Home » , , , , , , » Seorang Bapa Juga Berpotensi Terkena Penyakit Meroyan!!!

Seorang Bapa Juga Berpotensi Terkena Penyakit Meroyan!!!

Sumber dari Google
Dahulunya Farah pernah berkongsi tentang penyakit meroyan di dalam entri Jenis-Jenis Sakit Meroyan, ingatkanlah kan, hanya kaum wanita yang lepas bersalin sahaja berpotensi mengalami penyakit meroyan ni. Huhh...rupa-rupanya, seorang bapa juga berpotensi untuk terkena penyakit meroyan ni. 

Terlebih dahulu, apa yang Farah faham dan Farah pernah baca adalah, mengikut ilmu perbidanan Melayu, penyakit meroyan atau merian hendaklah diberi perhatian kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. Salah satu punca penyakit meroyan ini adalah dikatakan darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna ataupun teratur, yang seterusnya akan menjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita. 

Sumber dari Google
Alih-alih hari ini, terlintas pula membaca satu artikel yang mengatakan bahawasanya penyakit meroyan bukan sahaja boleh menyerang seorang wanita atau ibu tetapi juga boleh menyerang seorang bapa. Hu hu hu... Owhhh, macam ni pun ada... Menurut artikel di SINI

Postpartum Depression atau kemurungan atau dalam bahasa pasar, sakit meroyan sering dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Tetapi tahukah anda,lelaki yang baru bergelar ayah juga boleh diserang postpartum depression.

Banyak kajian yang dilakukan oleh Pakar Psikiatri sejak tahun 2007 membuktikan kaum lelaki juga mengalami perubahan hormon sama seperti pasangan mereka, suami juga mempunyai risiko yang tinggi mengalami kecelaruan emosi.

Kira-kira 10-15% kaum lelaki mengalami pengalaman kemurungan atau kebimbangan ketika isteri mereka mengandung dan semakin melahirkan bayi. Mengapa lelaki mendapat postpartum depression? Masalah kewangan dan dibuang kerja, apatah lagi berita buruk itu diterima saat si isteri memberitahu dirinya disahkan mengandung adalah punca utama mengapa lelaki kena postpartum depression.

Rasa rendah diri, tidak berguna, hilang keyakinan diri membuatkan karakter bakal ayah berubah menjadi cepat pemarah walau kepada perkara remeh temeh, pemurung, pertambahan berat badan dengan mendadak dan lagi teruk keletihan yang melampau. 

Biasanya sukar hendak perasan seorang ayah itu mengalami kemurungan. Wanita lebih beremosi dan mudah menunjukkan perasaan mereka melalui tangisan tetapi lelaki dengan ego mereka tentu sahaja tidak mahu menunjukkan yang mereka sedang dalam kemurungan. Dengan kesibukkan di tempat kerja, kemurungan tersebut hanya dapat dilepaskan menerusi kemarahan dan kekecewaan. 

Kajian juga mendapati, lelaki yang baru bergelar ayah kurang meminta bantuan seperti ibu baru. Mereka dengan keegoan yang tinggi tetap percaya yang mereka tiada masalah dan sebagai ketua keluarga mereka mesti menunjukkan diri tahu segalanya.

Hakikatnya kannn? Lelaki juga perlu mengakui adakalanya mereka perlukan bantuan. Ia adalah perkara normal untuk merasakan pelbagai emosi sebaik menerima kelahiran anak. Situasi baru tersebut tentu sahaja memerlukan ibu bapa baru tersebut belajar menyesuaikan diri. Sepatutnya perasaan bercampur baur antara gembira, sedih, takut, bimbang itu hanya setakat sebulan sahaja. Selepas melakukan pelbagai aktiviti menguruskan bayi setiap hari, mereka seharusnya sudah boleh menyesuaikan diri. 

Oleh yang demikian, sekiranya anda yang baru bergelar ayah mengalami situasi kemurungan, jangan pendamkan ia. Segera berbincang dengan pasangan atau berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Jangan biarkan ia semakin parah. Ingatlah yer...sebagai bapa  andalah tempat isteri dan anak berlindung.

Ada rupanya, hu hu hu...tetapi jarang-jarang kot? Dan Farah rasa memang tak mustahil terjadi pun.... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Seorang Bapa Juga Berpotensi Terkena Penyakit Meroyan!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, August 7, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Yup. Lelaki dengan egonya. Tanpa mereka sedari mereka juga sakit meroyan! Arghh takutnya!

    ReplyDelete
  2. Baru tau..ingatkan perempuan je yg kena penyakit meroyan nie..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY