Tak Tau Nak Marah Ke? Atau Nak Membebel Ke?

Farah Waheda Wahid
11
Hurmmm..."feeling" nak mengomel dah tiba dah ni... serius ni, tak tau nak marah ke? atau nak membebel ke? Dan sebenarnya yang jujurnya tak tau nak cakap apa pun... Cuma yang boleh dilakukan adalah meluahkan jer lah... Hu hu hu...Nak cakap banyak-banyak pun macam tak boleh cakap banyak sebenarnya...He he he... Tapi macam terkilan jugalah rasanya... 

Sumber dari Google
Sebenarnya semalam Nek Ma Ash kurang sihat. Dia rasa pedih di bahagian ulu hatinya dan agak sukar untuk bernafas. Tapiiiii... Nek Ma Ash tak telefon dan beritahu Mommy Ash pun!!! Sentap hakak ok??? Kenapalah tak telefon jer dan maklumkan pada Farah??? Sebaliknya, Nek Ma Ash telefon dan maklumkan pada Atuk Ash. 

Atuk Ash lah yang maklumkan pada Mommy Ash. Iyaaa, faham sebenarnya maksud Nek Ma Ash tu tak nak ganggu Farah tapiii, kalau dah tak sihat tu maklumkan jerlah... Perbualan malam semalam:

Farah:
Ma, kenapa tak terus telefon adik jer kalau tak sihat? Beritahulah, Mama "call" Papa pun bukannya Papa boleh balik pun?

Nek Ma Ash:
Alaaa, tak apalah, tak nak ganggu adik. Adik mesti banyak kerja dan adik pun baru lagi. Nanti orang kata apa pula.

Dah tu? Agak-agak nak kata apa? 

Farah:
Ma, lain kali kalau tak sihat atau apa-apa terus telefon adik. Tak apa, perkara macam ni mana boleh ambil remeh. Beritahu jer. Adik boleh balik. Adik minta pada "boss". Ash ni dah lah tengah aktif. Nanti kalau jadi apa-apa kat Mama macam mana? Tak larat Mama nak "handle" Ash sorang-sorang... Baik beritahu sebelum apa-apa... 

Bunyi apa yang Farah taip tu memang agak kasar kot? Tapi Farah tak adalah bercakap kasar pun dengan Nek Ma Ash, cuma bercakap secara tegas untuk tekankan ayat penegas di situ supaya telefon Farah kalau apa-apa...Sebab risaukan kesihatan dan keadaan diri Nek Ma Ash dan juga risaukan Ash. Mak tu lah satu oiiii, anak tulah satu oiii... Sayang sangat dua-dua, mau tak risau???

Ada sambungan lagi...

Farah:
Mama, dah tak sihat lain kali jangan mandikan Ash. Adik balik adik mandikan Ash. 

Nek Ma Ash:
Tak apa. Mama boleh buat.

Alahaiiii...diakhiri dengan... 

Farah:
Mama, jom pergi klinik jom? Nanti melarat...

Nek Ma Ash:
Tak apa, nanti-nanti sekejap lagi ni baiklah. Masuk angin ni kot. 

Sumber dari Google
Semasa Farah sampai, Ash tengah elok duduk diam di tepi Nek Ma dia, nampak dia tengah usap-usap perut Nek Ma dia. Agaknya dia tau Nek Ma dia tak sihat. Memang tak adalah dia melasak sana-sini. Nek Ma Ash pun kata, dia duduk diam jer. Tonton televisyen dan main. Faham dia... Alhamdulillah, anak teruna Farah tu faham keadaan Nek Ma dia. Cumanya...ha ha ha...rumah memang macam kapal karam dibuatnya... Ambil peluang betul dia sepahkan satu ruang tamu... Rasa macam nak pengsan tengok... 

Selepas tu, tugas Mommy arahkan Ash buat operasi mengemaslah bersama-sama Mommy kan? Masak untuk makan malam dan suapkan dia makan. Alhamdulillah, bila beransur malam, keadaan Nek Ma Ash dah beransur semakin pulih. Phewww...Nampak tak? Nampak tak? Tak tau nak kata apa? Dan tak tau nak gambarkan macam mana perasaan ni... 

Kita risaukan dia, tapi dia macam tulah...Heeee...Maaa, kalau baca entri yang ini...Ya ampunnn...Memang semalam tak tau nak marah ke? atau nak membebel ke? Bukan apa, adik risau jer Mama tu... Nanti karang bila adik baru jer bayang-bayang nak hantar Ash pergi nurseri ke, "playschool" ke, Mama dah mogok...Agagagaga.... ;-) 

Begitulah pengorbanan ibu terhadap anak-anak...Apa pun keadaan akan digagahi juga walaupun sebenarnya tak terdaya... Hurmmm..Sebab tu ibu kita adalah yang terbaik untuk kita kan? Yang terbaik, yang paling terbaik dan tiada tandingannya untuk kita semua...Seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja demi kesenangan serta keselesaan anak-anaknya, cumanya kita jer lah kadang-kadang tu rasa tak sedap hati dan tak berapa nak selesa.... Hu hu hu... 

Orang yang tidak memahami akan membuka seribu satu andaian dan seribu satu cerita... Bila dinampaknya kita biarkan ibu menjaga anak kita, dikatanya kita mempergunakan ibu dan mendera ibu kita...Tapi hakikatnya cuma kita yang tahu apa di sebaliknya...Isi dalam rumah takkan nak cerita semua kat orang oiiii...Betul tak? 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. MACAM-MACAM RAGAM...
    TERIMA KASIH KONGSI CERITA AKAK...

    ReplyDelete
  2. betul tu..kadang2 org nie senang sangat buat andaian bila kita biarkan mak ayah kita tlg tengok2kn anak2 kita..kalau kita bertegas nak jugak anta ke bbsitter / nursery, merajuk laa atok nenek tu :(

    ReplyDelete
  3. Itulah ibu kan... Ksihnya sampai syurga...

    ReplyDelete
  4. Org tua slalu memg mcm tula kan, diri x ok pun tetap dia kata ok

    ReplyDelete
  5. Ibu... yang sakit pun kata xsakit depan anak2. akak better ajak nek ma ash p wt check-up tau.pedih ulu hati ni salah satu tanda jugak ada batu karang dalam hempedu.nti rasa lebih menyucuk2 dan tak selesa.better check.klu xde alhamdulillah.just a suggestion.

    ReplyDelete
  6. org tua mmg mcm tu farah..sakit macm mana pon xnak bgthu kita..nak jgk pulih sendiri..huhu

    ReplyDelete
  7. orang tua tetap akan ckp sihat utk taknak anak rasa terbeban..
    cenggitulah mak ena jugak...
    nampak mcm tak sihat tapi tetap mak ok mak ok...jgn risau
    tapi kita sbg ank ttp risau kan

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah Nek Ma Ash dah ok. Ye la .. risau tu normal la lebih2 lagi mak sendiri. Siapa tak sayang mak kan ... takda galang gantinya. Sayang mak saya ketat-ketat! :D

    ReplyDelete
  9. macam tu laorang tua..taknak susahkan anak..kita yang risau

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !