Home » , , , , , , , , , , , » Lepas Gian Teppanyaki & Gyoza...

Lepas Gian Teppanyaki & Gyoza...


Lama juga dah tak ber-teppanyaki nih... Bukan dah tak suka, tetapi bila dah banyak sangat perkara sampai kadang-kadang tu, tak ingat pula yang Farah ni suka makan teppanyaki. Ha ha ha... Tengok tu? Cukup dengan rutin kehidupan sehari-hari dah boleh lupa tentang perihal makan... Lupa perihal makan, tapiii bila nak hilang tembunnya pun tak tau lah kannn? Muahahaha.... 

Ini cerita tengah hari tadi sewaktu Farah merambu di IKEA... Pergi ke IKEA di hari bekerja bukan saja-saja tetapi dengan tujuan. Tujuannya nak beli karipap IKEA yang terkenal tu disebabkan "boss" telah mengutarakan permintaan nak makan karipap IKEA sewaktu mesyuarat pada jam 5.30 petang ni. Hurmm...Nama nak keluar pukul 3.00 petang atau pukul 4.00 petang, memang taklah... "Parking" tu yang menjadi isunya dan memang tak larat nak terkejar-kejar sana-sini.

Cukup-cukuplah hari ini yang tak berhenti mesyuarat sedari pagi. Dah naik muntah dan dah naik jelak dah sebenarnya masuk mesyuarat hari ni, rasa macam tak larat nak dengar lagi dah. Muahaha...Boleh tak macam tu? Sekejap lagi mesyuarat pukul 5.30 petang, lepas tu tak taulah pukul berapa pula nak habis nih. Hurmm... Harap-harapnya cepatlah sebab Farah ada temujanji dengan seorang kawan Sekolah Menengah selepas kerja hari ni. Kalau tidak, jenuhlah minah tu menunggu nanti nih. 

Dah alang-alang keluar tu, biasalah, makan ler tengah hari sekali...Memandang "boss" belanja, terlalu pula di hadapan restoran Teppanyaki...dan memang itu kegemaran Farah...bagai pucuk dicita ulam mendatang, Farah pun layanlah Teppanyaki untuk makan tengah hari tadi...


Ini WAJIB!!! Perkara pertama yang Farah tanyakan pada pelanggan restoran. Sama ada Gyoza ada ke tidak? Gyoza memang "all-time favourite" Farah... Cerita tentang Gyoza ni Farah pernah kongsikan di dalam entri Japanese Dumplings: Gyoza. Dalam entri tu Farah ada terangkan tentang apa itu Gyoza. Sedapppp.... Bagi yang tidak pernah merasa Gyoza lagi, silalah rasa...Farah memang sangat-sangat suka... 


Nampak tak isi dalam Gyoza tuh? Gyoza ni sebenarnya adalah makanan yang berasal dari China tapi popular di Jepun. Dan Gyoza ni adalah seakan-akan dim sum sikit-sikit. Kalau di negara-negara China dan Jepun, atau di restoran tidak halal isinya dah tentu-tentulah daging khinzir dan juga campuran sayuran, bawang, halia dan bawang putih. Tetapi bagi di restoran yang halal pula, selalunya Gyoza ini akan diisikan dengan udang/daging/ayam dan juga campuran sayuran, bawang, halia dan bawang putih. Dan selalunya Gyoza ini dihidangkan dengan "soy based dipping sauce". Bagi Farah pula, Farah lebih suka makan begitu sahaja. 


Jika kebiasaanya Farah lebih suka memesan "Beef Teppanyaki", tetapi hari ini tekak seakan berselera nak makan "Chicken Teppanyaki" pula... Makanya, inilah yang dipesan oleh Farah... :-)... Makan dengan nikmat, makan dengan kenyang dan rasa syukur...Akhirnya kenyang... Keluar untuk urusan memenuhi kehendak tekak "boss" pada pukul 12.30 tengah hari, sampai di situ lebih kurang 12.45 tengah hari, kemudiannya dapatkan karipap IKEA "boss" yang dia suka sangat tuh... (Al-maklumlah "boss" duduk Penang... Seminggu 3 hari jer kat sini kannn? Jadi macam-macam ler ngidam dia tu...Ihiksss)... Dah beli karipap tu, singgah makan...

Selepas makan, pergi cari barang sikit untuk pejabat dan kemudiannya... Balik semula ke pejabat dalam lebih kurang 2.45 petang. Ngeh ngeh ngeh...Jangan nak kata Farah mengular ok? Farah pergi atas arahan "boss" dan atas urusan kerja yang tertentu yang perlu diselesaikan...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Lepas Gian Teppanyaki & Gyoza..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, August 27, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Dapnyaaaa kak farahhhh terliuqqq ceqqqq :-D

    ReplyDelete
  2. salam singgah sini farah...wahh...nampak mcm sedap jak farah...diana tak pernah lagi ni makanan mcm ni...hihi

    ReplyDelete
  3. Hehehe..mummy laksanakan tugas sambil makan makan je..

    ReplyDelete
  4. Nmpk sdp ni gyoza, x pernh lgi Lya try mknan Japan ni

    ReplyDelete
  5. ooo nti boleh lah try makan gyoza ngan tepayaki tu
    oo boss org penang..nti boleh suh dia tapaukan tuk k.el haha

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY