Tak Mampu Nak Telan Dan Habiskan...

Farah Waheda Wahid
9

Nasi Ayam Hailam, tulisan bergantungan di kedai mamak ni ha... Bau menyelerakan, "display" memanggil-manggil Farah ni untuk mengisi perut. Al-maklumlah dah tengah hari kan? Dah tiba waktu makan dah punnn... 

Makan kena ikut waktu... Tidur kena pandai "adjust" supaya cukup tidur, kerja kena fleksibel tetapi "perform" dan berkualiti... Bila cukup "time", tiba waktu makan, memang kena makan. Cerut perut, ikat perut tak adalahhh... Walau tak banyak sedikit perlu makan... Ahakss mana tak menembun yer tak? 

Sementara tunggu temujanji pada pukul 2.00 petang ni, ok sekarang dah 2.01 petang, dah selesai makan dan dah sampai tempat temujanji ni pun. Farah sempatlah juga mengisi perut. Makan Nasi Ayam Hailam ni lah. 

Tapiiii... Tak mampu oiiii nak habiskan... Sebab? Ayam dah ok dah "marvellous", sos, sup semua cukup rasa. Tiba ke nasi??? Kalau tak betul-betul boleh tersedak atau tersembur nasi ok? Masinnnnnn....Sangat-sangat masin... 

Haaa sesetengah orang dah panggil tauke kedai atau pelayan suruh tukar pesanan dan tak silap-silap boleh hangin satu badan. Ngeee, pada orang yang memang sangat "outspoken and direct to the point". Farah pula lain halnya... Makan setakat mana yang mampu makan, walaupun itu adalah duit kita yang membayar dan kita ada hak untuk berikan maklum balas atau "complaint".

Makan jer setakat mana yang tekak ini mampu telan. Ahaksss...Dah sampai "limit"... Sekian, terima kasih. Bayar do kaunter dan dengan senyuman manis di wajah, Farah beri maklum balas kepada tauke kedai. "Nasi Ayam Hailam tu, dia punya nasi sangat masin..."... 

Nasib baik tauke kedai terima maklum balas Farah dengan baik. Bukan harapkan dapat diskaun yer. Ikhlas bagi maklum balas supaya dapat diperbetulkan. Selepas itu ada 2-3 orang "despatch" yang sedang makan, mungkin dah biasa makan di kedai mamak tu, beri maklum balas masin juga nasi tu. Ha ha ha... 

Harga semua sekali RM8.00 tapi dapat RM7.00 dan tauke kedai minta maaf kepada Farah. Tak mengapa, sedangkan kita sesekali masak pun termasin juga. Agaknya yang masak tu nak kahwin kot? Ha ha ha... 

Tak salah kita sebagai pelanggan untuk memberi maklum balas kepada pihak kedai atau restoran. Untuk kebaikan mereka juga di dalam penambahbaikan kualiti masakan dan untuk pelanggan lain juga... 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. selamat hari raya farah..

    ReplyDelete
  2. Huhu bese kalau org masak termasin lebih ni tanda nak kahwin atau yg dah kawin nak kawin lagi! Hehe org tua2 la slalu kata gitu..

    ReplyDelete
  3. termasuk lebih garam kot kak..
    mungkin lupa dah masuk tadi pegi masuk lagi sekali..hehhee

    ReplyDelete
  4. sy pulak tadi tawarrrrr. tak mampu gak habiskan walaupon dah mintak belacan. mkn kat tesco dh byr dulu so mls la nk complaint huhu. sabar jela ;(

    ReplyDelete
  5. adeh,potong selera..tgh2 lapar blh plak jd mcm tu kan..huhu

    ReplyDelete
  6. mungkin tukang masak tu nak kawen kot farah..:)

    ReplyDelete
  7. salam singgah sini farah....ayam dan sup da ok...sayang pula kan nasi dia masin...

    ReplyDelete
  8. Tengok gambar kat FB nampak tempting je tadi.... sebab memang tengah mengidam nasi ayam hailam.... takpe... customer tegur supaya bisnes depa lebih maju... bukan menjatuhkan :) alhamdulillah tauke terima teguran....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !