SHOPBACK Malaysia | Beli Belah Produk HERMO Atas Talian, Dapat “Cashback”… Memang Syok Lah!!!

Farah Waheda Wahid
7
Hobi Farah memang membeli-belah, cuci-cuci mata, tengok sana, tengok sini. Kalau tidak di alam realiti, di alam maya pun jadi. Tapi, kalau asyik “shopping” jerrrr tanpa dapat sesuatu yang lebih dari aktiviti “shopping” tu, boleh jadi masalah juga. Zaman-zaman GST, zaman-zaman kos sara hidup tinggi ni, disebabkan kekangan stabiliti kewangan, terpaksalah berbelanja secara bijak dan berhemah.

Sebab semua faktor dan situasi semasa yang berlaku ni, kadang-kadang tu sedih jugalah bila terpaksa sekat niat nak berbelanja untuk diri sendiri tu kan??? Lebih-lebih lagi yang melibatkan “self-reward” ataupun membeli untuk anak. Hurmm… Disebabkan dek kerana nak berbelanja secara berhemah dan bijak punya pasal.  Sedih pun ado kadang-kadang tu…


Kadang-kadang terfikir juga, macam mana nak buat dan bagaimana nak berbelanja secara bijak dan berhemah tu. Termenung juga dibuatnya. “Self-reward” tu adalah sesuatu yang penting bagi Farah untuk terus bermotivasi…He he he… “Browse” punya “browse” segala laman web beli-belah atas talian, terjumpa pula laman web yang INI


Mula-mula tu ingat, laman web beli-belah atas talian ni sama jer dengan yang lain-lain. Nak beli, sila “add to cart”, kemudian “check out” dan kemudian barangan yang dipesan akan dapat. Prosedur normal yang kita lakukan dan lalui di laman web membeli-belah atas talian yang lain… Rupa-rupanya sangkaan ku meleret sama sekali… Dush dush dush…Itulah lain kali jangan cepat buat kesimpulan… Perhati, baca dan teliti sampai habis.

Godek punya godek, belek punya belek…ada sesuatu yang menarik minat Farah untuk berbelanja di Shopback MY ni berbanding laman web membeli belah atas talian yang lain. Ahakss… nak tau apa dia? Mungkin ramai yang dah tau, tapi Farah rasa tak salah Farah kongsikan juga… Terlewat pula tau “uolss”… Rupa-rupanya Shopback MYmenawarkan “cashback” apabila kita berbelanja melalui laman web Shopback MY ni.

Wahhh, ini memang menarik…Siapa yang tak mahu kan bila ada tawaran “cashback” sebegini??? Rugilah tak ambil peluang ni. Kalau tau macam ni, dari dulu lagi dah “shopping” di Shopback MY tau tak? Kenapalah tak tau dari dulu??? Hishhh, rugi-rugi, kalau tidak dah banyak dah yang terkumpul ni. Hurmm… Tak apalah, “going forward” memang akan membeli melalui Shopback MY jer lah. Dah masuk dalam senarai “favourite website” dah Shopback MY ni.

Ada macam-macam tawaran hebat dan menarik setiap hari yang disediakan oleh Shopback MY. Tiba-tiba jadi semangat pula nak membeli-belah…Ha ha ha…Habislah habislah… Farah sukakan beberapa laman web membeli-belah atas talian, antaranya:




Tawaran-tawaran “cashback” yang ditawarkan di Shopback MY boleh cecah sehingga 12% tau tak? Siapa tak nak oiiii…. Yang terbaik sekali kann???


Travel Deals” di Shopback MY, memang terbaiklah tawaran-tawaran “travel” di situ. Dahlah memang merancang untuk bercuti bersama Ash akhir tahun nanti ni. Memang Shopback MY rasanya boleh membantu sangat nih! Hew hew hew…

Bagaimana mekanisme Shopback MY ni bekerja? Untuk lebih memahami, sila tonton video ini sehingga habis… 


Siap boleh “request payout” lagi… Memang ohsem!!! Beli barang, dapat duit… Untung macam ni, dari beli barang, keluar duit sahaja kann???

Cara mudahnya:


Berbaloi tak? Berbaloi kan kalau selalu “shopping” macam ni…Hua hua hua…Mata “I is” dah mula bersinar-sinar dan tak sabar sangat dahhh nak “shopping” banyak-banyak di Shopback MY.

Cara nak membeli-belah pun tak susah… mudah juga… 


Dari membeli secara semborono, baiklah membeli dengan faedah gitchewss… Lepas ni jawabnya memang membeli dari Shopback MY jerlah… Siap segala “details” Farah kaji secara terperinci dan kongsi di sini dengan pembaca Bubblynotes.Com semuanya…Sebab Farah dah jatuh cinta dengan Shopback MY dah pula. Mungkin ada yang dah kongsi sebelum ni, tapi disebabkan ini penemuan baru dan memang tiba-tiba jadi terminat dan sesuatu yang baik, apa salahnya kongsi dengan anda kannn???

Minat tak? He he he…harapnya perkongsian Farah ini membantu memberi manfaat kepada semua kaki “shopping” di luar sana dan membantu anda menjana pendapatan tambahan juga… Inilah salah satu cara yang Farah lakukan untuk buat-buat tambah duit belanja atau beli apa-apa selain dari bekerja dan ber-blog. Hidup zaman sekarang kan nak kena tau cara macam mana nak “survive”… Apa juga cara yang ada dan boleh diterima pakai selagi tidak melanggar syarak…Kita gunakanlah…In Shaa Allah, rezeki tu milik kita kann???

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !