"Vero Cibo Italiano A Capricciosa, Sunway Pyramid"...

Farah Waheda Wahid
12

"Vero Cibo Italiano A Capricciosa, Sunway Pyramid"...Maksudnya lebih kurang bunyinya begini di dalam Bahasa Melayu... Makanan Itali sebenar di Capricciosa, Sunway Pyramid. Destinasi makan-makan kami sekeluarga hari Sabtu yang lepas. Sesekali "fefeeling" Italiano pula setelah puas berketupat rendang di musim perayaan.


Peneman setia Farah ni mestilah ada kan? Itu rutin biasa, bila sudah mula bekerja kembali, hari bekerja dia ditinggalkan untuk Mommy mencari rezeki, hujung minggu, kesempatan yang ada, memang mustahillah sedikit untuk meninggalkan dia macam tu ajer. Macam mana pun mesti bawa dia bersama. Dan sememangnya kena diikat supaya duduk diam-diam di dalam "buggy" tu...Kalau tidak, jenuh mengejar oiiii!!! 

Kami tiba di Sunway Pyramid pada lebih kurang pukul 10.50 pagi. Sementara menunggu blogger-blogger lain tiba, Farah terpaksalah melayan Ash di kawasan sekitar yang berdekatan supaya dia tidak merasa bosan dan cuba meloboskan diri dari "buggy" tu...Ha ha ha... Kanak-kanak, seusia ini, mana nak duduk diam yer tak? 

Lebih kurang 11.30 pagi, apabila kesemua blogger terlibat telah tiba, kami pun mengambil tempat masing-masing. Cari "port" yang bersesuaian untuk "parking buggy, stroller" segala bagai. Al-maklumlah masing-masing semuanya ada beg tangan. Kenalah cari "port" yang sesuai nak "parking" dan pastikan keselesaan anak-anak masing. Supaya boleh makan dengan aman dan tenang serta boleh suap Ash tu makan. 


Ini adalah merupakan hidangan pembuka untuk kami yang telah disajikan oleh pihak Capricciosa. Menu ini diberi nama Trio Platter. Trio Platter ni adalah merupakan kombinasi Baked Chicken Wings, Calamari Fritto dan Crispy Fried Mushroom. Bila dialih bahasa... ianya adalah kombinasi kepak ayam yang dipanggang atau dibakar, sotong goreng dan juga cendawan goreng. Pembuka hidangan atau "appetizers" ini sememangnya membuka selera. Bila dah makan satu, kemudiannya tak sabar nak tunggu menu apa pula yang bakal dihidangkan lagi seterusnya untuk kami.


Menu kedua yang disajikan adalah merupakan Capricciosa... "Signature Dish" ni rasanya sebab namanya adalah bersempena dengan nama restoran ni kan? Tengok nama menu, tengok nama restoran...Hah, sama!!! He he he... Sekali imbas macam Super Supreme dari Pizza Hut...Tapi takkk... Ini adalah pizza mereka yang tersendiri dengan rasa yang tersendiri. Layan sekeping dulu...Kena simpan perut untuk yang bakal mendatang nih... 


Bersama-sama dengan Capricciosa, pizza yang kedua juga dihidangkan. Nama pizza ni adalah Quattro Formaggi iaitu kombinasi empat jenis keju di dalam satu pizza. Nampak kosong, tetapi sesiapa yang sukakan keju pasti akan gemarkan pizza jenis ini. :-). 


Haaaa, apa ni? Apa ni? Ini adalah pasta yer kawan-kawan bukan sebarang jenis makanan eksotik. Tapi sos-nya tu adalah eksotik sedikit bagi Farah. Muahahaha... Menu ini diberi nama Squid Ink. Iya, Squid Ink dalam bahasa terjemahan "direct"nya adalah dakwat sotong. Dakwat sotong? Yerrr, dakwat sotong tu, dijadikan sos. Pertama kali juga Farah jumpa ni dan menurut buku menu di Capricciosa, ini adalah tidak dicadangkan untuk anda memesan yer ketika anda membawa teman lelaki atau teman wanita anda untuk temujanji kali pertama. He he he... Farah tak jamah pun menu yang ini, tetapi menurut Abah Lan Careno, rasanya boleh tahan. Heeee...


Huwargghhh, "this is my all time favourite" nih... Caesar Salad...Yang menariknya "topping" untuk Caesar Salad ni, anda boleh pilih sama ada nak ayam ataupun ikan salmon. Tapi kalau nak jaga badan tu, faham-faham jer lah...tak perlu letak "topping" yer anak-anak...Ekekekeke... 


Creamy Porcini yang sangat sedappp... Ash makan ni ler, pada waktu dan hari kejadian... Dia kan memang suka pasta? Lepas tu tak kiralah sama ada jenis carbonara ataupun tomato "based" punya sos ke, memang dia akan makan. Banyak juga dia makan Creamy Porcini nih... Mommy dia ambil rasa jer sedikit...Hew hew hew... 


Ocean Platter... Macam-macam ada... Creamy Garlicky Salmon, Calamari Fritto, Black Mussels, Rice Croquette, Capri Superstar Pasta dan Mixed Vege... Ocean Platter ni memang orang kata semua lengkaplah...Memang terdapat pelbagai variasi... Kalau rasa nak makan tu nak makan ni, semua pun nak makan, bolehlah memesan Ocean Platter ni... 


Ini namanya Creamy Salmon.  Lebih kurang macam Creamy Porcini tadi tapi bezanya cuma "topping" sajalah kann. Ikutlah selera masing-masing nak yang macam mana...He he he...



Tiramisu dan Chocolate Brownie sebagai pencuci mulut kami sebagai penutup acara makan-makan... Ash cukup suka dengan Chocolate Brownie tu... Heee...Biasalah ada aiskrim kannn???


Selesai makan, gambar keluarga mesti ada "uolss"... Inilah keluarga-keluarga blogger dan blogger yang telah menghadirkan diri pada sesi "food review" di Capricciosa yang terletak di Sunway Pyramid. Terima kasih pada abang yang telah sudi mengambil gambar keluarga kami nih... Hi hi hi... 


Bayi yang paling dewasa adalah di tengah...Ha ha ha... Adik-adik tidur, Abang Ash hisap botol susu... Mak-mak bergambar... Begitulah bila ada anak kecil yer tak? "Stroller" dan "buggy" memang tak tinggal ler...


He he he, bersama Mommy Irra, "last" kopek ni "last" kopek, sebelum masing-masing ikut haluan masing-masing...Tetapi tidak terhenti di sini sahaja...In Shaa Allah, hujung minggu ni jumpa lagi!!! Yeayyy... 

Terliur tak nak mencuba makanan-makanan yang disajikan oleh Capricciosa? Kalau rasa-rasa teringin tu, bolehlah menjejakkan kaki anda di....

Capricciosa Sunway Pyramid
Lot 2.127A, Lower Ground 2
Sunway Pyramid Shopping Mall
Tel: +603 | 7492 0515
Faks: +603 | 7492 0512



Waktu Operasi:
11.00 pagi - 10.00 malam

Untuk Maklumat Lanjut & Lokasi Lain:

Laman Web Capricciosa

Laman Facebook Capricciosa Malaysia

Owhhh, lupa pula nak cerita, semuanya makanan yang dihidangkan adalah HALAL yer kawan-kawan... Capricciosa ni adalah restoran makanan Itali HALAL yang pertama yang diluluskan oleh JAKIM di Malaysia...Manalah tahu, kot kot ada yang tertanya-tanya... Kalau tak HALAL, Farah pun tak jejak ok? 

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Okey kita jumpa hujung minggu ini..boleh la borak2 sakan lagi...

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum.... farah,

    wahhh... sedap2 farah makanan kat sini... dan halal. Tgk gambar aje dah tahu.. kalau jejalan sini boleh singgah ...

    mselim3 :)

    ReplyDelete
  3. Pasta dakwat sotong? Uuuuuu. Sedap tak?

    ReplyDelete
  4. sy suka gak masakan itali ni p yg berdakwat sotong tu rs cm nk try ;-)

    ReplyDelete
  5. Salaam farah.. Untungnya..camne nak join team blogger jgak ye? Mcm best je..😊

    ReplyDelete
  6. sedappppp tuuuu
    SELAMAT PETANG..SYIRA SINGGAH BLOGWALKING :D
    NAK TAK SYIRA PROMOTE BLOG DAN IG ??
    TINGGALKAN LINK DI PAGE BOG SYIRA LOKMAN
    https://www.facebook.com/syiralokman5

    TERIMA KASIH :)

    ReplyDelete
  7. wow nampak sedap menarik

    amboi semua ada stroller

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap semua menu2 tu... teringin nak cuba ^-^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !