Situasi Santai Didik Anak Suka Matematik...

Farah Waheda Wahid
6
Sumber dari Google
Jangan katakan sebilangan kanak-kanak sahaja yang tidak suka matematik atau nombor, tetapi ada juga di kalangan kita yang dewasa ini yang tidak suka matematik atau nombor. Farah? Ha ha ha, Farah ok jer dengan nombor "uolss"... tetapi kalau masuk mata pelajaran "Add Maths"... Jadi kurang berminat dengan nombor pula jadinya... Bha ha ha...

Sumber dari Google
Kanak-kanak mula meneroka konsep dan kemahiran matematik sangat awal dalam kehidupan mereka.Dari saat mereka dilahirkan, bayi mula terbentuk, idea tentang matematik melalui pengalaman sehari-hari, alam sekitar dan yang paling penting, melalui interaksi dengan orang dewasa yang dipercayai. Pelbagai aktiviti spontan juga boleh meningkatkan kemahiran matematik anak. 

Kena dorong anak lah kan? Untuk bagi dia minat pada mata pelajaran matematik...Salah satu caranya adalah gembirakan mereka dengan matematik yang mudah di peringkat awal.

KETIKA BERMAIN
Permainan adalah kawan akrab anak kecil. Ketika mereka leka bermain, selitkan sekali aktiviti mengira Ultraman, Spiderman, Barbie, Teddy Bear dan kiub-kiub permainan. Owhh...nak jadi lebih menarik, ketika mengemas permainan juga, latih mereka untuk mengutip satu per satu permainan sambil mengira.

KETIKA BELAJAR
Mewarna, melukis dan menconteng adalah 3 kegemaran wajib yang tidak dapat dipisahkan dengan anak kecil. Ajak mereka mengira pensil warna dan berikan ganjaran atas hasil kerja mereka menggunakan skor bintang. Anak-anak pasti sangat teruja apabila menerima ganjaran 5 bintang! 

DI TAMAN
Sesekali keluar beriadah di taman boleh dimanfaatkan dengan aktiviti mengira layang-layang, belon, bunga-bungaan dan juga boleh mengira jumlah anak tangga bersama-sama. Jika keluar pada waktu malam, bolehlah sama-sama mengira bintang dan bulan di langit.

DI DAPUR
Hiburkan aktiviti masak-memasak di dapur dengan mengajar anak kecil mengira buah-buahan serta sayuran seperti epal, pisang, tomato, anggur, bawang, kentang dan lain-lain. Ha ha ha, ni Ash selalulah buat ni...tiba-tiba "nine" lepas tu terus "ten"... Lepas tu orang yang makan segala bagai makanan naik pening sebabnya dia dah golek-golek sana, golek-golek sini segala benda tu... Hu hu hu...

Jika anak kecil suka menolong si ibu, beri mereka peluang untuk menyusun pinggan, gelas, sudu dan garfu sambil mereka mengira 1 2 3. Aktiviti mengira muffin dan biskut juga pasti sangat menyeronokkan bagi si ibu dan si anak. 

DALAM KENDERAAN
Ketika di dalam perjalanan balik kampung mahupun ketika di dalam kesesakan lalu lintas, boleh gunakan peluang tersebut untuk memperkenalkan anak kecil kepada nombor plat kenderaan. Juga uji kebolehan mereka mengira tayar kenderaan, bilangan kenderaan serta membaca nombor pada papan hadlaju di sepanjang perjalanan. 

Matematik itu kan ada di mana-mana. Mari jadikan ia mesra kanak-kanak dan menghiburkan sepanjang pembelajaran mereka. Ibu bapa kannn cikgu no.1 anak-anak...;-)

Rujukan dari SINI

Sumber dari Google

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. org dulu start cintakan math lepas belajar Add Math laa..masuk u ambk statistik jd lingkup..hihihi

    ReplyDelete
  2. terbaik cadangan ni.
    dulu kala time membesarkan nurin & syuhada, diorang da kenal no, semua benda aida suruh dia kira :)
    now, sama dgn ijat. dia tgk aida siang ikan semlm.
    aida tanya brape ikan dik? kira utk bu....
    "catu... ua... diga... diga bu" :)

    ReplyDelete
  3. kena ajar santai math nie dgn anak2

    ReplyDelete
  4. thanks for the tips...nanti boleh praktik kan...

    teringat zaman belajo..ramai member kantoi bila subjek kalkulus..hehe..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !