"Guuuu...." - Tunggu!!!


Rabu yang lepas baru-baru ini, ke Pasar Malam lagi kami. Tujuannya??? Semata-mata nak mencari keropok lekor. Boleh? Sambil-sambil tu saja cuci-cuci mata. Macam biasa, Ash didudukkan di dalam "buggy". Tak dayo Mommy nak mendukung eh... Ha ha ha... 

Jalan punya jalan... Farah sebenarnya sibuk melihat kiri kanan mencuci mata sambil menyorong "buggy" Ash. Ash pun sedang leka melihat sana sini serta lautan manusia yang berada di Pasar Malam pada ketika itu. Pada mulanya, Farah tak perasan... Tapi pada ketika itu tiba-tiba Ash tunjuk isyarat tangan supaya berhenti dan mulutnya mengucapkan "Guuu..."... 

Yang bermaksud tunggu!!! Nek Ma Ash kata, ya tunggu... Terus Farah lihat, kepada siapa yang dia sibuk suruh tunggu. Rupa-rupanya pada seorang abang yang berpakaian lusuh, compang camping yang duduk di atas sebuah troli buatan sendiri sambil perlahan-lahan menolak dengan menggunakan tenaga kedua-dua belah tangannya. 

Abang tu (kira pakcik lah pada Ash)... Senyum pada Ash... Nek Ma Ash terus suruh abang tu berhenti. Ash pandang Farah (tapi sebenarnya memang dah niat dalam hati)... Dia sebut... "Ma...Meee..." ya, Ash minta sesuatu dari Farah. Terus Farah keluarkan RM 5 sekeping dari poket seluar denim Farah dan berikan pada Ash. Ash terus hulurkan pada abang tu. 

Allahuakbar... Terus tiba-tiba rasa sebak dan air mata bergenang tau tak? Bila mengenangkan Ash sudah mula secara perlahan-lahan faham konsep sedekah. Tak perlu diajar lagi, dia sendiri yang mengambil tindakan serta meminta sendiri. Paling tak boleh blah... Lepas dia hulurkan duit tu kepada abang tu, dia tadah tangan berdoa dan mengaminkan. 

Nek Ma Ash kata... Rasa sedih dengan sebak pula tengok Ash macam tu. Dia macam satu perasaan yang sukar nak diekspresikanlah bagi Farah. Susah nak cerita apa yang Farah rasa sebenarnya... Yang mampu adalah bercerita turutan peristiwa yang telah berlaku. Faham kan apa yang Farah cuba sampaikan... 

Alhamdulillah, semoga Ash terus berkembang dengan positif hendaknya. In Shaa Allah, Amin. Bukannya niat nak menunjuk-nunjuk ataupun riak yer... Tetapi cuma perkongsian perasaan gitchewsss... "Don't get me wrong peeps!!!" 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Guuuu...." - Tunggu!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, September 11, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. esok da besa rajin la dia sedekah

    ReplyDelete
  2. alolo..cun seyy rambut tu...geram auntie tgk muncung ngn pipi tu...

    ReplyDelete
  3. hiii ash! bila laa boleh jumpa ash nihh

    ReplyDelete
  4. ash dah selalu nampak kebaikkan yg mommy dia buat... huhuhu sebak plak. anak kita mintak duit nak byr tol je... huhuhu

    ReplyDelete
  5. Berhati hati wanita berskirt pendek..hahaha...ash semakin bijak..moga berterusan hingga bila2 kemurnian hati tu..ALHAMDULILLAH.

    ReplyDelete
  6. Auni tak pernah jadi mommy tapi boleh rasa perasaan tu... yela... anak kecik dah pandai & faham konsep sedekah... semoga membesar menjadi seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab Ash... ameen.... aunty luv u :)

    ReplyDelete
  7. Bijaknya ash ni. Kecik kecik dah pandai bersedekah. Keep it up ash

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY