Home » , , , , , , , » Payahnya Berjiran Dengan Orang Sebegini...

Payahnya Berjiran Dengan Orang Sebegini...

Sumber dari Google
Jirannnn... Dah berkali juga mengomel tentang suasana berjiran ni. Jiran ni ada pelbagai ragam. Yang kanan begini, yang kiri begitu. Yang bawah begini, yang atas begitu. Pendek kata, pelbagai cerita dan pelbagai ragamlah. 

Kalau cakap lebih-lebih nanti, takut terasa hati, takut jadi gaduh, takut sentap, takut perang dingin. Kalau tak dicakap pula, tahanlah wahai hati yer untuk menghadapi situasi berjiran begitu. Dan dari situ sebenarnya kelebihan ada pada kita. Untuk belajar banyak-banyak bersabar kaedahnya. Ihiksss... Ok apa? Satu kebaikan pada diri kita. 

Yang payahnya bila berjiran dengan orang sebegini... 

Suka Sangat Mengintai Dari Celah Langsir Di Jendela

Sumber dari Google
Ya ampunnnn... Nak pengsan hakak ok kalau ada di kalangan jiran-jiran yang sebegini. Setiap kali kita keluar dari rumah, dia mengintai. Setiap kali kita pulang, dia mengintai. Bila kita siram pokok bunga dia mengintai. Bila kita tengok balik intaian dia, dia sepantas kilat menghilangkan diri dari jendela. 

Bertanya Soalan Yang Agak Keterlaluan

Sumber dari Google
Selepas insiden intai mengintai berlaku? Keesokkan harinya dia akan cuba memulakan perbualan dengan kita bila melihat kelibat kita keluar dari rumah. Bertanya itu ini sehinggakan terlalu terperinci. Pergi mana semalam? Buat apa? Berapa lama di situ? Jumpa siapa? Makan apa? 

Dush dush dush...setakat tanya pergi mana ok lagi. Tapi kalau dah terlalu terperinci tu hurmmm jadinya kita boleh jadi tidak selesa. 

Bila Kita Bercuti Dan Ada Di Rumah

Tanyanya... Tak kerja ke hari? Oooo cuti, bila kita jawab kita cuti. Lepas tu bersambung lagi... Kenapa cuti? Cuti ni tak pergi mana-mana ke? "Boss" tak marah ke cuti? Okkkk... Perlu ke kita untuk beritahu segala isi peribadi? 

Bila Barangan Pos Atau Kurier Sampai...

Kalau kita ambil sendiri atau mak kita yang ambilkan di pagar rumah. Esoknya akan tanya pada kita. Semalam barang sampai ek? Beli barang apa? Mahal tak harganya? Banyak ke beli? 

Kalau minta bantuan ambilkan barang sebab kita tiada di rumah. Beli apa ni? Beli "shawl" yer? "Shawl" macam mana? Berapa helai? Mahal tak? Dekat mana? Tadi kocak-kocak bungkusan ni... Dalam macam berat jer? Dengggg... 

Beli Barangan Keperluan
Beli barangan keperluan dapur ataupunnn barangan keperluan anak. Kenapa beli kat situ? Berapa ratus habis semalam? Kenapa bagi anak minum atau pakai jenama tu? 

Bila Nampak Anak Kita??? 
Dah makan? Oklah kan? Tak jumpa Abah ke? Denggg... Dah jumpa? Bila jumpa? Abah bagi duit tak? Berapa banyak Abah bagi duit? Errrr...haruskah??? 

Kadang-Kadang Sentap
Sumber dari Google
Kalau tiba hari peramah tu, peramah betulll... Kalau tiba angin tidak, ribut tidak, kadang-kadang nampak kita hempas pintu kuat-kuat. Kadang-kadang tu sambil jemur kain boleh pandang kita atas bawah lepas tu jeling. Mak aiiii... Sampai tengok diri sendiri atas ke bawah kembali kot kot ada yang tersilap pakai ke apa? Kot kot ada aurat yang terdedah ke apa? Ihiksss... 

Tapi tak lama... Lepas tu lebih kurang dah 2 3 jam dia kembali dengan rutin biasa dia kembali. Peramah sampai tak terjawab soalan-soalan cepu emas dan bertatahkan berlian dia. Hu hu hu... 

Apa nak buat? Payah tak payah kenalah hadap. Dah namanya berjiran. Adatlah tu berjiran kan? Sebab nak kekalkan hubungan baik dan tidak mahu bermasam muka dengan jiran tetangga. Telan ajerlahm redha ajerlah. Biarlah kita yang mengalah. Ikut jer "flow" dia. 

Ha ha ha, yang kelakarnya kadang-kadang tu boleh sampai kalau nak keluar tunggu dia tutup pintu, tingkap segala bagai. Maknanya mungkin berehat dan tidur ler tu. Kalau nak beli barangan rumah contohnya perabot, kena susun atur waktu penghantaran semasa dia tiada di rumah. Kalau nak jemur kain, tunggu dia sibuk di dapur. La la la la la. 

Bukannya suka-suka yer tak? Kadang-kadang tu terpaksa untuk elakkan rasa tidak selesa pada diri sendiri. Kalah FBI tau tak? 

*Ini sekadar coretan maya yang mungkin terjadi di alam realiti. Bukannya merujuk kepada mana-mana pihak yer? Harap maklum... Hu hu hu... Tapi rasa-rasa wujudkah jiran berfikiran dan berkelakuan begini? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Payahnya Berjiran Dengan Orang Sebegini..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, August 4, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. Sebab tu org bandar x hirau sgt kt jiran2..mgkin sbb gaya hidup yg bizi..xde masa nk layan borak2 gosip dgn jiran

    ReplyDelete
  2. Part mengintai tu... kekadang dia nak tengok laaa kot2 orang datang rumah dia kaa... takut dia tak perasan plak.... (Sha salah seorang yang suka selak2 langsir) hahahhaa

    ReplyDelete
  3. tambah lg - ada jiran tu bila kter nak keluar - dia tengah siram222 bunga
    tup terus masuk dalam umah -
    lagi pulak bila kter keluar juga - tengok22222 tebang pokok depan rumah
    di longgokkan kayu-kayan dekat parking kiter..... sabarr22222
    JIRAN ni x pegi sekolah

    ReplyDelete
  4. Memg da wujud situasi sebegini..setakat ni jiran2 Lya ok la kot hhehe

    ReplyDelete
  5. Ya Allah, rimasnya ada jiran macam ni....

    IQ ada jugak jiran macam ni, cuma dia tak peramah, tak tanya soklan tapi mengendapnya macam penyiasat peribadi....dulu ummi IQ sakit tengah malam sempat lagi ngendap, tolongnya idak jugaakkk

    ReplyDelete
  6. terlebih ramah lah pulak kalau ada jiran macam ni..macam kena buat details report rutin setiap hari kat dia pulak

    ReplyDelete
  7. huhu biasala tu cik farah...
    kita as jiran pon kne pndai2 jugala..huuuu

    ReplyDelete
  8. klau kt kmpg tu btl la...aduhai...smpai jd mls nk melayan.
    skrg dok flat smpai umah pon nk mlm...x smpt nk tgk btg idung jiran...ekekeke

    ReplyDelete
  9. Macam-macam ye...kita ni kat opis...jiran (rakan sekerja) lah dok taye brg apa dpt kan..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY