Home » , , , , » Nasi Lemak RM 2.50 ...

Nasi Lemak RM 2.50 ...


Dengan lauk sambal ayam yang ayamnya besar dan berisi, telur rebus separuh telur saiznya dan nasi yang melimpah ruah, campur sambal, campur ikan bilis, campur timun, campur kacang... Harganya cuma RM 2.50 sahaja!!! Percaya tak? Errr...tak percaya??? Silalah percaya kerana sememangnya itulah harganya... Kebiasaannya kalau Farah beli nasi lemak berlauk harganya tak lari dari RM 4.00 hingga ke RM6.00 sebungkus. Tetapi kali ini bagi Farah ianya agak murah.

Kualiti dan rasa masakannya memang sedap, jujur Farah akui. Masuk hari ini, adalah hari kedua Farah membeli nasi lemak dari peniaga ini. Kali pertama adalah pada hari Ahad yang lepas. Selepas percubaan pertama yang dirasakan amat berbaloi dengan nilai ringgit, akhirnya hari ini apabila terlihat lori nasi lemak ni sebelum bergerak pergi ke pejabat di pagi hari sesudah Subuh, Farah pun singgah untuk membeli nasi lemak ini sebagai bekalan makanan di pejabat.

Kononnya, hajatnya nak buat sarapan pagi ini, tetapi bila tengok amaun atau kuantiti nasi serta lauk ni, terus "cover" sekali dengan makanan tengah hari. Makanya jadi "brunch" sajalah ni nanti. Kenyang ni kalau tengok "portion" ni. Lebih dari yang cukup, Alhamdulillah. Makan berdua pun ok juga ni sebenarnya...Ihikss.... 

Peniaga nasi lemak ni berniaga di lori macam lori tau foo faa tu. Kebersihan Farah telitikan memang bersih dan tak kisah apa jenis lauk yang anda mahukan harganya tetap RM 2.50 sahaja. Bagi Farah, memang murah, tetapi bagi anda tak taulah kan? Sebab istilah murah itu berbeza-beza bagi setiap individu. 

Kisahnya, peniaga nasi lemak ini dahulunya bekerja makan gaji. Tetapi bila syarikat bekerja tu mula ada masalah pembayaran gaji. Gaji lewatlah, gaji tak dapatlah...akhirnya beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan nasi lemak. Yang masaknya, Farah tak pastilah sama ada ibu dia ataupun isteri dia. Kalau tengok gaya, muda lagi ni...Mungkin jugalah isteri. Dia tinggal pun di kawasan perumahan sekitar juga tetapi berlainan fasa dengan taman perumahan Farah ni. 

Haaa, gittew kemain lagi Farah mewawancara peniaga nasi lemak tu kann??? Tapi tulah rezeki Allah SWT ada di mana-mana saja yer tak? Dan rezeki Allah tu luas... Yakinlah pada rezeki Allah SWT... Sentiasa kena yakin... Hari ini kita susah, tidak selamanya kita susah yer tak? In Shaa Allah, ada sesuatu kemanisan di masa akan datang.... 

Semoga perniagaan dia terus majulah hendaknya...Bukan senang nak oiii nak jumpa nasi lemak harga murah cam ni sekarang ni. Nak nak lagi semua barang pun dah mahal yer tak? Hu hu hu... Oh ya, selain lauk sambal ayam, lauk sambal udang petang, sambal paru, rendang daging pun sama harganya...Semua dengan harga RM2.50 sahaja... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Nasi Lemak RM 2.50 ..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, August 18, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. kalau dah murah ..mesti banyak pelanggan yg g beli

    ReplyDelete
  2. murah sangat tu farah.. dok kampung pon tak dpt kot harga macam tu..sebab ritu balik kampung lauk ayam pon 3.50.. moga murah rezeki peniaga itu.. mesti farah suka makan pedas kan..haaa..selambak dia punya sambal...

    ReplyDelete
  3. Murahnya! Memang patut beli. Semoga murah rezeki peniaga tu.

    jemput baca blog saya 😊
    Thecikaann.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..masih ada yg murah..:)

    ReplyDelete
  5. Pandai peniaga tu nak menarik perhatian pelanggan
    Pelan-pelan bila dia dah tahu market di luar mungkin dia akan kecikkan ayam atau mungkin juga dah untung tak mustahil dia akan terus maju. Rezeki dia pelanggannya juga.

    ReplyDelete
  6. murahnya..semoga rezeki dia pun murah jugak..jangan nanti dah laris,naik jadi mahal dah la ye..heheh

    ReplyDelete
  7. Menyelerakan... Pernah beli kt bentong, nasi lemak cmni 5 ringgit.. Kira murah la tu RM2.50

    ReplyDelete
  8. murah harganya boleh dapat semua tu :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY