Home » , , , , , , » Agihan Fasa Ketiga br1M Kini Bermula...

Agihan Fasa Ketiga br1M Kini Bermula...

Sumber dari Google
Kalau ikut-ikutkan pengagihan terakhir atau fasa ketiga br1M untuk tahun 2015 ini sepatutnya pada 28 September 2015, akan tetapi, kalau tak silap Farah hari tu Farah ada terbaca di satu blog bahawasanya pengagihan fasa ketiga ini akan dipercepatkan kepada 21 September 2015 iaitu sebelum sambutan AidilAdha. Terbaca di satu blog tetapi tak sempat pula tertonton di kaca televisyen. Al-maklumlah sibuk.:-P 

Sebenarnya, kalau nak diikut-ikutkan Farah tak perlu sibuk pun tentang pengagihan br1M ni... sebab tak tergolong pun di dalam mereka-mereka yang menerima duit br1M ni... Bukan nak sombong, nak riak mengatakan tak layak menerima br1M ni tetapi dah memang mengikut kriteria yang digariskan Farah memang tak layak...Hu hu hu... Kalau semak akaun bank macam mana pun memang tak akan adanya duit br1M tu...Muahahaha... 

Cumanya, Farah menjadi sibuk bila Farah diamanahkan oleh Nek Ma Ash untuk memantau dan menjaga kewangan di dalam akaun bank Nek Ma Ash...Jaga dan pantau jerrrr...Bukan ada kuasa nak "withdraw" atau menggunakan yer? Duit mak kan? Takkanlah kita pandai-pandai nak menggunakan semberono jer...Tak senonoh perangai gittew... 

Sumber dari Google
Boleh jer sebenarnya kalau nak guna... Nek Ma Ash sebenarnya tak kisah pun, cumanya sebagai anak yang dah cukup dewasa, cukup matang, dan dah jadi mak budak dah punn...Takkanlah tergamak nak gunakan duit ibu yang tidak bekerja dan mengharapkan duit dari suami dan anak. Jadi duit itu adalah hak dia dan tak seharusnya disentuh.

Haaa... termelalut pula...Ha ha ha...Ni nak bagi tau sebenarnya, sepertimana yang anda dapat baca dari tajuk entri ini... 

Sumber dari Google
Tadi Farah sajalah pergi semak duit baki akaun Nek Ma Ash... Sebab dah baca di blog tu kann tentang berita br1M akan dikeluarkan lebih awal. Tup tup tup...berita gembira kepada penerima br1M satu Malaysia... Muahahaha... Duit br1M anda kini telah berada di dalam akaun bank anda... silalah semak... Untunglahhhh... Kira-kira duit raya lah ni... 

Tadi sewaktu Farah pergi ke bank, masih belum ramai orang lagi yang beratur untuk semak dan ambil duit br1M, tapi bila ramai dah tau pastinya macam ambil tiket bola kannn? Fenomena biasa ketika duit br1M diagihkan... Ke tak dah? Semua dah boleh bertenang bila br1M diagihkan dan biarkan duit tu duduk diam-diam dalam bank? ;-)... 

*Dengar khabarnya... tahun depan ada ura-ura nak naikkan lagi br1M...Betul ke? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Agihan Fasa Ketiga br1M Kini Bermula... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, September 22, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Tahun depan nak adakan Dan naikkan lagi...ermmmmmakin meroyan la semua yg x layak dapat

    ReplyDelete
  2. alangkah bagus jika smua org dapatt.. hihihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY