Home » , , , , , , » Cara Hilangkan Kesan Kuning "Deodorant" Pada Baju...

Cara Hilangkan Kesan Kuning "Deodorant" Pada Baju...

Niat asalnya memakai "deodorant" adalah untuk nyahkan bau yang tidak sedap dihidu oleh diri sendiri dan juga orang lain yer tak? Baguslah jika kita prihatin dengan bau badan dan tidak memandang remeh akan perkara ini. Bau badan itu melambangkan kebersihan diri dan bau badan yang kurang enak memang tidak akan menyenangkan sesiapa pun. 

Sumber dari Google
Salah satu cara yang paling "common" atau paling ramai orang gunakan... Sepertimana yang disebutkan di atas adalah memakai "deodorant". Cumanya, ada sesetengah dari kita mungkin mengalami masalah kotoran berwarna kuning yang melekat di bahagian ketiak baju setelah menggunakan "deodorant". 

Sumber dari Google
Walaupun setelah dicuci berkali-kali, kotoran berwarna kuning tu tak mau juga hilang. Adoiiii.... Potong betullah kan? Nak nak lagi kalau baju tu bewarna putih ataupun cerah. Ihiksss, sampaikan ada satu-satu masa tu, pakai "deodorant" untuk hilangkan bau badan dan tingkatkan keyakinan diri. Tapi sudahnya jadi lain pula. 

Sumber dari Google
Bertambah-tambah pula rasa rendah diri, kurang yakin pada diri bila mana bawah ketiak pada baju tu ada kesan kuning. Kadang-kadang ada yang sampai jadi keras bahagian ketiak tu. Kesan kuning dari pemakaian yang pertama tak hilang lagi. Bila pakai "deodorant" lagi, tambah lagi kesan. 

Tu yang sampai wujudnya inovasi-inovasi "deodorant" yang dikatakan tidak menghilangkan kesan kuning pada baju dan juga "sweat pad" seperti ini... 

Sumber dari Google
Orang yang cuci baju tu yang memainkan peranan besar sebenarnya untuk memastikan kesan kuning tu hilang. Kalau dir sendiri yang cuci, sendirilah kan kena tahu cara. Kalau isteri atau suami yang cuci, isteri atau suamilah nak kena tahu bagaimana kan? Tak tahu bagaimana caranya? Buntu? Meh kongsi meh, hasil pembacaan di SINI

Alkohol
Sapu sedikit alkohol di bahagian yang kotor. Jika kesan kotoran degil, anda boleh sapukan dulu dan rendamkan kain tersebut sementara waktu dan bilas.

Cuka
Campurkan cuka dan air suam dalam jumlah yang sama dan sapu di baju yang kotor. Rendam kain dalam larutan selama beberapa jam. Bilas dengan air sejuk dan lihat kotoran pasti pudar.

"Pantyhose" (Sarung Kaki Yang Nipis)
Cara ini sangat membantu menghilangkan kesan kuning "deodorant" di baju. Hanya gosok perlahan-lahan dan kotoran akan hilang. Geseran sarung kaki dengan kain baju membantu menyingkirkan kotoran lebih cepat. Ok, lepas ni anda boleh cari stokin yang jenis nipis tu, ya? 

"Baking Soda" Dan Air
Untuk menghilangkan noda dan kuning ketiak di baju, anda boleh gunakan campuran "baking soda" dan air. Taburkan di bahagian baju yang kotor dan bilas.

Aspirin
Petua ini hanya boleh digunakan untuk baju warna putih sahaja. Larutkan 2 tablet aspirin dalam air sedikit. Tuang campuran ini pada kesan kotor dan rendam selama 2 jam. Kemudian cuci dengan air biasa diikuti dengan sabun basuh.

Limau Nipis
Perahkan limau nipis di tempat yang terkena "deodorant" dan biarkan beberapa minit, kemudian letak sabun basuh. Cuci seperti biasa.

Bolehlah pilih untuk mencuba salah satu dari yang tersenarai. Selepas ini, anda tidak perlu risau nak guna deodorant jenis apa atau sapu di ketiak. Heee.. Dah tahu cara ini, artike ni nyatakan anda tidak lagi perlu risau baju rosak.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Hilangkan Kesan Kuning "Deodorant" Pada Baju..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, August 5, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. Arol pernah mengalami masalah nie. Baju hitam pun sama jugak, ada tompok putih dan keras. Puas cuci bahagian tue tapi tak hilang jugak. Tak terfikir pulak nak cari tips untuk hilangkannya. Arol terus tukar deodorant jek. Setel masalah. Haha! :D

    Nanti nak cuba cara-cara kat atas tue. Harap berkesan. :)

    ReplyDelete
  2. Masalah lebih kritikal bila berlaku pada baju warna putih..huhuhu..ingat zaman sekolah..

    ReplyDelete
  3. thanks sbb share..tips yg berguna ni..

    ReplyDelete
  4. Tips berguna... dulu zaman sekolah selalu alami perkara ni... tapi kini tak lagi... sebab pakai sembur2 je...

    ReplyDelete
  5. limau nipis pun boleh ehh. baru tauuu.

    ReplyDelete
  6. saya ada byk Pantyhose terpakai, daripada buang yg dah ada calar tu baik simpan untuk kegunaan buang kesan kuning ni kan... thanks for the tips.. nanti kita cuba.

    ReplyDelete
  7. Baking soda tu banyak manfaatnya kan..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY