Puas Hati Ya Ampunnn... Dapat Merasa Durian Crepe Kak Nina!!!

Farah Waheda Wahid
13
Kalau nak bercerita tentang Durian Crepe air tangan sendiri... Memang pernah buat punnn... Tapi lama dah, lama dulu... Pencen dah rasanya sekarang ni membuat Durian Crepe sebab masa tu sangat terhad dan masa tu tak pernah cukup... Kalau boleh nak tambah masa, nak tambah lagi tetapi itu adalah mustahil kann??? Ha ha ha... 

Entri-entri berkenaan dengan Durian Crepe di Bubblynotes.Com boleh rujuk di entri-entri yang tersenarai berikut... Ekekekeke....


Kisahnya kali terakhir ber - Durian Crepe hasil air tangan sendiri adalah pada tahun 2014...Hua hua hua... Setahun yang lalu tuh... Memang tak berkesempatan langsung dah sekarang nih... (alasannn jer...)...Lagipun memang perlukan tempoh bertenang nak buat "crepe" tu... Ekekekeke...

Semenjak dua menjak ni memang tak tau kenapa, mengidam sangat nak makan Durian Crepe... Nak sangat, nak sangat... Tapi tiba-tiba kemalasan melanda pula nak buat... Bila dah malas, bila tak ada perasaan memang Farah tak akan buat... Tak suka buat sesuatu kerja dengan separuh hati... Serius tak suka...Kalau nak buat, buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah langsung... Lagi satu, tak suka nak buat sesuatu kerja tu demi semata-mata nak menunjuk-nunjuk pada orang lain... Owhh... "I is" buat ini, "I is" buat itu... Dush dush dush... Bila rasa hati nak buat, Farah buatlah, bila rasa hati tak mahu, memang tak akan buat... Itulah Farah...

Lepas tu??? Lepas tu, bila berkenalan dengan Kak Nina Mirza yang sangat comel dan tengok gambar-gambar masakan dia memang dah tau yang dia seorang ahli masakan yang bagus...Sebab tengok gambar dia sedap-sedap...Dah jadi satu penyakit lain pula.... Penyakitnya adalah mengidammmm sangatttt, teringin sangatttt nak rasa Durian Crepe hasil air tangan Kak Nina. He he he...

Tangguh punya tangguh, tempah punya tempah...Akhirnya...Akhirnya... Durian Crepe Kak Nina sampai ke tangan Farah hari Ahad yang lepas... "Yesss!!!"...He he he...


Haaaa, tu dia... Durian Crepe Nina Mirza Gift & Creative yang memang berbeza dari Durian Crepe yang lain yang terdapat di pasaran... Iyaaa... Sebab Durian Crepe Kak Nina ni memang berbaloi-baloi kalau tempah... 4 ketul bersamaan dengan RM 15.00 sahaja. Apa mahal??? Haippp, nanti dulu... Ada sebab kenapa Durian Crepe Kak Nina nih, 4 ketul bersamaan dengan RM 15.00... 

Meh sini nak kongsi dengan anda yer... 


Yang anda lihat tu adalah seketul Durian Crepe Kak Nina yang Farah letakkan di tapak tangan... Iya, memang betul saiznya memang sebesar tapak tangan yer... Isi pun memang padat... Durian dan krim sama imbangnya... Makan satu pun rasa kenyang ok? Tapi disebabkan suka... Kita makan lagi dan makan lagi dan makan lagi.... 

Akhirnya, 3 ketul jadi milik Farah seorang... Ahaksss... banyak betul makan dan kuat betul makan... La la la la.... Hari Ahad tu, tengah hari makan burger ayam dan "fries" sahaja... Bila dah bertawaf satu Zoo Negara ---> cerita Zoo Negara masih dalam proses.... Bila dah petang perut dah jadi berkeriut...Memang dahaga dan lapar...Ala-ala kira pencuci mulut atau makanan minum petang lerr... Abah Ash makan seketul jerrr... Mommy Ash makan 3 ketul...Bha ha ha...Manalah badan tak tembun dan tembun lagi... 

Perghhhh... Puas hati ya ampunnnn... dapat merasa Durian Crepe Kak Nina... Owhhh... "please trust me on my taste of foods yeah??? When I say it's superb, marvellous and delicious... I dare to ask you to hit it a try ok?"... In Shaa Allah, anda akan rasa berbaloi dan rasa macam sedapnyaaaa... Air tangan Kak Nina memang ohsem!!! Farah pun tak buat Durian Crepe sebesar tapak tangan dan sesedap Kak Nina tau... Yang paling "best"...Kak Nina "serve it fresh"... Terbaik kak!!! Sungguh... 

Rasa sekali memang nak lagi...Dan In Shaa Allah, ada rezeki, umur panjang, jumpa lagi memang nak tempah Durian Crepe Kak Nina... Sesiapa yang berminat nak mencuba tu, bolehlah cuba-cuba hubungi Kak Nina di:


What's App:

019 | 340 6454

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !