"Brake Pad" Yang Menipis Dan Retak Di Tengah...

Farah Waheda Wahid
2
Memang sejak akhir-akhir ni banyak bergerak ke sana dan juga ke mari. Ada-ada sahaja aktivitinya Farah ni. Tapi bukanlah sengaja membazir petrol. Muahahaha... Bergerak pun atas perkara-perkara yang penting seperti urusan peribadi dan urusan kerja. 

Kali terakhir semasa waktu servis berkala bagi kereta Farah, "brake pad" telah pun diperiksa dan menurut pusat servis masih dalam keadaan baik dan boleh dipakai lagi. Makanya tiadalah aktiviti ganti mengganti bahagian mekanisme kereta yang satu itu. Kehidupan memandu diteruskan seperti biasa. 

Tup tup, alih-alih semalam, sewaktu menghantar kereta untuk diservis disebabkan waktu servis berkala yang ditetapkan telah tiba pada kilometernya... Di dapati bahawasanya "brake pad" kereta Farah telahpun... 


Menjadi nipis yang amat dan telah retak di tengah. Hoiii ini kalau pecah ni mau brek kereta tak makan. Bahaya bahaya bahaya. Tergerak hati ni minta pusat servis periksa "brake pad" kereta pun sebab sesekali kedengaran "gliching sound" bila pagi-pagi "start" enjin kereta. Jangkaan dalam hati, mesti ada sesuatu yang tak kena nih. Nahhh, tepat sekali!!! Memang "brake pad" perlu diganti. 

Apakah Fungsi "Brake Disc" dan "Brake Pad" Pada Kenderaan?

"Brake Disc" adalah satu cakera yang melambatkan putaran roda oleh geseran yang disebabkan oleh penolakan "brake pad" terhadap "brake disc" dengan satu set "caliper". "Disc brake" atau "rotor" biasanya dibuat daripada besi tuang ("cast iron") dari material jenis FC250 atau FCD, tetapi di dalam sesetengah kes boleh dibuat dengan karbon atau "ceramic matrix composite" atau gandar ("axle"). 

Untuk menghentikan roda atau tayar kenderaan anda, geseran "friction material" iaitu "brake pad" yang dipasang pada "brake caliper". Bila kita menekan "pedal brake", "brake caliper ini akan "forced mechanically" terhadap kedua-dua belah "brake disc" kiri dan kanan. Geseran akan menyebabkan "brake disc" dan roda dipegang untuk memlerlahankan kenderaan atau berhenti. Brek menukar pergerakan kepada haba panas, dan jika didapati brek menjadi terlalu panas, maka ianya akan menjadi kurang berkesan, fenomena ini dikenali sebagai "brake fade".

Pengenalan "brake disc" dan penggunaanya bermula di England pada tahun 1890-an. Jenis kenderaan yang menggunakan "brake disc" telah dipatenkan oleh Frederick William Lanchesterdi Birmingham, kilang di UK pada tahun 1902 dan digunakan dengan jayanya pada kereta Lanchester. Berbanding dengan "brake drum", "brake disc" adalah lebih baik untuk "stopping performance" kerana "disc" adalah lebih mudah disejukkan. 

Sumber dari SINI
Sumber dari Google
Anda perlu memeriksa "brake disc" serta lapisan "brake disc" setiap 15,000 km. Ha catat ni dalam memori catat. Ekekeke... Anda perlu memeriksa lebih kerap jika brek anda tiba-tiba mula mengeluarkan bunyi atau tarik ke satu sisi ("pull to one side"). Sekarang ni, dah banyak dah kenderaan yang mempunyai "brake disc" pada keempat-empat roda. Ada juga kenderaan yang mempunyak "brake disc" roda hadapan dan "brake drum" pada roda belakang.

Sumber dari Google
Apabila anda memeriksa "brake disc" anda, tengok dan ukurlah ketebalan lapisan "brake pad lining" supaya anda boleh mengetahui sama ada lapisan brek anda sudah teruk/nipis atau masih boleh digunakan lagi. Jika lapisan "pad" kelihatan menipis hingga hampir pada "backing plate" , "pad" perlu diganti. Seperti dalam kes Farah ni. 

Kadar kehausan ketebalan pelapik brek kurang 2 mm, hujung klip akan begesel menyentuh "brake dsc" dan bunyi akan kedengaran menandakan paras minimum penggunaan "brake pad" dan ia harus ditukar segera.

Sumber dari Google
Memandangkan kenderaan tu penting untuk hari-hari Farah. Makanya dengan harga RM 85.00 satu set, telahpun selamat bertukar "brake pad" semalammm...Nak tak nak kena tukar, kalau takk...Macam-macamlah timbul kemudiannya. Masalah ler apa lagi? 

"Brake disc" akan mengalami kesan calar yang sangat banyak, "brake disc" akan hangit (terbakar) meninggakan kesan hitam kebiruan dan sistem brek kurang baik. 

Penting untuk sentiasa prihatin dan tahu serta lakukan tindakan yang sewajarnya. Boleh membahayakan nyawa dan keselamatan penumpang dan juga diri sendiri sebagai pemandu. 

Nasiblah memang nak servis kereta dan periksa... Kalau tidak... Maunya sampai ke sudah biarkan dan nyawa sendiri pun boleh jadi terancam. Alhamdulillah, sebelum yang tidak diingini berlaku, tergerak sangat nak periksa keadaan "brake pad" tu... Hu hu hu...

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. huh....bahaya sis... nasib baik cpt service....

    ReplyDelete
  2. kta ijau aida pun baru tuko before raya.
    maklum la travelling tiap hari 140 km pergi balik keje kan :) hu hu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !