Home » , , , , , , » Nasihat Kepada Ibu Bapa | Anak Lembab Dan Lemah Dalam Pelajaran...

Nasihat Kepada Ibu Bapa | Anak Lembab Dan Lemah Dalam Pelajaran...

Sumber dari Google
Pernah mendengar seseorang yang terkenal serta bijak mendapat anak yang tidak cemerlang di dalam pelajaran? Pernah lihat seseorang yang berjaya di dalam hidup mempunyai anak yang lembap dan sering mendapat markah tercorot di dalam peperiksaan? Dalam waktu yang sama, anda juga tentu pernah mendengar ada orang yang tidak berpendidikan langsung tetapi melahirkan anak-anak yang cerdas pintar. 

Tentu anda juga pernah mendengar seorang petani telah melahirkan orang-orang yang cemerlang di dalam hidupnya. Mengapa ini terjadi??? 

Ada sesuatu sebenarnya Farah nak kongsikan ni, Farah ada terbaca satu artikel mengenai perkara ini dari sumber di  SINI

Sesetengah Daripada Kita Beranggapan Anak Lembab Adalah Masa Depan Yang Gelap
Anak yang sentiasa mendapat markah rendah dalam peperiksaan dianggap bakal mengisi bidang-bidang pekerjaan yang rendah apabila dewasa kelak. Manakala, anak-anak yang cerdas dilihat sebagai jaguh kehidupan pada hari muka. Memang tiada siapa dapat meramal masa hadapan dengan cepat. Keupayaan akademik di alam persekolahan bukan penentu kepada kecemerlangan dan kejayaan.

Beruntunglah ibu bapa yang mendapat anak sedemikian. Tetapi tidak bermakna anak yang bebal akan terus rebah di persada kehidupan. Kenyataannya, ramai orang yang tidak cemerlang sewaktu di alam persekolahan, muncul sebagai orang ternama, kaya dan popular di alam pekerjaan. Di dalam kita menilai keupayaan anak, tidak boleh sama sekali kita menilai mereka pada tahap kecerdasan IQ semata-mata. 

IQ Memang Penting Dalam Alam Pembelajaran Tetapi EQ Lebih Diperlukan Dalam Alam Pekerjaan Nanti
Jadi tidak adil sama sekali jika kita menamatkan keyakinan kita terhadap keupayaan anak-anak terlalu awal. Maksudnya, dengan melihat keputusan peperiksaan mereka sentiasa merah, rasa putus harap kita pun bertambah. Saban hari, kita semakin tidak peduli dengan prestasi mereka, membiarkan mereka dan menyerah mereka kepada nasib semata-mata. 

Tindakan ini tidak bijak sama sekali. Mana tahu anak kita itu akan jadi orang yang tidak berguna? Betul, pelajarannya sentiasa merosot tetapi kalau kita langsung tidak mengambil kisah, tidakkah kemerosotan akan menjadi-jadi. Kalau kita semakin tidak peduli, tentulah dia pun lebih tidak peduli.Sebagai ibu bapa kita sentiasa berkewajipan membimbing anak-anak kita biarpun bagaimana keadaan mereka.

Sekadar lemah dalam pelajaran itu bukan tiket untuk kita menghentikan perhatian kita terhadap mereka. Apalagi kalau kelemahan itu memang dipusakai secara genetik ataupun kita yang menjadi penyebabnya, tanggungjawab untuk membetulkan keadaan ini bertambah berat.

Kelemahan Dalam Pelajaran Bukan Berpunca 100 Peratus Daripada Anak Itu Sahaja
Ada banyak faktor yang menjadi penyebabnya. Selain memang mewarisi kelemahan dalam memahami, mengingat dan mengeluarkan balik apa yang dipelajari, guru-guru, suasana, masyarakat dan kawan-kawan juga memainkan peranan besar dalam membentuk keintelekan anak-anak. Guru-guru terutamanya, sering mengambil sikap yang salah terhadap murid-murid yang lemah. Murid-murid yang lemah kurang diberikan perhatian. (Kata artikel ini yer, bukan Farah...jadi kawan-kawan yang bergelar guru di luar sana jangan marah Farah okkkk??? He he he)... 

Kadang-kadang mereka disisihkan, bukan setakat akademik bahkan membabit hingga ke bidang sukan dan ko-kurikulum. Dalam keadaan sebegini bagaiman kita hendak perubahan berlaku kepada murid tadi? Dalam hal begini, apakah murid itu yang bersalah 100% kalau nanti mereka terus lemah dalam pelajaran dan akhirnya hilang keyakinan diri?

Keadaan diburukkan lagi oleh ibu bapa yang lebih cenderung untuk mengatakan anaknya sudah ketinggalan jauh, tiada masa hadapan, bodoh dan sebagainya daripada merangsang, berusaha, membantu, menasihati dan membimbing dengan penuh sabar dan iltizam.

Sumber dari Google
Berikut adalah apa yang dikongsikan oleh artikel yang berkenaan ke atas beberapa nota cikgu Ina Iryanti Zainal mengenai masalah ini:
  • Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan ("perceptual weakness") dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebaya.
  • Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran. Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis.
  • Guru atau ibu bapa yang mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali. Dari itu, kanak-kanak ini akan lebih cepat dapat menangani masalah pembelajaran ini. Pakar kanak-kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan-bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mungkin menjadi lebih resah, "hyperaktif", lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu, penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak-kanak tersebut tidak diambil dengan teliti.
  • Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu masalah mengenal huruf ("decording") dan masalah memahami apa yang dibacanya ("reading comprehension").
  • Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka. Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak di atas bahu para professional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas di rumah.
Disamping Memberikan Perhatian Yang Tulus, Berikan Juga Anak-Anak Keperluan Mentalnya Untuk Berkembang
Dalam soal ini, mungkin ibu bapa harus berkorban sedikit dari segi kewangan. Anak yang lemah dan lembab memang memerlukan makanan perangsan minda agar mereka dapat bersaing dengan prestasi yang bergerak deras di sekeliling mereka. Mulakan dengan memberikan mereka kesedaran minda yang optimum dan kecemerlangan imaginasi untuk muncul sebagai orang yang ternama, terulung dan terhebat di hari muka. 

Dia ginilah senang cerita, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan, jangan terlalu cepat menilai... Berikan masa untuk anak-anak dan perhatikan "progress" mereka yer tak? Dari situ, kita rancang dan fikirkan apa yang boleh kita lakukan untuk membantu anak-anak...Mana ada ibu bapa yang tidak mahu melihat anaknya cemerlang yer tak? Bersabar, berusaha dan bertawakal... Kita tak boleh serahkan semata-mata kepada orang lain untuk anak kita menjadi cemerlang... Tetapi kita sendiri perlu melakukan usaha yang sepatutnya... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Nasihat Kepada Ibu Bapa | Anak Lembab Dan Lemah Dalam Pelajaran..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, August 13, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. Pengalaman Mf sbg guru... Kebanyakan pelajar kelas lemah ni bukan diabaikan guru, tapi mereka perlu lebih perhatian dan ada kelad khas.. Kalau ke kelas aliran biasa mmg tertinggal... Jadi ibu bapa kena bawa anak mereka ke sekolah khas.

    ReplyDelete
  2. Mantap..dirumah peranan ibu bapa..di sekolah peranan guru..terima apa adanya anak itu dalam masa sama bimbing dengan sabar..

    ReplyDelete
  3. betul.. betul..!! kalau anak tu lembap sedikit dari segi pelajaran (akademik), sepatutnya ibu bapa dan guru bantu dia untuk cemerlang dalam bidang lain contohnya sukan, seni, kraftangan, persembahan dan sebagainya...

    banyak cara kita boleh bantu anak-anak ini jadi cemerlang supaya dia tak rendah diri... kannn...

    thanks 4 sharing this info.. sangat bagus... :)


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
  4. anak saya pun agak lambt...dua thn di pra sekolah masih belum boleh membaca..selain tak mahu diajar..tpi dr segi bahasa perckapan dia ok..buntu juga dibuat nya...mahu fikir solution utk dia

    ReplyDelete
  5. yup, jangan dibezakan anak-anak.. anak yang dianggap lembab itu mungkin yang paling berguna di masa hadapan.. lagipon, rezeki setiap orang kan berbeza.. terlebih di sini, terkurang di sana.. ^_^

    ReplyDelete
  6. Info yang sangat menarik untuk dibincang..Tapi kan ibu bapa kena lebih positif. nombor bukan segalanya.

    ReplyDelete
  7. sy dulu pun masa kecik2 agak slow jugak dlm pelajaran...tapi lama2 dah leh adopt persekitaran dan mula improve...pada sy...yg ptg skill anak2 perlu diasah dan bukan hanya fokus pada kecemerlangan dalam peperiksaan :)

    ReplyDelete
  8. info yg sgt berguna
    k.el pun ada anak yg mcm ni..mmg kena sabarrrrrrrrrr byk2..hehe

    ReplyDelete
  9. bagi aida ni, ibu kpd 2 anak yg da berskola rendah, setuju, kita kena bagi diorang ruang.
    tak boleh harapkan cikgu saje, tuisyen saje.
    ibu ayah kena attend anak di rumah.
    diorang x lembab. tapi diorang x kuasa nak fikir byk.
    anak2 aida berdua tu kan manja, semua ibu yg buat.
    so may be pada diorang, ibu boleh dok sebelah masa exam :) ha ha ha

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY