Bila Terpaksa Bawa Anak Ke Pejabat...

Sumber dari Google
Perkara yang nak jadi di hadapan kita tak boleh nak ramal dan kita tak boleh nak elak serta kita tak boleh nak kata tidak. Bagi ibu-ibu yang bekerja, memang kena bersedia untuk menghadapi situasi sebegini. Antara kerjaya dan juga anak. Nak cuti mungkin dah tak bolehlah kan, kalau-kalau cuti tahunan dah habis lah. Tapi ada satu kemungkinan... Cuti tanpa gaji, muahahaha... Kalau dah terpaksa sangat... Haippp, jangan menipu cuti sakit yer? 

Jadi apa lagi pilihan yang ada? Kerja menimbun yang sudah hampir tamat tempoh serta perlu dihantar... Dengan anak tiada siapa yang boleh membantu untuk menjaga sewaktu kita terpaksa pergi bekerja. Alhamdulillah, setakat ini belum pernah lagi "stuck" di dalam situasi ini. Habis-habis tinggi terpaksa minta keizinan majikan jer untuk cuti kecemasan jika benar-benar keadaan mendesak. 

Tapi memang ramai ibu-ibu di luar sana yang pernah membawa anak ke pejabat kan? 

"Alamak! Macam mana ni? Tiba-tiba pula pengasuh beritahu kena cuti kecemasan. Siapa nak jaga anak?". 

Mungkin perkara ini sering terjadi kepada para ibu yang bekerja dan meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh. Ada kalanya berhadapan dengan situasi kecemasan di mana pengasuh anda perlu bercuti secara tiba-tiba. Ada ketikanya, anda sendiri atau pasangan tidak boleh mengambil cuti kecemasan secara tiba-tiba dan terpaksa membawa anak-anak ke pejabat. 

Bagaimana yer? Menurut sumber di SINI, sebelum membawa anak ke pejabat, ada beberapa tips yang perlu dilakukan...

Beritahu Pihak Atasan Tentang Masalah Anda 
Sudah tentu kehadiran anak di pejabat boleh mengganggu suasana kerja dan produktiviti anda. Oleh itu, maklumkan kepada ketua anda bahawa anda terpaksa membawa anak ke pejabat kerana keadaan tidak dapat dielakkan. Beritahu alasan yang munasabah agar bos memahami situasi yang sedang anda hadapi.

Keadaan Yang Kondusif
Pastikan suasana dan persekitaran kerja adalah kondusif untuk membawa anak kecil. Jika boleh suasana pejabat tidak berada dalam keadaan sibuk ketika anda membawa si kecil. Sediakan tempat untuk anak berehat dan membuat aktivitinya sendiri supaya dalam masa yang sama anda boleh bekerja. 

Siapkan Aktiviti Untuk Anak
Jangan lupa membawa segala kelengkapan yang diperlukan untuk melekakan anak sepanjang mereka berada di pejabat menunggu anak bekerja. Antara barangan mereka adalah permainan kegemaran, alat tulis, buku mewarna, buku pelekat, tablet (jika ada) dan sebagainya. Biarkan anak sibuk supaya dia tidak bosan menunggu dan boleh mengganggu anda menyelesaikan kerja. 

Maklumkan Kepada Anak Situasi Di Pejabat
Berikan sedikit gambaran kepada anak tentang persekitaran di pejabat yang vakal dilawati. Sedikit sebanyaj ia membantu si kecil menyesuaikan diri. Tegaskan yang mereka tidak boleh mengamuk, membuat perangai dan meminta balik sebelum habis waktu bekerja, tidak boleh mengganggu orang lain di pejabat membuat kerja dan membuat bising.

Bawa Bekalan Makanan Yang Cukup
Anak kecil sering mengadu lapar dan suka mengunyah. Oleh itu pastikan anda siapkan bekalan susu dan snek sihat supaya dia tidak merengek secara tiba-tiba meminta makanan dan sebagainya.

Pasti mencabarkan bila membawa anak kecil ke pejabat? Heee... Farah tak ada pengalaman membawa Ash ke pejabat setakat ini, jadi tidak tahu bagaimana situasinya. Kalau boleh tak perlulah Farah bawa kerana Farah rasa seakan tak berapa nak "appropriate" sangat dan jika berlakunya sesuatu rasanya mungkin Farah lebih rela cuti kecemasan atau cuti tanpa gaji jika keadaan terdesak. Hu hu hu... Tapi manalah kita nak tahu kan? Keadaan tidak boleh dijangka....

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bila Terpaksa Bawa Anak Ke Pejabat..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, September 28, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. tulah..kalau terpaksa kena jugak bawakkan...adeh..harap2 xdelah keadaan yang terpaksa tu farah...hehe

    ReplyDelete
  2. Pernah berlaku sekali dalam seumur hidup sebab pengasuh mintak cuti sebab nak balik kg. cuti pulak dah takde. so terpaksa bawak anak kecik (1tahun) pegi ofis... memang tak leh fokus keje sebab melayan dia. tapi mujur hari tu ofis agak sunyi sebab ramai yagn cuti.

    ReplyDelete
  3. huhuh..KG mmg bawa anak2 g ofis...

    ReplyDelete
  4. kalau dapat bos yang ok, ok la kan walaupun kita dah terangkan..kalau dapat yg KO jawab nyer kene EL la..kan..

    ReplyDelete
  5. selalu tgk kawan2 bawak anak diaorg.. tp as long as org atasan dan rakan sekerja faham tak de la jd masalah kan...

    ReplyDelete
  6. pun tak pernah dalam situasi ni.. anak pun xdak lagi =P
    tapi CT suka satu inisiatif sorang pgnetua ni time CT jadi guru praktikal..
    sbb ramai sngt mommies dok kasi alasan nk keluar dr sek nak nyusukan anak.. pngetua tu buat 1 bilik khas
    untuk cikgu2 letak anak asuhan masing2.. so mommies boleh p nyusu kt situ tnpa perlu tinggal sek..

    ReplyDelete
  7. ofis kita takleh bawa anak sebab security ketat..huhu...sedih..masa kat ofis lama dulu memang boleh bawa baby bebila je...time cuti sekolah pulak dah macam taska kat ofis sbb bos suh angkut anak datang ofis siap buatkan pertandingan mewarna, bercerita, melukis bagai utk anak2.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY