Bila Imaginasi Mommy Terlebih...


Ini adalah "shape sorter" Ash yang kedua. Buat masa sekarang sementara masih belum jemu, hari-hari dia menghadap "shape sorter" ni. Ha ha ha... Bila dah jemu nanti mesti terperuk dalam bakul permainan dia seperti "shape sorter" yang pertama tu. 
Sekarang ni hampir kesemua permainan berbentuk "puzzle" dia dah mampu buat sendiri. Alhamdulillah, sebagai Mommy dah tentulah Farah gembira dengan perkembangan Ash yang satu ini kan? Dah mula mengira walaupun berterabur... Mula dengan "two", "three" kemudian terus lompat ke "eight", "nine"... Ahaks tak kisahlah, janji dah mula mengira... 


Cumanya, semalam tiba-tiba terlintas di fikiran... Bekas "shape sorter" ni kalau dibasuh bersih-bersih dan kemudiannya dibuat bekas agar-agar menarik gak nih. Bha ha ha... Betul tak? Tu yang kata bila imaginasi Mommy terlebih...bukan setakat sel-sel otak anak jer yang berhubung tau, sel-sel otak Mommy dia sekali pun berhubung. La la la la... 

Agar-agar warna-warni bentuk rama-rama... Haaa gitchewsss... Ihikss... Kanak-kanak kan akan lebih teruja kalau tengok makanan berbentuk-bentuk... Macam menarik juga projek nih... Hurmmm... Idea sudah mari tapi buatnya tunggulah bila Mommy tak sibuk...Wakakaka... Terbayang-bayang dah ni rupa agar-agar berbentuk rama-rama yang berwarna warni... Lepas tu hias cantik-cantik diap dengan mata dengan sesunggut... Lepas tu nanti mesti sibuk Ash sebut... "Lai...lai..." (Butterfly)... 

"Motherhood transforms my creativity".... ;-)
Terimakasih telah membaca artikel Bila Imaginasi Mommy Terlebih.... Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

10 komentar:

  1. wahhh! kreatif nya ur mommy :)

    #Jenjalan sini. Jemput lah ke blog kiteee :)

    ReplyDelete
  2. ha ha ha terbaik la imaginasi mommy ash.
    ok ape.
    save duit nak beli acu puding :)

    ReplyDelete
  3. hihi, mommy yang terlajak fikir, tapi ok juga iadea tuuu ^^

    ReplyDelete
  4. Hahaha... Sampai kesitu mommy pikir eek..

    ReplyDelete
  5. hahaha..boleh gak tu kalau dah tak diguna

    ReplyDelete
  6. Idea mommy tu mcm best...hihihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.