Home » , , , , , , , » Teknik Bercakap Supaya Anak Mendengar Arahan...

Teknik Bercakap Supaya Anak Mendengar Arahan...

Sumber dari Google

Mencabar sebenarnya jadi ibu bapa ni kan? Memang sangat-sangat mencabar...Macam-macam perkara, macam-macam cerita, macam-macam kerenah yang perlu dihadapi. Kalau hilang tahap kesabaran dan dah tak ingat apa, agaknya ramai ibu bapa yang dah jadi hijau setiap hari dah.Tapi di dalam mendidik dan menjaga anak-anak ni sebenarnya memang kita sebagai ibu bapa perlu banyak-banyak bersabar. Lagipun sabar itu kan bagus? 

Bukanlah bermaksud sabar sampai anak boleh memijak kepala kita dan tidak mahu langsung mendengar kata-kata serta arahan kita. Itu dah lain dah tu dan masalah besar tu yang melanda kita. Moga-moga kita dijauhkan dari keadaan dan situasi itu yer? In Shaa Allah...Amin... 

Ada ibu bapa yang mengeluh apabila apa sahaja yang dikatakan oleh mereka langsung tidak didengari atau dipatuhi oleh anak-anak. Lepas tu, labelkan anak sebagai degil dan tidak mendengar kata. Hurmmm.. Tapi pernahkah kita terfikir, kenapakah ianya berlaku? Adakah disebabkan dari cara kita berkomunikasi dengan mereka ataupun sesuatu yang lain?

Komunikasi yang berkesan terjadi apabila satu pihak bercakap dan satu pihak lagi mendengar. Kalau dah dua-dua bercakap siapa pula nak mendengar yer tak? Ekekekeke...Sama juga kalau kita berkomunikasi dengan orang dewasa. Bila seorang bercakap, seorang lagi kena mendengar. Bila seorang dah habis bercakap, barulah seorang lagi bercakap. Komunikasi 2 hala memerlukan teknik dan trik terutamanya ketika kita ingin berkomunikasi dengan anak-anak.

Sebenarnya, apa yang Farah ingin kongsikan ini adalah hasil pembacaan dari sumber di SINI, marilah kita sama-sama membaca, menambah ilmu bersama-sama... 

Terdapat 4 teknik yang dikongsikan melalui artikel yang berkenaan untuk meningkatkan tahap komunikasi yang berkesan. Ianya tidak perlu sampai anak faham apa yang kita cakapkan, sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar itu sudah cukup baik pada permulaannya. 

Rendahkan Badan Untuk Bercakap Sama Paras Dengan Ketinggian Anak

Sumber dari Google
Ya ampunnn gambar tu yer... Dah cari tapi tak jumpa juga yang bersesuaian... Hu hu hu... Abaikan apa yang tak sepatutnya dilihat... Apabila kita mahu anak mendengar atau mengambil perhatian apa yang sedang kita cakapkan kepada mereka, rendahkanlah badan kita agar boleh sama paras mata dengan mata anak. Kita boleh juga mengangkat anak sambil letak dipangku untuk mulakan komunikasi bersama anak. Seterusnya pandang bola mata mereka dan cakaplah secara tenang, perlahan tetapi jelas tentang apa yang kita ingin katakan. 

Jangan gunakan bahasa yang tinggi atau kompleks yang membuatkan mereka kurang faham apa yang kita katakan. 

Untuk anak berumur 2,3 dan 4 tahun gunakan kosa kata atau "vocabulary" yang mudah untuk mereka sebut dan ikut. Kerana, ketika itu juga mereka sedang belajar untuk meniru percakapan kita. 

Elakkan Salah Faham

Sumber dari Google
Kadangkala bila kita gunakan terlalu banyak perkataan yang lebih kurang bunyinya sama terutama dalam Bahasa Inggeris seperti "three" atau "tree" juga boleh membuatkan komunikasi 2 hala dengan anak terganggu. Apabila mereka faham perkara lain seperti yang kita cakapkan, mula akan terjadi konflik antara kita dan anak.

Mudah kadangkala kita label mereka tidak mendengar kata atau lakukan apa yang kita suruh yang sedangkan mereka tidak faham, sebetulnya apa yang ingin kita sampaikan. Cara terbaik ialah, lihat reaksi muka mereka jika berkerut dahi mereka atau terbeliak mata mereka, tanyakan semula apa yang kita cakapkan sebentar tadi. Jika ianya berlainan dengan apa yang kita cakapkan tadi, betulkan mereka dengan perlahankan kelajuan percakapan kita hingga mereka benar-benar faham mesej yang ingin disampaikan. Jika perlu diberikan contoh untuk mudah mereka faham, berikanlah. 

Terus Kepada Mesej Yang Sebenar

Sumber dari Google

Bayangkan kita mempunyai masa yang sedikit untuk melakukan perbualan bersama mereka, jadi kita perlu cakap apa yang kita perlu cakap sahaja. Sekiranya kita bercakap kepada anak dengan terlalu terperinci, sudah pasti berlaku banyak kekeliruan dan mereka akan bertanya soalan yang tidak kena mengena dengan apa yang kita sampaikan. Jadinya, buang masa dan kita akan menjadi sedikit putus asa untuk mengulanginya. 

Jangan Menjerit Kepada Mereka

Sumber dari Google
Alhamdulillah lah, setakat ini identiti diri sebagai ibu dikenalpasti Farah ni bukanlah jenis yang suka menjerit...Ekekekeke.... Memang tak pernah jerit langsung kat Ash punnn... Menjerit tu bagi Farah adalah cara paling buruk dalam berkomunikasi. Ianya terbukti apabila kita menjerit kepada anak, mereka tidak akan mendengar apa yang kita cakapkan. Banyak dah Farah tengok. 

Walaupun mereka duduk dan melihat mata kita, mereka hanya menadah telinga untuk mendengar dengan penuh rasa sedih dalam diri kerana dimarahi. Oleh itu, percakapan kita gagal, mereka sedih dan kita juga rasa sedih. Taida apa yang berjaya disampaikan. Apabila kita merasakan marah dan ingin menjerit, ubah kedudukan kita pada ketika itu. Jika berdiri, cuba bertenang duduk. Tarik nafas dalam-dalam dan jika boleh ambil wudhu' untuk mengurangkan amarah itu.

Cuba sebaik mungkin untuk tidak menjadi "singa lapar" kerana ianya tidak baik untuk emosi dan hormon badan anak kita. Kita sebagai ibu bapa perlu cuba sebaik mungkin menjadi seorang yang mereka idolakan yakni mempunyai tindakan yang positif terhadap mereka. Ianya ibarat seorang guru yang mereka sanjungi.

Kesannya, apabila kita berjaya dalam berkomunikasi dengan anak yang mana mereka mendengar apa yang kita cakapkan, itulah titik mula untuk melatih mereka untuk fokus. Fokus anak memang susah untuk dibentuk kerana mereka penuh dengan pelbagai perkara yang ingin dicuba. Tetapi komunikasi adalah perkara yang setiap hari kita lakukan bersama mereka, dari situlah fokus mereka secara tak langsung dibentuk. Cumanya, kita kena cakap secara betul, jelas agar deria telinga mereka terangsang dengan optimum.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Teknik Bercakap Supaya Anak Mendengar Arahan... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, August 20, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. Betul.. Kadang kita cakap tak berdepan dengan dia.. mana dia nak dengar.. Huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Saya praktikkan cara ni kat anak buah laa.
    Kalau trtinggi suara, mesti dorang nangis. Kita pulak yg kalut minta maaf. Hehe :P

    ReplyDelete
  3. bila ada anak dah besar macam abg Adam tu lagilah kena byk bersabar adoiii...

    ReplyDelete
  4. saya baru stat apply pastikan samakan level dgn anak bila bercakap dgn dia..Alhamdulillah nampak positive nye :)

    ReplyDelete
  5. Kite buat kat baby Biha selalu ckp niceee... 'Nabihah, tolong mama ambik tuu...' otomatik die ambik dan bagi, lepas tu kite puji ler...'Pandainya Bihah!' sambil senyum & tepuk tgn. Lepas tu, tiap kali kite atau nenek dia cakap, bagi arahan dan mintak tolong dia boleh ikut semua, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. mmg besarkan anak sgt mencabar..lagi2 zmn gajet skrg..mmg kita sbgai ibu bapa pun kene kuat dn mengadu slalu dgn DIA..ari2 pesan kt diri x nakjd mak hijo arini..tp ade je bende menduga kesabaran..

    ReplyDelete
  7. Nani pu kalau nak suruh anak buah tolong ke apa ken acakap elok2 kalau tak nanti dorang tak nak buat. dengan budak2 ni kena pandai cakap dengan dorang

    ReplyDelete
  8. selalu cakap dengan anak buah pun slow2 tapi yang terlalu degil terjerit jugak..ni nanti dah anak kene slow talk..kene pandai ler

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY