Home » , , , , , , , , » Panduan Mendaftar Akaun PayPal

Panduan Mendaftar Akaun PayPal

Sumber dari SINI
Ha ha ha, nak kata pandai tu taklah juga pandai, sebenarnya baru jer belajar-belajar untuk membiasakan dia dengan PayPal ni punnn...Itupun belajar dari cikgu Putih Pink Hafiz Rahim. Selama ni pun tak pernah tergerak hati pun nak daftar akaun PayPal langsung!!! Sebab tiada kegunaan katanya. 

Cumanya, baru-baru ini apabila Farah telah di-"approached" oleh pihak pengiklan luar yang berminat untuk beriklan di Bubblynotes.Com, Farah terpaksa mendaftar akaun PayPal disebabkan pembayaran akan dilakukan melalui akaun PayPal sahaja. Macam tulah bila bekerja untuk memenuhi kehendak pelanggan ni, jika relevan kita kena sediakan kemudahan untuk pelanggan. 

Pada asalnya, ingatkan nak tumpang akaun cikgu Putih Pink jer... He he he... Ingatkan malas nak daftar akaun PayPal sendiri. Tetapi setelah diberikan pendapat dan juga nasihat oleh cikgu Putih Pink yang menggalakkan Farah untuk mendaftar akaun PayPal sendiri. Makanya, akhirnya Farah pun mencuba untuk "juggling" dengan PayPal. 

Mula-mula pergi ke laman web rasmi PayPal Malaysia, kemudiannya... klik pada butang "Sign Up" maka akan terpaparlah skrin seperti yang kelihatan di bawah ini...

Sumber dari SINI
Seperti yang dinasihatkan disebabkan ini adalah transaksi untuk Farah menerima pembayaran dari pihak pengiklan dari luar negara, Farah memilih untuk klik "Get Started" atas pilihan "Receive payments with PayPal".

Sumber dari SINI
Skrin yang seterusnya yang terpapar memerlukan anda untuk mengisi alamat e-mel anda yang akan digunakan sebagai akaun PayPal anda. Isikan mana-mana alamat e-mel yang dirasakan bersesuaian. Sebenarnya, Farah dah daftar... makanya apa yang Farah boleh terangkan...seterusnya apabila skrin yang seterusnya dipaparkan, sila isikan butiran mana yang perlu yang diminta oleh pihak PayPal. Ikut sahaja langkahnya satu persatu dan dengan tenang. Ha ha ha, jangan kelam kabut yer... Perlahan-lahan, kalau kelam-kabut nanti satu kerja pun tak jadi. 

Bila dah selesai segalanya, anda akan menerima e-mel notifikasi dari PayPal seperti yang tertera di bawah berikut: 

Begitulah kelihatan e-mel notifikasi dari pihak PayPal yang pertama kali Farah terima. Dan kemudiannya, pihak PayPal akan menghantar satu lagi e-mel untuk kita sahkan alamat e-mel kita. E-mel itu adalah contohnya...


Langkah seterusnya adalah, aktifkan akaun PayPal anda! Selepas mengaktifkan akaun PayPal anda, anda akan menerima satu lagi e-mel dari pihak PayPal seperti di bawah:

Tadaaaa...selesai sudah...dengan ini akaun PayPal anda sudah bersedia untuk menerima transaksi bayaran dari mana-mana pihak yang berkenaan. Mudah atau mengelirukan penerangan Farah? Jika ada yang masih kurang jelas... Farah sertakan video perkongsian dari YouTube untuk memberikan anda lebih penerangan... 



Banyak video yang dikongsikan di YouTube yang boleh anda cari dan belajar cara-cara mendaftar akaun PayPal ni sebenarnya. Kalau tiada kemudahan untuk melayari ataupun sukar, cara cepatnya, bolehlah cuba belajar dengan mereka-mereka yang berpengalaman, ringan-ringankan mulut atau jari jemari untuk bertanya... Jangan berat mulut, berat jari dan segan... Tanya jer... 

Berjaya atau tidak pertanyaan kita, itu belakang kira, yang penting usaha ok? In Shaa Allah, pasti ada yang boleh membantu kita... :-)...

In Shaa Allah, jika berkesempatan, seterusnya Farah akan cuba kongsikan bagaimana anda tahu yang anda telah menerima bayaran masuk ke akaun PayPal anda dan juga bagaimana untuk memindahkan bayaran atau wang di dalam akaun PayPal anda ke akaun bank peribadi anda. ;-)... 

*Kalau ada salah silap dan kekurangan di atas penerangan tu mahap lerrr, hakak pun baru berjinak-jinak dengan PayPal ni oiiiii... masih berguru lagi nih... Ha ha ha... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Panduan Mendaftar Akaun PayPal, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, August 8, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Perkongsian yg menarik farah.sha pun pernah daftar tp belum masukkan lg akaun no..

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg menarik kn try tgk..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY