Cara Memujuk Anak Yang Suka Membaling Barang

Farah Waheda Wahid
5

Inilah yang dipanggil "the leisure and pleasure of" menyepah... Kegemaran dia ni ketika waktu bermain. Sama jer perangai dengan Mommy dia sebenarnya...Ahakss... Bila membuat sesuatu pekerjaan tu memang kawasan sekeliling yang berdekatan akan bersepah "to the max"...Bha ha ha... bila dah selesai baru kemas cantik-cantik dan bersih-bersih...Samalah juga perihalnya dengan Ash... Tak jauh ubahnya...Sama jerrrr... 

Baling barang? "Well"... Ash ni tak adalah tabiatnya atau kegemaran dia membaling barang senantiasa...Ada masanya dan ada ketikanya... Iaitu terutamanya apa yang dia cuba lakukan tidak berjaya ataupun apa yang dia nak tak dapat...Di situ timbul barannya tu, sehingga apa sahaja yang ada di tangan akan menjadi mangsa balingan... Hu hu hu... Baran anakku ini rupanya...Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi... #ehhh... Adalah kannn??? Ikut siapa? Haaa, itu anda kena tekalah... Agagaga...

Anak kecil akan mula tunjuk emosinya ketika usia 18 bulan hingga 3 tahun. Bukan sekadar menangis, tetapi lebih parah anak kecil mula membaling barang. Jangan risau jika anak melempar barang, cuba jadikan kegiatan ini untuk perkara yang positif seperti menciptakan batasan. Menuruk artikel di SINI, agak-agak bila anak-anak anda sudah mula membaling barang...

PEGANG TANGANNYA
Sebelum anak anda melontar barang, segera pegang tangan dan ambil barang yang dipegangnya. Gantikan barang yang akan dilempar dengan permainan yang lebih sesuai seperti bola plastik. Elok alihkan perhatiannya dengan mengajak anak bermain dengan permainan baru yang anda berikan. 

JANGAN JERIT
Adoiii, jangan ibu atau bapa cuba menjadi Tarzan di rimba yer? Ha ha ha...Jika anda selalu menjerit untuk mengelakkannya melempar barang, anak akan belajar bahawa melempar sesuatu boleh digunakan sebagai cara mengancam anda apabila keinginannya tidak dituruti.

PANDANG MATANYA DAN BERKATA
Anak pada usia ini tidak akan mendengar bebelan ibu. Sebaiknya pandang mata, pegang benda yang ingin dilemparnya dan katakan, "Ini tidak boleh dibaling. Rosak nanti."

LONTAR BERSAMA
Anak akan lebih cepat belajar tentang benda yang boleh dibaling apabila dia melihat objek tersebut. Sediakan barang-barang yang boleh dilemparnya.

KONSISTEN
Jangan mudah tergoda dengan rengekan anak yang gemar melempar. Jika anda sudah melarang, jangan sesekali izinkannya membaling. Singkirkan barang-barang yang berbahaya yang ada berhampirannya. Katakan berulang-ulang.

SUAP ATAU BERHENTI
Jika anda suka membaling makanan yang sedang dimakan, jauhkan makanan atau peralatannya setelah selesai makan. Kalau baling makanan ketika sedang makan, terus angkat pinggan dan jauhkannya. Ada baiknya ibu menyuap anak makan sehingga selesai.

CUBA MASUK DUNIA ANAK
Kenalpasti sama ada anak sedang memenuhi keperluannya untuk melempar atau sedang marah. Jika dia membaling kerana marah, peluk anak sehingga dia tenang. Bila anda sudah boleh bercakap, tanya punca amarah. 

PUJUK DAN LAKUKAN BERSAMA
Jangan memaksa anak mengutip barang yang dilemparkannya dengan emosi marah. Lebih baik anda pujuk dan ajak: "Sayang, mari kita cari kotak merah yang kamu baling tadi. Masukkan dalam kotak semula ya!"

Kalau setakat membaling barang permainan tak apa juga yer tak? Kalau membaling barang-barang kaca? Tak ke kes naya tu? Makanya berjaga-jagalah... 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Anak saya memang suka membaling, jangan ada yang tak kena je, semua dia baling. Kadang tu kita boleh sabar, kadang tu bertukar jadi hijau juga. Ish.

    ReplyDelete
  2. Baguslah tips ni.. Walaupun belum ada anak, at least ada juga ilmu utk tips2 sebegini. ^^

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum farah...perkongsian info yg baik..:)

    ReplyDelete
  4. Saya klu nampak anak buah nak membaling , tangkap dulu tangannya ...

    ReplyDelete
  5. betul..dalam hal kanak-kanak ni kena bertindak secara bijak.Kalau tidak kita juga yang susah.Terima ksih di atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !