Home » , , , , , , , » The First Malaysian Man To Give Birth!!!

The First Malaysian Man To Give Birth!!!

Masih ingat tak atau tahu tak bahawasanya dahulu ada sebuah filem yang dilakonkan oleh Arnold Schwarzennegger, Danny DeVito dan Emma Thompson, yang mana di dalam filem tersebut Arnold Schwarzennegger telah hamil dan melahirkan seorang bayi. Yer...Orang lelaki yang hamil dan melahirkan bayi.Tajuk filem tu adalah Junior.

Sumber dari Google
Sedikit "trailer" dari filem tersebut yang sempat Farah sisipkan di dalam entri ini...


Abang sado mengalami alahan kehamilan, proses kehamilan dan juga proses melahirkan... Untuk lelaki hamil dan melahirkan itu adalah memang mustahil kannn??? Mana boleh kita mengubah susur galur ketetapan Allah SWT bahawasanya diterbalikkan lelaki hamil dan wanita tidak. Memang taklah kannn??? Yang hamil tetap adalah wanita dan yang menyumbangkan sperma adalah tetap lelaki. Perlukan kedua-duanya untuk melengkapkan proses itu. 

Hamil itu indah... Cuma perasaan dan emosi serta rasa yang dilalui oleh seseorang wanita itu yang ada kalanya orang lelaki tak faham. Mereka tidak faham bagaimana kontranya sesuatu sikap wanita itu ketika hamil, mereka tidak merasa bagaimana rasanya perjalanan hamil itu dan bagaimana rasanya ada "extra baggage" di bahagian abdomen... Ada orang kata, bila dah di akhir-akhir kehamilan akan terasa semakin lama semakin berat dan jalan pun jadi lambat. Mungkin bagi sesetengah orang.

Bukan berbangga, bukan riak, tetapi inilah pengakuan dari pengalaman sebenar Farah ketika hamilkan Ash... Farah tak rasa apa yang dikatakan bila dah di akhir-akhir kehamilan itu terasa berat dan ianya melambatkan pergerakkan. Sepanjang kehamilan sehingga ke akhirnya dahulu, Farah rasa tubuh badan Farah ringan dan Farah mudah bergerak walaupun Farah ada komplikasi. Alhamdulillah, syukran Allah kerana mempermudahkan... 

Kadang-kadang kita yang jadi wanita ni terfikir, alangkah bagusnya jika seseorang lelaki itu dapat merasai bagaimana saat kehamilan itu dan bagaimana sakit melahirkan itu? Dan memang telah wujud pun simulasi kelahiran ni sejak beberapa lama.... Hik hik hik... Dan video di bawah adalah proses kehamilan dan simulasi kelahiran yang telah dilalui oleh Prem dari Mix.FM... 


Kalau ada simulasi kelahiran secara pembedahan pun Farah suka! Bolehlah para lelaki merasa apa yang dialami oleh ibu-ibu yang melahirkan dengan kedua-dua cara. Dalam masa yang sama, ibu-ibu yang melahirkan secara normal juga bolehlah turut merasa pengalaman bagaiman yang dialami oleh ibu-ibu yang melahirkan secara pembedahan. Bagus sebenarnya, lelaki melakukan simulasi kelahiran seperti video di atas....Ekekekeke...

Bayangkan badan Prem tu boleh dikatakan tegap juga...Lelaki kan tenaga mereka dikatakan kuat? Sekuat-kuat dan segagah-gagah lelaki, akhirnya tewas juga dengan kesakitan untuk melahirkan...Kannn??? Sebab itu dikatakan tangan yang memegang buaian boleh menggoncang dunia... Wanita itu kuat! Dan jangan anggap wanita itu lemah kannn??? ;-) 

*Kalau semua lelaki merasa ni kannn bagus??? Semua..."means" semua lelaki yang wujud dalam dunia ni.... ;-)...Barulah setiap dari mereka faham dan tahu rasa sebenar... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel The First Malaysian Man To Give Birth!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, August 28, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. hihiih tgk haritu.. memang haru la dia tahan contraction kan.

    ReplyDelete
  2. betul..waktu mengandung dengan sakit sana ,sakit sini..tapi tetap rasa seronok untuk di kenang..Rasa bangga bila berjalan bawak perut tu..orang keliling lebih perhatian pada kita..kalau tunggu kat kaunter nak bayar pun ,orang alan utama kan kita..hehehe

    Dalam sakit2 tu sebenarya ada nikmatnya..kan??sebab tu ada wanita yang mengandung selang setahun..eheheh

    ReplyDelete
  3. wahhh mmg terbaik lah.. tringin jugak nak rasa...

    ReplyDelete
  4. PC nak rasa pengalaman melahirkan juga..amin..

    ReplyDelete
  5. sampai termaki2 dya.. hahaha.. inilah dasatnya kalau lelaki yg melahirkan..

    ReplyDelete
  6. tu la istimewa nyer pompuan ni kan fara.
    melahirkan anak. berkorban...
    rasanya semacho mana pun lelaki, tak sanggup dia kot :) hi hi...

    ReplyDelete
  7. Pengalaman lahirkan anak secara caesarean. Allah je tahu..time kena belah perut tu...

    ReplyDelete
  8. baru tau ada simulasi camni. kena suruh lebih ramai lelaki cuba simulasi ni, baru diorang tau betapa hebatnya wanita :-)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY