Home » , , , , , » Berbakti Kepada Ibu Bapa...

Berbakti Kepada Ibu Bapa...

Berbakti kepada ibu bapa ni ada macam-macam cara. Beri wang saku, beri barang-barang keperluan, tanggung makan minum mereka, pantau kesihatan mereka, menjaga mereka dan juga termasuklah menyelesaikan urusan-urusan mereka. :-). Ada macam-macam cara kan? 

Macam hari ni, sebenarnya di waktu terluang tengah hari ni, Farah bergegas ke Pejabat Pos semata-mata nak memperbaharui lesen memandu Atuk Ash yang bakal tamat pada 17 September 2015 ni. Bukanlah pula nak gebang atau nak kata Farah ni bagus sangat yer? Dah jadi tanggungjawab kot? Lebih-lebih lagi anak tunggal kan? Siapa lagi yang nak buat kalau bukan Farah? Cuba cerita? Ha ha ha... Segalanya terletak di bahu Farah untuk membantu, menggembirakan serta membahagiakan kedua ibu bapa Farah. 


Susah ke nak perbaharui lesen untuk orang lain? Tak pun sebenarnya... Cuma perlu bawa kad pengenalan mereka dan juga lesen memandu yang bakal tamat tempoh tu. Gambar tak perlu kerana gambar akan di"scan" terus dari kad pengenalan. Sama macam perbaharui lesen sendiri. Mudah jer dan sekejap jer. Tak lama punnn... 

Masuk Pejabat Pos, ambil nombor giliran dan tak sampai 5 minit nombor telah dipanggil. Berikan kad pengenalan dan lesen memandu sedia ada. Dalam lebih kurang tak sampai 8 minit selesai. Ihikss itu kalau nasib baik Pejabat Pos tak ramai oranglah yer? Selesai dahhh... Ahaksss tiba-tiba "jelly" pula tengok lesen memandu Atuk Ash yang baru ni. Tahun depan baru boleh tukar lesen memandu Farah sebab dulu dah buat siap-siap dah untuk 5 tahun terus. 

Sebenarnya walaupun tak ada apa sangat, hati tetap rasa gembira sebab dapat menyelesaikan perihal pembaharuan lesen memandu Atuk Ash ni. Sebabnya, dari hari tu Atuk Ash minta tolong, tapi asyik tertangguh-tangguh, tertangguh-tangguh disebabkan jadual yang agak padat. Hari ni selesai... Phewww...lega rasanya...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Berbakti Kepada Ibu Bapa..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, September 15, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. alhamdulillah..selesai urusan ye mummy ash..

    ReplyDelete
  2. Ye la Farah.lagi2 anak tunggal ..kat siapa lagi la diaorang nak berharap kalau bukan kat anak..Kita dulu pun diaorang juga yang uruskan jadi tak de alasan untuk kita pulak menguruskan hal2 diaorang..kan??

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..settle satu kerja..:)

    ReplyDelete
  4. betul tu farah.. kita sebagai anak haruslah berbakti.. :)

    ReplyDelete
  5. gembira abah dapat anak macam ni..hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY