Sudah Pandai Melakukan "Puzzle" Sendiri Dan Mengenal Abjad...

Farah Waheda Wahid
7
Jika dulu ketika melakukan aktiviti "puzzle", Mommy perlu buatkan untuk dia... Oklah, dalam istilah tepat bukan buatkan tetapi tunjukkan kepada dia bagaimana caranya... Kini di usia 1 tahun 9 bulan, Alhamdulillah, nampaknya ada perkembangan yang positif yang dapat Farah lihat pada Ash. Anak-anak kecil kan memang cepat menghadam dan meniru apa yang orang dewasa lakukan? Begitulah juga Ash... Dia pun sama jer... 

Kita buat sekali lepas tu tup tup tup dah boleh meniru gaya kita...tau buat sendiri. Contoh paling dekat, hari tu, bola-bola warna-warni dia masuk ke bawah sofa, kemudiannya tidak boleh dicapai dengan tangan... Farah ambil penggaru yang ini...

Sumber dari Google

Cara yang paling cepat untuk capai dan keluarkan bola tu...Ihikss... Dan hari Ahad malam Isnin yang lepas bila bola-bola warna-warni dia termasuk ke bawah sofa tu, dia sendiri yang keluarkan penggaru kayu di atas dari laci dan keluarkan bola warna-warni tu sendiri....He he he, senang kerja Mommy "uolsss"... Tak perlu susah payah dah sebab Ash dah pandai lakukan sendiri... 

Kini, dia sudah pandai "unlock tablet" sendiri dan cari applikasi serta buka aplikasi yang dia ingin main atau lihat... Ash suka "puzzle"... Sepertimana yang kelihatan di dalam video yang dipautkan dari Instagram Farah di atas... Dia sudah boleh buat sendiri! Tidak perlu ditunjukkan lagi tetapi otaknya sendiri yang bergerak untuk berfikir bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu "puzzle" itu... 

Bukan setakat itu, dia juga sudah mengenal abjad... Dia boleh melengkapkan "puzzle" abjad dan Alif Ba Ta dengan sendiri tanpa perlu ditunjukkan...Dia sudah mula mengenal serta mengecam bentuk dan rupa setiap benda, abjad dan juga huruf rumi...Alhamdulillah... Satu perkembangan yang memang buatkan setiap ibu merasa gembira apabila anak-anak mereka telah mula menunjukkan "progress"... Bila cerita dan laporkan pada Abah dia, Abah dia senyum sahaja... Bila di hadapan Abah dia, dia lakukan perkara yang sama, Abah dia senyum sahaja... Abah senyum jer, tapi dia gedik pergi tepuk-tepuk tangan kononnya itu tandanya dia mengatakan diri dia pandai lettew...Ahaksss... 

Setakat ini, itulah perkembangan Ash... A, B, C... Dia akan mulakan dengan A.... lepas tu B... lepas tu senyap...Ha ha ha... "One, two, three"...kadang-kadang mula dari "six", kadang-kadang terus lompat "eight, nine..."...Ikut suka dia... Bila ditanya "show Mommy where's the aeroplane?"... Tunjuk mendongak ke atas... Dia juga telah kenal objek bila kita minta tunjukkan... 
Sejuk perut... Dan bila Ash menunjukkan minat sebegini...semakin bersemangat pula Mommy nak latih dan didik Ash dan boleh tak tiba-tiba rasa teruja dan tazzabar nak lihat perkembangan Ash yang seterusnya.... ;-)... Farah percaya keterujaan ini bukan Farah seorang sahaja, tetapi setiap ibu bapa pun akan merasakan perkara yang sama Farah rasakan...Moga-moga anak-anak kita semua akan terus berkembang dengan positif hendaknya... In Shaa Allah...Amin...

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. btul tu farah... anak2 ni, kalau kita layan dia dengan pembelajaran macam ni, dia akan cepat pandai.

    ReplyDelete
  2. Wah..semakin pandai ash..tak pernah jumpa dia lagi

    ReplyDelete
  3. Bijak ash....bagussssssss ye...suka tgk dia match kan ikut size dan bentuk...so clever boy!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Perkembanhan yang positif...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...makin hari ash makin bijak...tahniah ash...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !