Projek Kadbod Untuk Anak Kecil...

Owhhh, ini bukan entri asli Farah yer? Tetapi sesuatu perkongsian yang menarik yang Farah temui di dalam satu artikel yang Farah baca di SINI, makanya segala kredit adalah kepada artikel yang disediakan oleh Nadia. :-). Farah terpanggil untuk berkongsi kerana Farah rasa ini adalah salah satu idea yang bagus yang boleh digunapakai dan Farah sendiri rasa macam nak mulakan projek kadbod ni dengan Ash.

Nampak kelakar tetapi inilah yang boleh buat anak-anak gembira, tambah pula jika anda sendiri yang buat. Mungkin mudah rosak tetapi disebabkan si kecil tengok sendiri depan mata bagaimana anda hasilkan mainan kreatif, pastinya anak lebih teruja dan menghargai. Ok...jom kita tengok contoh mainan hasil daripada kotak kadbod...


Bentuk Roket. Ini kalau anak boleh masuk dalam kotak lagilah buatkan dia seronok yer tak? Mungkin kalau anak lelaki main, tahannya sekejap ajer tetapi percayalah usaha anda menjadi hadiah yang paling istimewa buat anak-anak. Anda boleh memotong pembukaan untuk si kecil merangkak ke dalam. 


Kapal Terbang. Kalau dapat ibu bapa yang jenis rajin melayan memang seronok anak-anak nih. He he he... Wahhh banyak kerja ni kalau Farah nak buat untuk Ash ni, tapi tau yang ini mesti dia suka.


Mesin Basuh. Tiap kali kita ke bahagian cucian di dalam rumah dia nak ikut, tiap kali kita nak buat kerja-kerja membasuh dia pun nak buat sama. Haaa...buatkan satu, biarkan dia masukkan apa-apa pakaian ke kain ke yang dia nak ke dalam mesin basuh ni ha... Sekaligus sebenarnya kita melatih anak-anak untuk berdisiplin dan juga tentang kebersihan yer tak? Menerapkan nilai-nilai tu...baju mesti berbasuh, baju mesti bersih, segala bagailah...  

Kapal Layar. Ahakss...ini kalau buat kena buat lebih oiii, tak boleh satu. Macam Ash tu, kalau apa-apa jadi pada salah satu mainannya... Habislah dia hamok. Bila ada lebih selesai masalah sebab kalau buat kapal layar ni, "confirm" bawa masuk bilik air dan main ni. Kertas kadbod manalah nak tahan sangat yer tak? Kena air jadi lembik, bila lembik rosaklah ia.


Rumah Lampu. Nampak macam rumit tapi taklah serumit mana pun. Lampu kelip-kelip raya kan ado? Pakai jer lampu kelip-kelip tu...  


Kepala Haiwan. Tak kiralah kuda ke, zirafah ke, gajah ke, dinosaur ke...Ikut kreativiti dan suka ibu bapa. Kalau kuda tu, jadilah kuda kepang yer tak?


Topeng Muka. Kalau perempuan sukalah "princess" yer tak? Kalau lelaki pula, haaaa, "superhero" kegemaran merekalah kot? 


Motor. Vroom vroom... Motor kecil dari kotak... Anak lelaki suka nih...


Mainan Kereta. Buatkan "platform" dan jalan raya dan biar jer mereka dengan imaginasi mereka. 


"Kiosk". Main meniaga-meniaga. Melatih keusahawanan dari kecil katanya. Ekekekeke...


Kereta. Kalau ada kotak besar tu bolehlah buat kereta macam gambar di atas ni haa... Boleh muatkan 2 orang anak. Jadi tak perlu berebut yer tak?


Bilik Tidur. Bilik tidur imaginasi buat anak-anak kecil.


Rumah, Pokok Dan Kereta Kecil. Comel kannn??? Nak beli pun mahal oiii, lepas tu anak-anak ni pula kadang-kadang cepat bosan dengan permainan baru...tak berbaloi rasanya beli, buat sendiri macam ni pun ok...


Gerai Mainan. Gerai tu dari kadbod lah, yang maianan, sendirian berhad beli yer...He he he....Main pasar raya pasar raya.


Rumah Comel Berbentuk Cendawan. Bila tengok rumah ni teringat cerita "Smurf uolss"... Kegemaran hakak tu "Smurf" tu... Tapi ni rasanya anak perempuan yang akan suka ni... 

Amacam? Ok tak idea yang dikongsikan ni? Menarik tak? Kalau buat bersama-sama anak pun menarik ni, dapat mengeratkan lagi ikatan di antara ibu bapa dan anak dan taklah stereotaip jer aktivitinya setiap minggu...Pusing-pusing naik kereta, pusing-pusing pasar raya, pusing-pusing "shopping mall", pusing-pusing makan... pusing-pusing tonton televisyen... Sesekali kita pun nakkan kelainan yer tak? Sesekali buat aktiviti begini pasti seronok juga... 

Tunggu masa jer ni bila saat yang bersesuaian untuk banyak melakukan aktiviti kraf dan seni bersama Ash...He he he... Bolehlah berganding bahu Ash dan Mommy... ;-)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Projek Kadbod Untuk Anak Kecil... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, August 18, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. Pernah buatkan projek ni untuk si kakak... Mmg jimat dah brst.

    ReplyDelete
  2. erm..teringin gk nk buat cmni..anak suka kot..nk cri kotak besar tu yg payah sikit

    ReplyDelete
  3. Mummy buatlah sama2 dengan ash..mesti ash happy sangat..yang simple2 pun tak apa..

    ReplyDelete
  4. comelnya..tp ni kne kreatif and rajin buat le..hehehe

    ReplyDelete
  5. bagus idea ni..lebih seronok kan. plus, jimat sangat.

    ReplyDelete
  6. kalau rajin melayan, membuat sukala budak2

    ReplyDelete
  7. wahhh kreatifff.. anak anak msti suka klau ada bnda cenggini

    ReplyDelete
  8. Saya suka buat mainan-mainan anak guna kotak. Lepas baca entry ni makin banyak idea dalam kepala ni. Hehe tq
    ; Pengalaman Ajar Anak Free Diapers

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY