Home » , , , , , , , , » Memori Cinta Suraya Adaptasi A Love To Remember...

Memori Cinta Suraya Adaptasi A Love To Remember...

Sumber dari Google
Sekarang ni, Farah tengah musim demam "tele-movie" Memori Cinta Suraya nih...Walaupun tak sempat tonton semasa waktu siaran tetapi sempat rekod, jadi pabila malam hari menjelma...Sambil-sambil melayan Ash bermain, sambil-sambil tu melayan Memori Cinta Suraya. Heronya adalah Hisyam Hamid dan heroinnya adalah Anzalna Nasir.


Tayang "teaser" sikit...He he he... Memori Cinta Suraya ni sebenarnya adalah merupakan adaptasi dari telenovela Mexico berjudul "A Love To Remember"...Kalau tak silap ada novelnya sekali nih... Pengkaryanya adalah Alberto Gomez, kalau tak salah pandangan mata Farahlah bila terpandang pada kredit di pengakhiran tontonan "tele-movie" ni. Baru 2 episod kann??? Biasalah tu...

Ianya adalah merupakan sebuah drama nafas baru dan berdurasi 148 episod yang mana "tele-movie" ini diarahkan oleh Feroz Kader di bawah terbitan Global Station Sdn Bhd serta kerjasama bersama ASTRO dan Azteca. Rasanya, inilah "tele-movie" Melayu terpanjang setakat ni. 148 episod ko, jenuh hakak nak menunggu pengakhiran nih...Maunya banyak konflik dan rasa sakit hati menonton nih. Hua hua hua...

Sumber dari Google
Sedikit sinopsis dari Memori Cinta Suraya... Ianya mengisahkan tentang Megat Rayyan ni, seorang ahli korporat yang berjaya, ada tunang (yang sebenarnya mak dia lebih berminat tentang harta) bernama Irina dan bakal berkahwinlah pun. Biasalah cinta cinta orang korporat kata ko. Lepas tu, satu hari tu Megat Rayyan ni terpaksa pergi ke Langkawi untuk satu acara makan malam yang meraikan dia dan esoknya tu adalah hari pernikahan dia dengan Irina.

Biasalah bila dah kaya, ada pesawat atau jet peribadi sendiri dan dah tentu boleh kemudi sendiri. Makanya, bergegaslah Megat Rayyan ni ke Langkawi sambil berjanji pada Irina yang dia akan balik esoknya untuk majlis pernikahan mereka. Malang tak berbau...ada masalah pada pesawat atau jet peribadi Megat Rayyan yang mana akhirnya dia terhempas, mengalami kecederaan dan telah diselamatkan oleh Suraya.

Kepala terhentak kepada batu ke apa ke dalam hutan tu, lepas tu pandangan jadi "blur" dan akhirnya mengakibatkan dia buta. Rasanya dalam agak Farah dia buta sementara jer nih... Akibat dari kemalangan tu, dia mempunyai amnesia dan tidak mengingati identitinya sendiri. Sejak tu, Suraya nilah gigih jaga dia.

Tapi Suraya ni ada masalah tersendiri juga. Makcik dia tu, suka sangat cari pasal dan dah ala-ala mak tiri "uolss"... Kira macam Suraya ni macam Cinderella jugalah dalam "tele-movie" nih... Disebabkan Megat Rayyan tak mengingati identiti diri sendiri, Suraya bagi nama Rizal pada dia...Mereka berkawan, biasalah, bila seorang lelaki dan seorang perempuan banyak menghabiskan masa bersama, terlalu rapat, lama-lama jatuh cinta, lama-lama kahwin.

Tak silap, melalui temuramah eksklusif di H-Live, dikatakan, lama kelamaan Megat Rayyan ni dapat ingatan dia kembali dan ingat identiti dia kembali. Macam mana tu Farah kurang pastilah kannn??? Bila dah ingat dia lupa pula pada isteri dia Suraya nih. Adoiii, sedihlah haiii...Biasalah bila dah ingat tu, terus tinggalkan dan balik ke pangkuan keluargalah kot. Dush dush dush, dalam masa yang sama Suraya ni tak silap dikatakan telah berbadan dua.

Apa lagi kann??? Suraya ni dah tentu-tentulah kena buat sesuatu untuk dapatkan suami dia balik. Siapa tak sayang suami oiiii??? Rasanya kalau tak silap, Suraya pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari Megat Rayyan dan memohon jadi orang gaji di rumah Megat Rayyan. Usaha gigih nak ingatkan suami tu yang mereka adalah suami isteri. Cuba punya cuba, Megat Rayyan ni langsung tak ingat apa-apa...Sakit hati mak tauuu.... Belum sampai peringkat tu pun dah rasa macam...Alahaiiii, mesti bergenang-genang air mata Farah ni "feeling" ni...Ha ha ha...Dah tau dah bakal emosi nanti bila tonton dan ikuti siri ni...

Sumber dari Google
Mesti banyak sangat liku-liku nih... Ha ha ha... Berjaya tak berjaya Suraya dapatkan kembali suami dia, tu Farah tak berapa nak pasti... Rasanya dapat kottt??? He he he...Kenalah Farah "follow" cerita ni sampai ke akhirnya... Gigihlah akak ni merekod nanti nih...

Tarikh & Masa Tayangan:
Bermula 17 Ogos 2015, Setiap Isnin-Jumaat 
6.30 PM

Siaran:
Astro Mustika HD (134)
Astro Bella (133)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Memori Cinta Suraya Adaptasi A Love To Remember... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, August 19, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

14 comments:

  1. hehehehehe..ash sila letak sekotak tisu kat sebelah mummy ye..hihihihihi..

    ReplyDelete
  2. boleh tengok nanti ye..tapi sampai seratus lebih episod tu jenuh nak tunggu habis..hehe

    ReplyDelete
  3. macam best... tak sempat lagi nak tengok...

    ReplyDelete
  4. nk tengok nanti..minat dgn anzalna yang lawa ni ;)

    ReplyDelete
  5. Jalan cerita pun lebih kurang macam cerita filipin yg tajuk 'una kang naging akin'

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum
    singgah ptg
    hari ini bz sangat x sempat nak BW

    ReplyDelete
  7. Dah tak sempat nak layan drama tv skrg ni...

    ReplyDelete
  8. macam panjang sgt 148 episode...seminggu 5 episode...sebulan 20..kalo 148 episode mau 7 bulan..ayoo..baik wat season2..tkt org malas sgt nk tunggu lame cmtu..hehe

    ReplyDelete
  9. Best ke citer ni. Tapi sekarang dahbtak sempat nak layan sangat drama-drama ni. Huhu..Doa Murah Rezeki & Pantang Larang Rezeki

    ReplyDelete
  10. Too much drama,suraya aya terlalu baik as well as suka sangat kena bully,tak nak melawan on je memanjang jd bosan nak continue watching tak de perubahan same issue n also bnyk sangat iklan

    ReplyDelete
  11. kita layan.. sampai skrg.
    hikhiks :)
    anzalna pulak lupa dkrg. hukhuk

    ReplyDelete
  12. anak dara ku yg umur 9 thn pun minat sama....petang2 terpacak depan tv dengan nenek layan drama ni...ummi layan gitu2 je sebab cerita berbelit2...pening [-(

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY