai
Sotong Goreng Tepung

Sayur Kailan Ikan Masin
Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Alhamdulillah, sungguh berselera kami menikmati makanan-makanan yang dihidangkan oleh pihak Hot Pindang Kitchen semalam. 
Gambar ihsan dari PCL nih... He he he, hakak tak sempat "upload" lagi... Kelab Blogger Ben Ashaari yang telah menggegarkan Hot Pindang Kitchen semalam.

Untuk makluman, Hot Pindang Kitchen ni memulakan operasi mereka pada tahun 2009 dan hidangan Melayu adalah kepakaran mereka. Selain beroperasi sebagai sebuah restoran, Hot Pindang Kitchen juga menerima tempahan katering bagi sebagai acara sosial dan korporat. 

Jika anda yang ingin merasakan pengalaman merasai hidangan panas dan menarik dari Hot Pindang Kitchen, bolehlah melawat ke restoran mereka yang terletak di:

Hot Pindang Kitchen
No.11 & 13, Jalan Cheong Sam 10/11
Seksyen 10, Shah Alam 
Selangor Darul Ehsan

Peta lokasi bagi memudahkan anda:


Untuk Sebarang Maklumat Lanjut:



Telefon: 
03 | 5523 1259 
012 | 204 3773

E-Mel:
ana_hotpindang@yahoo.com

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Hot Pindang Kitchen, Shah Alam, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, September 17, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. memang menggoda iman...


    bkn iman firash ya... ;-)

    ReplyDelete
  2. Restoran yg kemas dan bersih!
    Hidangan pun sedap! Nina suka manggo vanilla. Nyummy....!!

    ReplyDelete
  3. Menarik dan nampak sedap menunya.. Terkejut pula harga air jus tu cuma RM6.50 je.

    ReplyDelete
  4. Lepas nie bolehlah kak farah open table..hehehe

    ReplyDelete
  5. nampak sedaplah Farah.. Insya Allah nnt nak try...

    tq sharing ;)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY