Home » , , , , , , , » Serasi Bersama Colorland...Pilihan Semasa Farah...

Serasi Bersama Colorland...Pilihan Semasa Farah...


Demi nak menunjukkan kepada anda, gigih hakak suruh abang ambilkan gambar semata-mata nak tunjuk pada semua pembaca Bubblynotes.Com beg galas dari Colorland ni tau tak? Ha ha ha... Cuba-cuba jadi model beg galas pula. Walaupun tak adalah setinggi mana punnn... 

Ini sebenarnya bukanlah beg galas biasa yer anak-anak. Bukan beg galas yang adik-adik bawa ke sekolah letak buku setiap hari tu. Tetapi kalau nak "convert" pun boleh... Beg galas ni sebenarnya adalah beg Ash, Mommy dia tumpang melaram jer...Muahahaha...Atau dalam definisi yang paling tepat "the smart baby changing bag". 


Mula-mula asalnya ingatkan nak pilih warna merah jambu, tetapi memandangkan anak "I is" ni lelaki...Takkanlah nak pilih warna tu. Memanglah tak salah tapi diri sendiri rasa macam tak kena jerrr?

Beg galas bayi atau anak kecil dari Colorland ni memang Farah akan gunakan setiap kali "outing" bersama Ash ataupun menghadiri "event" dan Ash turut serta dihangkut. Bagi Farah, beg galas ni sangat mudah, membantu, "convenient" dan "compact" tanpa perlu mengorbankan gaya penampilan. Ha ha ha... Penampilan lah sangatttt...  #ehhh tapi memang yerlah... 


Ko nak letak apa? Celah mana? Memang banyak "compartment" dalam ni. Dari sekecil-kecil barang sampai sebesar2 barang semua boleh. Bukan setakat lampin pakai buang anak, botol susu anak...bedak, minyak telon, losyen, tuala mandi, baju persalinan termasuk dengan kamera untuk tugasan, "powerbank", kabel-kabel yang patut, beg duit sendiri, telefon dan "netbook" atau tablet semua boleh sumbat tanpa menampakkan benjolan yang teramat besar pada beg tu. 

Pendek kata, semua barang yang diperlukan semua lengkaplah. Kalau pergi "travel" atau bercuti jejauh mana pun memang sangat memudahkan. Tak perlu nak bawa beg banyak sangat. Kira-kira bagi Farah lah kan, beg tangan dah boleh tinggal rumah dah oiii.... Mudah satu beg jer dah boleh galas dan kejar anak teruna yang aktif berlari ke sana ke mari tu.

Bukan setakat "compartment" jer yang banyak... Ada lebih lagi dari itu...Haaa yang tu kenalah baca sampai habis hakak membebel dalam entri kali ni dan memang agak panjang juga...


Kalau cuaca hujan, tak nak beg tu basah... Boleh jer "cover" dengan "cover" khas yang disertakan bersama-sama dengan beg galas ni. Tak perlu susah hati barangan yang disimpan di dalam beg tu basah dan rosak akibat kesan hujan.



Tak selamanya bila kita bawa beg galas kita nak galas 24 jam yer tak? Ada kalanya boleh terasa lenguh bahu oiiii... Makanya beg galas anak kecil dari Colorland juga turut memberikan kita sepasang "pushchair clips" untuk kita pasangkan pada "stroller" ataupun "buggy"... Dengan itu mudahlah kita yer tak?



Rasa-rasa nak ubah gaya penampilan, bolehlah pasangkan tali tu pula kan? Macam tu lah Farah, kadang-kadang nak menggalas belakang, kadang-kadang rasa nak galas di atas bahu. Ikut "mood" juga... He he he...Biasalah perempuan kannn???


"Changing mat" memang perlu untuk urusan penukaran lampin pakai buang. Kalau kita pergi ke pusat membeli-belah ataupun kawasan rawat dan rehat selalunya tempat khas penukaran lampin tu memang keras kann? Kesian pula Ash... Keras tu...mesti tak selesa dan sakit badan. Sesetengah tempat tu pula berkusyen tapi eloklah dialaskan juga dengan "changing mat" sendiri. Untuk itu, Farah mempunyai alasan yang tersendiri kenapa dan mengapa? Mungkin ada sesetengah dari anda akan faham alasannya...


"Wet bag"... Farah khaskan untuk meletak sama ada baju basahan Ash, tuala yang basah supaya keseluruhan beg tidak basah. Asingkan apa-apa sahaja yang basah atau lembap.


Beg aksesori ini pula, Farah gunakan untuk letakkan apa-apa sahaja barangan seperti minyak angin ke, ubat-ubatan ke. :-)... Mudahnya bagi Farah bila semua boleh dibawa dan semua yang diperlukan ada serta lengkap.

Gaya pemakaian beg pula tidak terhad tau selain galas di belakang dan galas di bahu boleh juga digayakan seperti di bawah ini...


Seleksi beg-beg untuk si kecil ini ketika "outing" dan "travelling" tidak terhad kepada beg galas sahaja. Ada pelbagai gaya, rupa dan bentuk. Ada banyak lagi pilihan sebab tu Farah sukakan beg Colorland ni. Sangat berguna dan "multi-purpose".






Pendapat peribadi Farah lah kan? Setiap ibu bapa yang mempunyai atau bakal mempunyai anak kecil, elok sangat dapatkan beg jenama Colorland ni. Memang sangat-sangat memudahkan tanpa perlu mengorbankan gaya dan herot berot bawa banyak-banyak beg dalam satu masa sekaligus.

Mana nak dapatkan beg jenama Colorland ni? Jika ada yang berminat boleh lawati:



What's App
014 |668  2405

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Serasi Bersama Colorland...Pilihan Semasa Farah..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, August 11, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. Bagus ada beg macam ni..lebih mudah nak cari barang tu banyak compartment dan tak perlu risau basah sebab ada cover. Then dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang ada untuk lebih memudahkan kerja seorang ibu..bak kata beg yang lengkap untuk ibu² yang ada anak kecil

    ReplyDelete
  2. aaa mcm menarik jek tapi anak iolls dah besar la pulak..

    ReplyDelete
  3. praktikal :)
    ijat da besar dah, farah.
    jalan2 pun da x bwk susu and aksesori nyer.
    if not dulu kala, aida beli dah ni :)

    ReplyDelete
  4. Menarik dan beg pun comel....memang beg yang terbaik untuk kegunaan bila nak ke mana2....

    ReplyDelete
  5. Cantik sangat aih. Nanti dah kahwin ada baby boleh guna beg ni utk kemana mana :D

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY