Anak Manja Mommy...


Nak kata garang tu tidak... Nak kata tegas tu memang ada. Bila bahagian-bahagian tegas tu memang cembeng lah bibir comel tu kan. Kembang kempis nafas arjuna beta ni. Ha ha ha. Tak perlu tinggi suara, tak perlu bertukar jadi hijau. Tekniknya mudah sahaja, iaitu bagi satu pandangan tajam yang lama tanpa berkelip-kelip mata. Automatik dia tahu Mommy tidak suka apa yang dia buat ataupun Mommy sedang marah. Muahahaha.... Bagus! Faham bahasa tubuh tanpa perlu berkata-kata.

Kemanjaan itu memang terserlah dan tidak dapat dinafikan. Tapi manja manja Ash pun berbatas kerana tidaklah teringin langsung di dalam hati untuk berhadapan dengan situasi di mana Ash memijak kepala Mommy ataupun menjadi anak yang tidak mahu mendengar kata ibu bapa. Didikan seharusnya bermula dari awal. Farah sedar tentang kepentingan itu. Anak tunggal bukan bermaksud tiket untuk menjadi rosak!

Perkongsian cerita mengenai anak manja Mommy yang seorang ni 2 hari yang lepas sewaktu Mommy terpaksa meninggalkan dia untuk tayangan perdana Pontianak Menangis di eCurve bersama rakan-rakan blogger yang lain dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Kerjalah "uolsss" bukan saja-saja tinggal anak macam tu jer. Komitmen terhadap tugas sebagai blogger. :-P

Maka, tinggallah dia bersama Nek Ma dan Atuk seketika untuk malam itu. Sebelum pergi bukan main lagi salam-salam Mommy dan "kiss kiss" Mommy. Muahahahaa.... Laporan dari Nek Ma mengatakan pukul 9 lebih macam tu... "Ma meee.... Ma meee..." berulang-ulang kali dia menyebut dan mencari. Kerja tetap kerja, Ash kena faham bila Mommy terpaksa bekerja dan untuk itu tiada pilihan yer sayang. Ha ha ha, lepas tu nanti balik pasti menanggunglah jawabnya. Tak apa, inilah dikatakan salah satu pengorbanan seorang ibu gittew. Betul tak?

Tayangan perdana yang dimaksudkan habis lebih kurang pada jam 11 lebih. Ding dong ding dong sampai rumah lebih kurang 12.30 macam tu. Mandi dulu, bersihkan diri, baru selesaikan kerja rumah dan kerja-kerja yang dah hampir nak sampai "deadline". Dalam secepat mungkin Farah akan pastikan segala kerja-kerja selesai sebab jenisnya Farah tak suka perap kerja dan biarkan orang menunggu terlalu lama. Itukan amanah? Nak simpan lama-lama nak buat apa? Jadi tukun dan sampai lupa segala? Baik siapkan cepat-cepat...

Tapi lebih kurang jam 3 pagi, dia tersedar Mommy dah ada di sebelah dia. Terus bangun duduk dan terus rangkul leher Mommy. Dia letakkan kepala di bahu Mommy dan seolah-olah ketakutan jika Mommy tinggalkan dia lagi. Ha ha ha, lawaklah Ash ni. Tak nak tidur. Letak menangis walaupun Mommy ada sebelah dia. Haiyooooo....

Lantas, Mommy bangun sambil memeluk dia lagi lepas tu endoikan sampai tertidur macam masa bayi dulu. Berjoget Mommy satu bilik tidur. Muahahaha... Haaaa, nampak? Manja tak manja?

Memanglah manja sangatttt ni.... Tulah selalu sangat sebut-sebut anak manja Mommy, macam tulah. Esok hari pertama Mommy memulakan tugas kembali di pejabat setelah bercuti panjang... Pasti menanggunglah bila balik dari kerja nih.... Bha ha ha.. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Anak Manja Mommy... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, September 30, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. kadang2 anak lelaki lagi manja dari perempuan.. comel betul!

    ReplyDelete
  2. alololo sian Ash ye. Mungkin malam feelingnya lain dengan siang ... bila ditinggalkan walaupun kejap terasa sendu/ InsyaAllah Ash kuat dan faham ... cuma Ash memang anak manja mommy! hehehe manja angat-angat ni :D

    ReplyDelete
  3. ash dh besar..anak mommy kan hehe

    ReplyDelete
  4. Rindu mummy sangat tu..walau ditinggal beberapa jam je..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY