Home » , , , , , , » Petanda Anda Sudah Bosan Bekerja Di Sesuatu Tempat...

Petanda Anda Sudah Bosan Bekerja Di Sesuatu Tempat...

Sumber Dari Google
Farah akui, Farah adalah seseorang yang sukakan cabaran di dalam alam pekerjaan dan Farah tidak suka statik melakukan sesuatu pekerjaan yang sama, rutin yang sama dalam satu tempoh masa yang panjang... Jika mulanya bekerja di sesuatu tempat itu, Farah melakukan sesuatu tugasan, Farah tidak kisah sekiranya tugas itu berulang-ulang dilakukan sehingga 5 tahun, 6 tahun ataupun 10 tahun akan datang, cumanya yang Farah mahukan adalah warna di dalam kerjaya.

Warna yang Farah maksudkan adalah perkembangan serta "exposure" yang diberikan oleh pihak majikan, peluang yang diberikan oleh pihak majikan untuk mencuba sesuatu aspek yang baru di dalam pekerjaan yang Farah lakukan. Contoh yang paling ringkas yang mudah dihadam adalah... Jika hari ini kita cuma pencatat minit untuk sesuatu projek, mungkin 3 bulan akan datang atau setahun akan datang kita akan terlibat di dalam projek. Haaa, gitchewslah yang Farah maksudkan... Bukan bermakna bermula tugasan sebagai pencatat minit sampai ke tua tugasnya mencatat minit jer lah... 

Kerjaya perlu ada warna, perlu ada "excitement", perlu ada daya tarikan... Jika tiada semua ini, ketika semangat kerja menurun dan kita cuba melakukan beberapa tips sepertimana yang pernah Farah kongsikan di dalam entri Semangat Kerja Menurun??? Jom Cuba Cara Ini!!! percayalah ianya tidak akan menjadi juga... 

Haaa...cuba tanya diri masing-masing dan cuba jawab dengan jujur... macam Farah nyatakan di atas, semangat bekerja menurun boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Ada yang masih boleh diperbaiki dan ada yang memang dah tak dapat nak diperbaiki lagi dah. Buatlah macam mana sekalipun. 

Tidak kira jika anda adalah seorang ketua, mahupun kakitangan biasa ok? Ada banyak perkara yang membuatkan seseorang itu mula menjadi kurang bersemangat atau bosan bekerja jika dibandingkan dengan hari pertama masuk bekerja. Bosan dengan pekerjaan boleh menjadikan kita seseorang yang tidak produktif dan juga tidak professional di pejabat. Percayalah...Muahahaha... Secara jujurnya mengakui dengan ini, Farah pernah mengalami fasa-fasa ini beberapa bulan yang lepas. Iyaaa, jujur ni jujur...buat apa nak menafikan sesuatu yang kita rasa kannn??? 

Menurut satu artikel di SINI, ada beberapa ciri yang cukup jelas membuktikan bahawa anda sudah mulai bosan bekerja di sesuatu tempat itu. 

Sering Mengeluh
Adakah anda kerap mengeluh setiapkali melakukan sesuatu pekerjaan? Anda mungkin tidak menyedari perubahan diri anda, namun kawan-kawan, rakan sekerja dan juga keluarga pasti melihat atau menyedari perubahan sikap anda.

Tiada Peningkatan Dalam Karier
Sebuah pekerjaan yang bagus sepatutnya membawa para kakitangannya mengeluarkan yang terbaik daripada kemampuan yang dimiliki, sehingga anda berpeluang untuk mengembangkan kareer anda. Adakah kareer anda sekarang ini memberikan anda peluang untuk melakukan tugas yang boleh meningkatkan produktiviti anda?

Tidak Tertarik Untuk Berbuat Sesuatu
Salah satu tanda yang jelas yang menampakkan anda bosan kerja ialah anda mula kehilangan minat dalam kareer dan tidak mahu lagi cuba belajar tentang perkara-perkara baru. Apatah lagi apabila ada projek-projek baru. Anda langsung tidak berminat. Datang sekadar datang, buat sekadar buat. Janji datang, janji buat.

Selalu Bosan...Bosan...Bosan...
Tidak menjadi hal pun sesekali anda bosan bekerja. Namun, jika setiapkali mahu pergi kerja, anda mula berat hati, liat dan rasa malas yang amat serta tidak tertarik pada apa yang sedang anda lakukan, mungkin sudah tiba saatnya untuk anda berfikir tentang kareer anda. Di samping itu, anda perlu membuat beberapa perubahan unuk menjalani kehidupan pekerjaan secara professional.

Sememangnya betul pun apa yang dibincangkan oleh artikel yang berkenaan... Farah sendiri bila dah bosan begitulah perasaannya... Ini kerana, jujur Farah katakan Farah sering berfikir tentang apa yang ada di hadapan, sejauh mana sesuatu pekerjaan itu atau suasana pekerjaan itu akan memberikan perkembangan serta impak yang positif pada kerjaya Farah. Sekiranya Farah lihat tiada apa-apa yang dapat membantu, Farah akan mula melakukan sesuatu keputusan sebelum prestasi kerja menurun, merosot dan rasa terpaksa bila pergi bekerja. 

Nak nak lagi kerja macam Farah ni oiii... Setiap syarikat yang Farah sertai, setiap "boss" yang Farah dapat PERLU ADA "chemistry". Jika "chemistry"nya tiada di situ... Di situlah Farah akan cuba memberi ruang masa buat seketika selama sebulan dua dan kemudian menganalisis dan seterusnya mengambil keputusan dan melakukan tindakan yang sepatutnya Farah lakukan. Kenapa perlu takut pada cakap-cakap orang bila kita bertukar kerja kerana mencari kepuasan di dalam kerjaya? Kenapa perlu risau dengan tanggapan orang yang kita suka "job hopping"? 

Yang bekerja adalah kita, yang merasa adalah kita...Jika kita tidak gembira, kita pun tidak akan memberikan yang terbaik yang ada pada kita... Kenapa takut untuk keluar ke dunia di luar sana dan mencuba peluang yang luas terbentang di luar sana. Walaupun, zaman sekarang adalah zaman yang kompetitif, seperti pesanan yang selalu diberikan oleh seorang abang kepada Farah...Yakinlah dengan rezeki Allah SWT dan rezeki Allah itu luas... Rajin-rajin lakukan Dhuha... In Shaa Allah, segalanya akan jadi baik buat kita... 

Tapi bukanlah bermakna setiap tahun ko nak kena tukar pekerjaan kannn? Setiap 3 bulan sekali atau 6 bulan sekali ko nak kena tukar pekerjaan kann?? Itu dah lain dah tu, itu mungkin diri sendiri yang bermasalah tu... Nasihat ikhlas dari Farah dan juga peringatan kepada diri Farah sendiri, cuba perbaiki diri kita setakat mana kemampuan kita, dan cuba kekal di sesuatu tempat selama mana kita rasakan tempat itu baik bagi kita...tetapi jika sudah mencuba dan tidak boleh juga...Makanya jawapannya, mulalah mencari alternatif lain untuk kepentingan diri sendiri dan juga tidak lupa keluarga... ;-) 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Petanda Anda Sudah Bosan Bekerja Di Sesuatu Tempat... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, August 5, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. waktu memuda dulu suka tukar tempat keje..cepat sangat bosan..hahaa
    skrang dah tetua ni takde la..malas nak biasakan ngan persekitaran baru..cam leceh

    kak, yang upin ipin tu tak nampak ehh?
    sabtu kol 11am,4pm & 8pm
    ahad kol 4pm &8pm..

    bawak ler, kompem ash suka..

    ReplyDelete
  2. huhh ...memang bosan klu buat kerja yg sama ....

    dan memang letih melayan karenah bos n staff yg berlagak bos ....

    ReplyDelete
  3. takut nak masuk alam pekerjaan ni..cabaran makin besar berbanding time belajar..

    ReplyDelete
  4. ade betul jugak ape akak taip tuu, hahaa

    ReplyDelete
  5. memang pun..dulu keje buat keje sama dalam setahun..adoillaaa

    ReplyDelete
  6. kalau saya di tempat kerja, juga akan rs bosan kalau buat benda/projek yg sama, sbb itulah setiap tahun bos akan tentukan stafnya akan sentiasa tukar/tambah projek yang ditanganinya, itu barulah syok kan..Alhamdulillah..sehingga hr ini, rs bangga dan seronok bertugas di sini, semoga dipermudahkan-Nya..;-))

    ReplyDelete
  7. Sy pun dok fikir nak tukar tempat kerja.. Perlukan suasana baru..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY