Kisah Benar | MAID Dan Anak Kecil...

Farah Waheda Wahid
13
Sumber dari Google
Huhh...geramnya rasaaaaa.... Tapi bukan kisah tentang orang gaji Farah dan Ash yer, kisah orang gaji separuh masa kawan baik Farah dan juga anak-anak kecilnya. Grrrr... Cerita ni panas lagi sebenarnya...Baru pagi ni kami berborak di talian telefon tentang isu ni. Kalau jadi pada anda pun pasti anda geram dan nampak kecik besar kecik besar jer orang gaji tu.

Al-kisahnya, kawan baik Farah ni, dia gajikan orang gaji separuh masa untuk membantu mak dia untuk jaga anak-anak kecil dia sementara dia pergi bekerja. Farah tak berapa nak pasti, tapi kalau tak silap selain dari menjaga anak-anak kecil dia, orang gaji separuh masa ni juga membantu menggosok pakaian mereka sekeluarga. 

Orang gaji separuh masa dalam konteks ni adalah, kawan baik Farah dia bayar RM50.00 sehari sewaktu hari bekerja sahaja dan waktu bekerja adalah dari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang, makan minum ditanggung dan diberikan waktu rehat selama 1 jam setiap hari. Alaaa...macam kerja pejabat juga. Jap kira... Kalau RM 50.00 sehari, kalau katalah hari bekerja sebulan ada 22 hari bekerja...Pendapatan orang gaji separuh masa ni adalah lebih kurang RM 1,100 sebulan. 

Mak kawan Farah ni, ada asma kalau tak silap. Jadi manalah larat sangat nak menjaga 2 orang kanak-kanak yang sedang membesar dan aktif di dalam satu masa sekaligus. Nak masak lagi, nak jaga cucu lagi. Atas dasar itu, kawan baik Farah ni berfikir panjang cara untuk membantu meringankan beban ibunya. Kami ni, yang anak dijaga oleh ibu ni, jangan tersilap faham... Sila baca penjelasan panjang lebar Farah di dalam entri... Antara Pengasuh, Nurseri & Atuk Nenek... Setiap orang ada masalah masing-masing kan? Setiap orang ada cerita tersendiri... dan setiap orang ada sebab musabab yang tersendiri... 

Pada permulaannya semua ok...Orang gaji separuh masa ni bukanlah berasal dari Malaysia yer. Hurmm... Jadi sendiri boleh faham kot negara mana yang Farah maksudkan.. Cuma satulah, orang gaji separuh masa ni selain jadi orang gaji, malam dia buat kerja lain. Jadi memang tak cukup tidurlah.

Satu tabiat dia adalah dia suka membawa anak-anak kecil kawan baik Farah ni ke rumah jiran ataupun ke rumah orang gaji yang seorang lagi yang berdekatan. Selama ni memang tak tau apa cerita punn.... cuma kebelakangan ni, anak sulung kawan baik Farah ni dah tak mahu mengikut orang gaji ni pergi "bersosial" dengan orang gaji di rumah jiran lagi dah... Kawan baik Farah mula "suspect", mesti ada sesuatu yang tak kena....

Nak dijadikan cerita... semalam ke dulu semalam, heee...kurang ingatan pula sebab tengah fikir benda lain ni dalam masa yang sama... Nak dijadikan cerita, orang gaji lagi seorang tu bergaduh besar dengan orang gaji kawan baik Farah ni. Dengan penuh emosi semua bagai, dia bercerita kepada mak kawan baik Farah.

Rupa-rupanya selama ini... Hurmmm... orang gaji separuh masa kawan baik Farah ni membawa anak-anak kecil kawan baik Farah ke rumah jiran sebelah dan rumah orang gaji yang lagi seorang tu sebab dia nak tidur. Tak cukup tidur kannn??? Nak "cover" tidur lah tu... Kemudiannya...caranya...letakkan anak kedua kawan baik Farah di celah peha (kita guna bahasa sopan sikitlah yer)...kepit anak kedua kawan baik Farah ni, tak bagi bergerak si kecil tu. Kalau si kecil tu menangis...Dia akan sumbat dengan botol susu...Sampaikannn.... 

Sumber dari Google
Susu keluar dari hidung macam gambaran di atas!!! Ko rasa??? Haishhh...memang saat dengar kawan baik Farah tu bercerita...Farah memang rasa menggeletar satu badan... Kalaulah tersedak ke apa ke budak tu??? Siap orang gaji lagi satu tu kata, janganlah buat budak tu macam tu...Nanti kalau mati tersedak susu ke apa ke??? Boleh selamba "hipopotamus" dia bercakap? Biarlah mati!!! Panggg sebiji kalau kena kat Farah lah.... Celupar dan lancang betul mulut orang gaji ni ek? Orang bayar gaji, orang bagi makan minum tapi tak reti nak bersyukur....Haihhh...Susahlah orang macam ni...

Tak cukup dengan itu... Ada masa-masa kalau dia tidur, dia biarkan anak kedua kawan baik Farah tu, pergi korek tong sampah dan ambil sisa makanan dalam tong sampah dan biarkan anak kedua kawan baik Farah ni makan apa-apa entah dari tong sampah. Ko rasa lagi???

Sumber dari Google
Dah tau cerita macam tu, kawan baik Farah dah bincang dengan mak dia tentang penyelesaian perkara ni. Sampaikan dia pun tak tau nak marah ke nak nangis. Nak ambil tindakan pada orang gaji separuh masa tu, dia risau keselamatan anak-anak dia. Yerlah, macam-macam yang boleh dibuat kannn??? Orang sekarang ni memang tak boleh dipercayai sangat.... Nak-nak lagi banyak dah kes atau isu yang melibatkan orang gaji nih...

Penyelesaiannya, sampai hujung bulan ni jer kawan baik Farah gajikan dia. Sekarang ini, kawan baik Farah sedang di dalam proses untuk mencari orang gaji separuh masa yang baru. Payah juga macam ni kan? Bukan setakat kata di nurseri, kadang-kadang benda nak berlaku, depan mata kita pun boleh berlaku. Kannn??? Cumanya, Farah pesan, jangan beri orang gaji tu bawa anak-anak dia ke mana-mana. Yerlah, takut-takut kalau berlaku penculikkan kan? Kita tak tau...Lagipun memang kawan baik Farah kata, orang gaji tu macam berminat jer nak ambil anak kedua dia. Haihhh....

Memang kawan baik Farah dah tak bagi orang gaji tu bawa anak-anak dia ke mana-mana pun. Dan salah satu intipati perbincangan kami di pagi hari juga... Ada jugalah cadangan untuk menyelesaikan masalah ni. Mungkinlah mungkin, bergantung kepada situasi dan keadaan... Salah seorang akan diletakkan di "playschool" sementara kawan baik Farah bekerja... "Playschool" yang berdekatan dengan pejabat kawan baik Farah supaya kawan baik Farah boleh pantau... Bagi membantu meringankan beban mak dia... Jaga seorang sahaja.... Ataupun, letakkan di "playschool" separuh hari kemudiannya tengah hari ada van transit yang menghantar pulang ke rumah. Mungkin kanak-kanak dah pergi sekolah letih kann??? Balik setengah hari, mungkin akan tidur. Tengoklah macam mana...

Bila dengar cerita ni dari kawan baik sendiri, terfikir tentang anak sendiri. Alhamdulillah-lah sehingga ke setakat ini Ash masih di bawah jagaan Nek Ma dia sepenuhnya dan nasib baiklah dia seorang sahaja buat masa dan ketika ini. Sekurang-kurangnya, daya juga Nek Ma dia membela sementara Mommy kerja kan? Tapi tulah, buat masa sekarang, buat masa akan datang kita tak tau lagi. Hurmmm... Jujurnya macam Farah kata pada kawan baik Farah tadi, Farah risau juga kalau katalah Nek Ma Ash tak ada, mau tak kelam kelibutnya Farah nak uruskan segala? Iyalah, Allah tu tahu dan Allah tu tak akan uji kita sesuatu yang di luar kemampuan kita kannn???

Dalam hal kawan baik Farah ni, mak kawan baik Farah ni boleh jer jaga kedua-dua sebenarnya. Memang dia berkeras nak jaga cucu-cucu dia...Yer, kami-kami ni anak yang dijaga nenek, memang berat hati dan tak sampai hati, tetapi kadang-kadang tu atas permintaan nenek yang tak boleh nak dikata tidak. Macam dalam kes Ash, sebut jer...baru bayang jer, bayang ok... nak hantar Ash ke mana-manalah...dah mogok tak mau makan 2-3 hari, tak mau bercakap... kadang-kadang boleh tahan perut tak mahu makan 4-5 hari... Cucu kann? Sayang cucu kaedahnya...dan risau dengan macam-macam kes yang terjadi melibatkan kanak-kanak serta tak ada keyakinan cucu-cucu mereka diletakkan di pusat jagaan atau rumah pengasuh....

Kadang tu kasihan lihat mak kita yang dah jaga kita masa kecil, susah payah, selepas itu bersusah payah pula jaga anak kita. Tetapi kadang-kadang tu atas alasan yang tertentu dan sebab musabab tertentu... tetap mak juga yang jaga anak kita... Jadi tak perlulah nak pertikaikan yer kalau ada ibu bapa yang memberi anak-anak dijaga oleh atuk nenek... Dan tak perlu nak fikir yang kami-kami ni mendera mak ke apa ke...Fikir positif sikit!!! Masalah dalaman sesebuah keluarga kita tak tahu, jadi siapa kita nak menilai kehidupan orang lain yer tak???  Atas sebab tak sampai hati, kasihan dan berat hati tulah, kawan baik Farah mengambil orang gaji separuh masa untuk membantu.... Hurmmm...

Moga-moga selepas ini adalah penyelesaian yang terbaik buat kawan baik Farah tu....Tapi memang geram bila dia buat anak-anak kawan baik Farah macam tu... Farah geram, mak dia lagilah geram... Sampai kata tak tau nak nangis ke? Atau nak marah ke.... Dush dush dush.... Hati-hati yer sesiapa yang mempunyai orang gaji di rumah tidak kiralah sepenuh masa atau separuh masa... Sila pantau!!! 

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ish3.. ssh nak percaya org jaga anak skang ni..

    ReplyDelete
  2. takutnya ada maid yang macam gitu,, siap tidur sambil mengepit baby,, alahaiii,, semoga dapat pembantu baru yang baik dengan budak2,,

    ReplyDelete
  3. Takutnya yaAllah..lind apun dulu ssh nak percayakan org lain jaga anak-anak. Tapi, akhirnya kami redha juga hantar ke rumah pengasuh. Dekat dengan rumah dan ofis. Boleh jenguk2.

    ReplyDelete
  4. Ya allah...lucky anak akak dan anak2 buah akak mak akak jaga...kesiannyaa...mintak dijauhkanlah...

    ReplyDelete
  5. ini kira orang gaji separuh masa ke farah? dia kerja full la..tapi dia dibayar dengan upah 1100, memang dah besar pada saya, sebab saya hantar anak saya umur 3 tahun lebih dari bayi lagi sebulan rm300. dari jam 8 pagi hingga 6.30 ptg (smpai umah dia la).

    ReplyDelete
  6. ish kuang ajar btl org gaji nih.x sdr diuntung.dh la dtg negara org..nak cri mkn, tp mcm tu dibuatnya.org dh layan elok, tp pangai kalah setan..adeh la kesian baby tu..huhu.mjr rahsia dia dh terbongkar.kalau sy lah kan, sy xtggu la smpi ujg bulan, terminate trs je...lambat lg tau smpi ujg bulan..ape2 pn blh jadi.arap kwn sis blh pk blk..

    ReplyDelete
  7. Allah.erm macam tu yang tak nak tu..bila majikan kerja..pembantu rumah ambil kesempatan pula..kita nak kurangkan risiko..dia pulak menambah masalah..

    ReplyDelete
  8. Ya Allahhh nak nangis la baca sebab terkenangkan anak-anak tuh!

    ReplyDelete
  9. Lorrr smpai macam tu skali maid tu..hmm sgt xde sifat kemanusiaan.

    jemput datang ke blog saya 😊
    thecikaann.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Ya Allah... Moga Allah lindungi anak2kecil itu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !