Home » , , , , , , , » Cabaran Bubblynotes.Com Untuk Terus Wujud Dan Aktif...

Cabaran Bubblynotes.Com Untuk Terus Wujud Dan Aktif...

Haihhhh... Baru sempat nak ambil nafas ni setelah sibuk dengan pelbagai urusan hari ini. Sesekali memang macam ni lah kan? Ada hari-hari kita letih, ada hari-hari kita tak sempat dan ada hari-hari memang kita sibuk yang membuatkan kita terpaksa merehatkan diri seketika dari berblog. Bukan setiap hari kita mempunyai ruang dan masa terluang. Ihiksss...sebab tu kena pandai curi masa. 

Inipun berhenti di tepi jalan seketika dan gigih main "touch touch" skrin telefon bimbit ni ha. Motif buat kenyataan gitchewss??? Tak ada apa-apa motif...motifnya cuma nak beritahu yang hari ni hakak tak sempat blog pun dik oiiii... Dari selepas Subuh sampai sekarang ni barulah berkesempatan. 

Bukan mudah sebenarnya menjadi "blogger" yang telah tetapkan KPI untuk blog sendiri dan sebenarnya "blogger" separuh masa. Nak konsisten, nak terus aktif dan nak terus menulis secara maya, memang cabaran yang amat bagi Farah. Siapa kata Farah punya banyak waktu terluang??? Ha ha ha... Selama lebih dari 8 tahun berblog, memang banyak cabaran yang Farah hadapi semata-mata untuk memastikan entri di blog terisi. 

Memang "struggle" ok? Dah tau "struggle" yang sibuk-sibuk nak berblog juga tu dah kenapa? Ha ha ha... Sebab minat! Sebab serius! Sebab ianya adalah salah satu cabang kerjaya bagi Farah walaupun tak berapa nak kerjaya sangat...ekekekeke... Kadang-kadang tu cemburu juga weiii tengok blogger-blogger yang "chillex" jer tak perlu nak susah payah "struggle" nak menghidupkan blog. Hua hua hua, bila rasa nak menaip mereka akan taip, bila rasa malas... Lantaklah ko kat situ... Atau sibuk, biarlah dulu blog... 

Tapi itu bukan Farah...Farah memang tak boleh macam tu...Dah cuba dahhh... Dan Farah rasa macam diri sendiri macam "a failure" bila Farah tak dapat nak sediakan walau satu entri pun sehari... (kecuali hujung minggu lah kann...ekekekeke...hujung minggu tu memang sedari dulu adalah satu kelonggaran berblog bagi Farah... Kalau nak sediakan entri, kalau tak nak fokus jer pada Ash...) ...Entah kenapa entah macam tu...Sendiri pun tak faham... Sebab tu Farah "struggle"... 

Yerlah, nak berjaya perlu "struggle", perlu ada usaha... Psssttt...jujur sebenarnya, Farah ni bukanlah blogger seberjaya mana pun sebenarnya, tapi Alhamdulillah, apa yang Farah nak capai, sedikit demi sedikit Farah dapat rasa atas keizinan dari Allah SWT...Biarpun tidak seberapa di mata orang lain tetapi besar maknanya pada Farah sendiri... 

Untuk diri Farah sendiri, yang macam mana pun nak ada entri di blog...Memang banyak cabarannya... Sajaaa nak kongsi perjalanan diri sebagai seorang blogger... 

Bila Farah Nak Berblog, Ash Pun Sibuk Nak "Blog" Juga

Sumber dari Google
Adatlah tu kann??? Bila Mommy pegang "tablet" dia pun nak juga... Bila Mommy buka "netbook" ...dulu lah dulu sebelum Ash rosakkan... Dia pun sibuk nak juga... Bila kita tak pegang tak nak pula dia yer tak? Ha ha ha... Makanya tak jadilah nak berblog... Tangguh jap...beri laluan pada dia "berblog" dengan cara dia. 

Owhhh itu biasa, mak mengalah dengan anak. Takkanlah nak berebut dengan anak pula kan? Jadinya bagilah dia buat apa yang dia suka dan disebabkan itu, terpaksa juga nak tak nak dapatkan telefon bimbit pintar satu dan batalkan rancangan konon-kononnya beli "tablet" tu dulu nak "multi-purpose"... Telefon pun boleh, buat kerja pun boleh...Hu hu hu... Belilah telefon murah-murah ni ha... Lenovo A5000 dengan harga RM499.00 sahaja beberapa bulan yang lepas... Hik hik hik... 

Hakak kisah apa? Janji lepas buat kerja dan janji lepas apa yang nak dibuat...#ehhh tapi kan cita-cita dalam hati masih tak berganjak nak beli Sony Xperia Z3 tu tau... Ha ha ha... In Shaa Allah ada rezeki tak ke mana... Haaa...barulah aman nak berblog tau tak? Dia jadi tak kacau... Sebab sibuk dengan "tablet".... Selesai satu bahagian... 

"Workload" Yang Maha Bertimbun

Sumber dari Google
Bila jadi blogger bekerja ni, memang terpaksa bahagi diri kepada dua. Dalam kes seorang isteri, ibu dan anak kena bahagi diri kepada beberapa bahagian lain. Bila di pejabat, bila kerja bertimbun, memanglah tak sempat nak fikir apa tajuk entri atau apa entri seterusnya nak "up" di blog. 

Fokus dan tumpuan memang pada kerja dan sesekali main kerling-kerling gittew pada blog. Main kerling-kerling tu bukan apa, "publish post" yang dah siap-siap karang malam sebelumnya dan "blogwalking" mana yang sempat. Ha ha ha, kenalah "blogwalking" kalau tak nanti ada pula yang berbunyi kata hakak sombong... Walaupun hakikatnya taklah sombong punnn... Sibuk yang benarnya... 

Hakak ni mana ada sombong, mana ada main pilih-pilih kasih "blogwalking" ok? Semua akak lawat dan komen sama rata... Kalau tak muncul tu memanglah sibuk dan ada urusan seadanya... Hu hu hu... Makanya faham-faham jerlah... 

Tiada PC, Tiada "Notebook", Tiada "Netbook"

Sumber dari Google 
Ramai dok kata tak puas blog guna telefon pintar atau tablet atau iPad nih... Tapi memang yer punnn... Tapi oklah, buat masa dan ketika ini Farah masih "survive"... Tak ada apa-apa pun masih gigih sediakan entri panjang lebar berjela guna telefon pintar. Hew hew hew... Ada yang kata lambat... Tak apa... Bagi Farah cukuplah ini buat seketika dan syukurlah ada dari nan hado... 

Sobs sobs kita sedar kita bukan orang ada-ada... Ha ha ha... Sebab tu pandai-pandailah bawa diri dan cari cara macam mana nak mengadakan... Telefon pun telefonlah... Janji hado... Memang cabaran, memang lambat, memang kadang-kadang tu makan hati... Tapi tak apa... Sabar... Bukan senang nak senang kan? Kita pelan-pelan kayuh dan usaha... 

"Exhausted" Ya Ampun

Sumber dari Google
Adoilahhh bila badan dah letih seharian sibuk dah tentu-tentunya lesu... "Exhausted"... Bukan sekadar badan, minda pun sama... Farah memang terlalu banyak menggunakan minda setiap hari rasanya... Ha ha ha... Bila minda dah letih... Memang jawabnya telefon selalu terlepas dari tangan sebab terlelap... Kadang-kadang tu niat nak tidurkan Ash dulu... Sambil tepuk-tepuk dia sambil-sambil tu dengan Mommy Mommy dia pun hanyut... Dengggg.... Kalau dah lelap tu memang tak bangunlah kann??? 

Banyak Masalah Nak Fikir

Sumber dari Google
Setiap dari kita ni yang bergelar manusia, memang tak lari dari masalah... Ada sahaja masalah masing-masing yang tersendiri... Tak kiralah masalah peribadi ke, masalah tempat kerja ke, masalah dengan kawan ke, masalah laki bini ke, masalah keluarga ke... Nak jadi "tough" bukan senang ooo... Ada kalanya "breakdown" juga di pertengahan jalan... Ha ha ha... Bila "breakdown" tu faham-faham sendiri lerrr... "Struggle" untuk mencari kekuatan untuk "appear" seperti biasa di blog... Tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda ada menghadapi masalah... 

Dan masalahnya bukan hipokrit... Tetapi yang ada masalah kita, Farah tak mahu penulisan maya Farah ada aura negatif... Jadi nak tak nak macam mana pun kena gagahkan diri untuk sedut aura positif... Yer yer memang tak mudah, cubalah dulu... Lawan... In Shaa Allah, berhasil... Nak tampil macam tiada apa-apa tu tak mudah oiii...kena ada satu kekuatan yang memang kuat untuk berdiri... 

Masalah memang kita yang punya, sakit memang kita yang punya tapiii takkanlah Farah nak kongsi perkara yang tak perlu orang lain tahu kann??? Sangat mencabar! 

Hilang Sentuhan 

Sumber dari Google
Percayalah bila dah lama berkecimpung dan terlibat dengan blog...Ada hari-hari anda akan merasakan tulisan maya anda tiada jiwa, tiada "rythm" dan seakan hilang sentuhan seorang penulis itu. Kadang-kadang sendiri baca pun, sendiri rasa macam entah apa-apalah entri yang aku bebel banyak-banyak nih. Ayat tu rasa macam serba tak kena, ayat tu macam rasa kurang sesuatu dan kita tahu. 

Kita tahu sebab kita memang sebati dengan gaya penulisan kita. Kadang-kadang boleh jadi bila satu-satu entri tu dah disediakan kita rasa...#ehhh ini bukan aku! Yerrr...ada masa-masa Farah rasa macam tu... Dush dush dush... Memang tak suka sangat bila jadi cenggitu tau... Mencik!!! Lepas tu tiba-tiba diri sendiri rasa tekanan yang datang dari masalah... Ha ha ha... Entah apa-apa kannn??? 

"Writer's Block"

Sumber dari Google
Elehhh ni dah selalu sangat dahhh... Bukan Farah sorang jer rasa... Blogger lain pun sama... Hik hik hik... Tak tau nak "up" entri apa, tak tau apa dan apa... Dalam keadaan macam ni selalunnya tak boleh dipaksa... Kalau dipaksa makin menjadi... 

Dan semua orang ada set masalah yang tersendiri di dalam perjalanan sebagai blogger dan dunia blog... Sebenarnya ada lagi cabaran-cabaran Bubblynotes.Com yang nak Farah kongsi... Tapi cukuplah buat setakat ini... Mana tahu ada bahagian sambungan pula... Ha ha ha... Tengok jer lah nanti ada sambungan ke tidak... La la la la.. Rasa macam ada... Tapi nantilah... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cabaran Bubblynotes.Com Untuk Terus Wujud Dan Aktif..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, August 24, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. Setuju..terkadang kita seolah memerah otak untuk mengeluarkan idea untuk dikongsi dengan kawan kawan..kadang rasa lose sangat..dan kadang alhamdulillah idea datang tidak terduga..semua dengan izin Allah..

    ReplyDelete
  2. Rajinnya akak update hari2...kte kalu dah balik keje kak penat2 nak update mmg smpi ke sudah la..sebulan satu dua kerat je entry

    ReplyDelete
  3. dongibab kakak !!!!!!! (h) (h) (h) (h) (h)

    ReplyDelete
  4. ya nk jadi blogger kena 'ada-kan masa' untuk blogging....sy pun terkedek2 lagi ni huhu

    ReplyDelete
  5. tau takpe..nad ni pun berusaha..jadi surirumah pun macam orang bekerja..cepat mudah letih

    ReplyDelete
  6. hebat lah kak farah. hehehe. kak, mmg tak puas lah nk blogging guna tablet bagai tu. lagi2 yg rabun ni ha. lagi lah tak nampak. hehe

    ReplyDelete
  7. mencuba juga utk update setiap hari utk blog suam-suam kuku akak tu..hehe
    kipidap!!

    ReplyDelete
  8. kadang kadang tu buntu nak post apa. Hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY