Home » , , , , , , , » Kembali Langsing Selepas Bersalin Pembedahan Dengan BENGKUNG MODEN

Kembali Langsing Selepas Bersalin Pembedahan Dengan BENGKUNG MODEN


Bercerita tentang bengkung selepas bersalin ni kannn... Tak semua bengkung bersesuaian dan tak semua bengkung kita boleh jadi selesa nak pakai yer tak??? Farah ni bersalin secara pembedahan disebabkan uri yang tidak naik atau di dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Plasenta Previa... Ho ho ho... Dah berkali-kali dah bercerita tentang Plasenta Previa nih di dalam Bubblynotes.Com... Kalau nak baca bolehlah baca di dalam entri bertajuk Plasenta Previa.

Makanya, tiada pilihanlah bagi Farah untuk bersalin secara normal. Bila dah bersalin secara pembedahan ni, orang selalu kata, perut tu perut susah nak turun... Buncit dia lain macam... Walaupun dah setahun ke dua tahun ke melahirkan masih ada kebuncitan itu... Dush dush dush... Memang betul pun... Kadang-kadang bila tengok diri sendiri depan cermin di dalam bilik air tu ha...Haishhh...Benci sungguh benjolan perut tuh!!! Ha ha ha... 

Jujur Farah katakan walaupun kini Ash sudahpun 1 tahun 9 bulan, kebuncitan itu masih ada...Dan Farah ingatkan Farah seorang jer yang mengalami masalah perut buncit selepas bersalin secara pembedahan ni... Rupa-rupanya memang ramai di antara kawan-kawan Farah mengalami masalah yang sama ok? Walaupun dah 2 tahun lebih tetapi perut masih buncit lagi. Kadang-kadang tu ada juga yang nampak seperti mengandung lagi. Hurmmm...

Perkara-perkara macam nilah yang menjadi punca kepada masalah hilangnya keyakinan diri yer tak? Orang bersalin pembedahan ni sebenarnya dari pengalaman Farah sendiri, sewaktu mula-mula selepas perut tu dipotong, memang tak ada keberanian nak berbengkung... Risau dan takut...Ahakss... Farah akui, selepas pantang tu Farah cuba berbengkung juga...Tetapi bila rasa sakit di bahagian pembedahan tu, Farah terus lupakan sahaja niat nak berbengkung tu. Dush dush dush...

Kira-kira masa umur Ash 6 bulan, barulah Farah mula memakai bengkung ataupun korset. Tu punnn masih rasa sakit juga, tapi nak cantik punya pasal!!! Nak kembali keanakdaraan punya figura punya pasal...Redahhh jerlah... Cumanya, ada kala tu rasa sangat tak selesa...Bila dah tak selesa, mulalah buka kan? Buat apa nak pakai kalau tak selesa? Nanti satu kerja pun tak jadi... 

Kemudiannya, baru-baru ini, Farah telah di-"approach" oleh seorang kawan... Dia beritahu Farah bahawasanya kan, sebenarnya jika ingin memakai bengkung bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan ni, ciri-ciri bengkung yang sesuai adalah:

TIADA BESI
Pastikan tiada sebarang besi pada bengkung anda kerana besi ini akan menyebabkan bahagian luka terasa sakit.

"FREE LATEX"
Bebas dari "latex" sebab ini sangat membantu untuk mengelakkan gatal-gatal pada bahagian luka pembedahan.

"STRAP ON"
Bengkung moden jenis "strap on" lebih sesuai berbanding bengkung tradisional bertali untuk ibu yang bersalin secara pembedahan.

BENGKUNG KHAS UNTUK PEMBEDAHAN
Carilah bengkung yang dikhaskan untuk pembedahan. Banyak sangatttt di pasaran.

MUDAH DIPAKAI
Maksudnya yang bukan dililit seperti yang tradisional seperti tradisional kerana ibu yang bersalin secara pembedahan ini pergerakkannya sangat terhad.

MUDAH DIBASUH
Antara ciri yang penting, boleh dibasuh dengan mesin terutamanya bagi ibu yang berpantang sendiri dan bersalin secara pembedahan.

SELESA UNTUK DIPAKAI & MENYERAP PELUH
Farah sendiri pernah mencuba bengkung dari jenis "strap on" yang ada di pasaran tetapi kann,jujur cakap sangat tak selesa. Kata kawan Farah ni, ini kerana bahannya yang diperbuat daripada getah atau bahan yang tidak menyerap peluh. Akibatnya ada yang mengalami gatal-gatal dan ruam di bahagian perut akibat dari bengkung tersebut.

Susulan dari itu kannn...kawan Farah ni ada mencadangkan Farah untuk mencuba sejenis bengkung moden yang bagus untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan.


Didatangkan dengan kualiti yang premium, bengkung moden nilah yang Farah sedang pakai pada waktu ketika ini. Pada mulanya, Farah tanya-tanya juga, tak terlewat sangat ke untuk Farah pakai bengkung ni sebab Ash pun dah berumur 1 tahun 9 bulan dah sekarang ni kan? Bha ha ha...Katanya tidak... Caranya, Farah pakai tidur... Bila malam selepas selesai segala urusan yang perlu diselesaikan, Farah akan sapu losyen Mustajab tu dan balutkanlah diri dengan bengkung moden ni. 


Materialnya memang selesa sebab menyerap peluh dan tiada pengalaman mengalami ruam ataupun kegatalan segala bagai. Nak pakai pun mudah, sebab pakai pelekat "velcro" tu... Tak perlu susah payah melilit-lilit dan tak perlu susah payah nak minta tolong sesiapa untuk pakai. Cuma sapukan losyen Mustajab dan kemudian pakai sendiri. 

Setakat ini, bila dah hampir sebulan mengamalkan memang dah nampak kesurutan dan nampak kesan tu ok? Seronok tak terkata weiiii...Bolehlah melaram sakan balik nih... Ahakss... Figura kena jaga dan kena "uphold" ok... Biar nampak cantik, nampak kemas... Gittewlah...Dan bagi orang yang agak obses dengan "self-presentation", memang lerrr, sanggup jer nak buat apa saja janji dapat kembali ke bentuk badan asal gittew...Tak kisahlah selama mana pun masa yang diambil... Hik hik hik... Tapiiii...alangkah bagusnya kalau Farah diperkenalkan dengan bengkung moden yang satu ini bukannya yang lain seawal dari selepas bersalin dulu... 

Hurmm...tak apalah, selepas ini, perlahan-lahan perbaiki apa yang perlu diperbaiki yer tak? Agak terlewat tetapi bukan terlewat selamanya sebab walaupun Ash dah berusia 1 tahun 9 bulan ianya tetap berhasil juga. Yang menariknya, kalau beli bengkung moden ni bukan sekadar beli dapat bengkung sahaja tetapi...


Didatangkan juga dengan EBook Percuma BengkungModen.Com... Memang terdapat banyak info mengenai bengkung dan ibu yang bersalin secara pembedahan di dalamnya. Haaa...bagi yang bakal bersalin secara pembedahan ataupun baru sahaja bersalin secara pembedahan tu, memang Farah syorkan anda untuk dapatkan bengkung moden ni. 

Bengkung moden kalau anda berminat bolehlah hubungi Pn. Sara... 

What's App:
014 | 837 1485

Laman Facebook:

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kembali Langsing Selepas Bersalin Pembedahan Dengan BENGKUNG MODEN, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, August 27, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

13 comments:

  1. menarik ni.. saya tak oenah pakai bengkung sbb bersalin czer. kalau sekarang nak pakai gini boleh kan? hihi..

    5 keistimewaan Multivitamin

    ReplyDelete
  2. Perut lynda pn buncit lagi..plan nk pakai bengkung balik

    ReplyDelete
  3. wah menarik nie,kak Sue pakai bengkong lilit2 tu Farah..jenuh nak lilit..hahaaa..

    ReplyDelete
  4. Macam-macam alat utk maternity sekarang ni.
    Yg bagus tu mudah dipakai. Dulu kakak kena melilit ada juga yg ikat dan lilit.

    ReplyDelete
  5. sama la..tak pakai pun bengkung..sampai skrg..uhuks!

    ReplyDelete
  6. salam singgah sini farah...menarik ni...

    ReplyDelete
  7. Good review farah, memang bagus bengkung moden ni tau, julia pernah buat review dulu dengan bengkung moden ni, mmg tip top lah...bagus utk ibu2 yang baru melahirkan anak

    ReplyDelete
  8. Mahal tak Farah? lebar tak bengkung tu?Maklum le Okje kan bukan 2 tahun dah tak berbengkung....berbelas belas tahun hahaaha... berbengkung lepas beranak lepas tu stop tak istiqomah hihi...

    ReplyDelete
  9. bagusnye...xsbr nk explore & baca lebih details..sbb kite pun ceazer...stakat ni pkai losyen mustajab baru seminggu try..mmg best..nmpak kesan..& minggu ni plak try bamboo corsett..dulu anak 1st pkai corsett ni mmg elok gak...

    ReplyDelete
  10. perghhh nak try jugak la nanti bengkung moden ni. Tapi kena tunggu mengandung dan lepas beranak ...baru nampak hasilnya kan hehe :D

    ReplyDelete
  11. tak mengandung dan tak beranak pun boleh pakai..semua orang boleh pakai ni..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY