Bila Rumah Ada Anak Kecil...

Sumber dari Google
Orang kata, bila rumah ada anak kecil ni, memang payah sikit nak melawa. Ha ha ha, masa baru lahir tu semasa terbaring jer tu, memang bolehlah letak segala bagai bentuk perhiasan yer tak? Bila dah mula melasak, bila dah mula aktif, sedikit demi sedikit barang-barang perhiasan dah jadi berkurangan ataupun entah dah ke mana diletakkan. Rasanya bukan seorang dua ibu bapa yang mengalami keadaan atau situasi ini. Rasanya ramai yang mengalami.

Ihiksss...Farah pun tidak terkecuali. Akan tetapi bagi Farah itu bukanlah alasan rumah kita ni tak boleh dilawakan ataupun dihias. Masih boleh cuma mungkin caranya agak berbeza dari sebelumnya. Sebelum menghias rumah macam-macam kena fikir. Jadi mak-mak ni memang banyak perkara yang perlu difikirkan. Bukan setakat satu, bukan setakat dua, bukan setakat tiga...Banyakkk sangat perkara yang perlu difikirkan. Sampaikan kadang-kadang tu boleh rasa macam seolah-olah tak ada "space" pula dalam kotak pemikiran nak tambah fikir perkara baru. Itu yang kadang-kadang jadi ting tong dan "blur" tu... 

Terutamanya mak-maklah kannn... wanita namanya, tentu-tentu suka akan kecantikan. Menghias rumah juga sebahagian daripada minat wanita. Siapa yang tak suka tinggal di dalam rumah yang cantik dan bersih oiiii??? Ada pelbagai barangan hiasan seperti kristal, pinggan mangkuk kaca, seramik, lukisan dan sebagainya. 

Tapiiii, bila dah jadi mak-mak, bila ada anak kecil, kena fikir dua tiga kali juga sebelum nak menghias rumah tau. Sebab memikirkan kesan dan akibat dan di mana nak diletakkan yang paling bersesuaian sesuatu hiasan tu. Ni nak cerita sikit dari pengalaman sendiri dan dari apa yang Farah lakukanlah untuk rumah sendiri yer. 

Farah jujur sejujurnya mengaku tak boleh tengok rumah bersepah...tak suka, sangat-sangat tak suka...Rasa macam sempit pemikiran dan rasa macam sesak sangat. Sebab tu kalau Ash bersepah sikit, Farah akan suruh dia masukkan balik mainan dalam bakul khas mainan dia dan ambil mainan yang nak dimain sahaja. Kadang-kadang tu ikut, kadang-kadang tu dia buat dek jer... Phewww... Bila dah tak tahan, Farahlah dok kumpulkan...Ha ha ha...Lepas tu dia buat lagi, dan lagi dan lagi...Sudahnya biar dia sepah dulu dan kemudian bila dah sudah main sama-sama kami mengemas. Kenalah bagi kelonggaran pada anak yer tak? Walaupun kita tak suka keadaan itu. 

Lagi satu, Farah tak suka lantai yang "sticky"... Sebab tu, 2 hari sekali, lantai rumah mesti dimop. Kalau tapak kaki rasa macam tak kena jer...Haaa...mulalah lepas tu menjalankan operasi mengemop lantai. Mop pula tu dengan air suam. Air panas menggelegak dicampur dengan air pili biasa. Lepas tu baru puas hati. 

Ok tutup tentang cerita mengemas rumah dan sepahan di rumah. Kita fokus kepada barangan perhiasan yang dibincangkan tadi. Perubahan yang Farah alami sendiri dan perkara yang Farah lakukan semenjak hadirnya Ash di dalam kehidupan sekeluarga kami adalah...

Sofa
Jika dahulunya sewaktu kelahiran Ash, kami menggunakan sofa antik yang berbentuk seperti gambar di bawah ini...

Sumber dari Google

Kini telah beralih kepada sofa sudut seperti ini... 

Sumber dari Google
Akhir tahun lepas lah ni tukar ni, sebabnya waktu tu Ash dah mula sibuk mengengsot ataupun menyulur, nak dijadikan cerita satu hari tu "heading" kat kaki sofa antik tu... Benjol sikit walaupun tak serius terus ambil keputusan untuk tukar kepada sofa minimalis ni... Jimatkan ruang, berikan dia ruang untuk berlegar di ruang tamu rumah. 

Owhhh, meja kopi memang tak pakai dah "uolss"... Sekurang-kurangnya buat sementara waktu ni. Sebelum ada yang benjol sana sini, sebelum ada yang buat "stunt" sana sini atau sebelum ada yang pecah sana-sini, eloklah dijauhkan daripada dia. 

Hiasan Kaca

Sumber dari Google
Haaaa, tak ada maknanya nak jumpa hiasan kaca di tempat-tempat yang rendah... Pasu-pasu kaca segala bagai semuanya telah dialihkan ke tempat yang lebih tinggi dan lebih selamat. Masih berhias lagi lah...Tapi lokasi dan kedudukan tu, memang di lokasi dan kedudukan yang tak boleh dicapai oleh Ash... Bila dia dah mula menjengket-jengket nak capai jer, bila ketinggian tu dah mula tinggi sikit jer dan dah boleh sampai pada dia...Alih lagi...Kerjanya alih dan alih... Ha ha ha.. Mommy tak kisah, walaupun ada anak kecil tetap nak hias rumah juga... 

Bidai
Sumber dari Google
Baru-baru ni, baru ni jer...satu dari pemegang bidai di dalam rumah dah selamat direngkuhnya... Senget sebelah jadinya...Bila tanya... "Ashhh, siapa buat ni?"...Jawapannya mudah sahaja dengan penuh keselambaan... "I don't know..."... Serius, memang itu jawapannya... Yang bidai kayu ni masih selamat lagi lah... Bidai nak menuju ke dapur tu, yang macam tirai fabrik halus-halus tu...Haaa...yang tu memang jadi tempat tarik menarik dia tu...tu yang selamat sebelah jadi senget... 

Penyelesaiannya...Masih pakai... (nak melawa kata ko), tapi bila dia jaga dan tak tidur... Ikat tinggi-tinggi supaya dia tak boleh main. 

Rak Televisyen

Sumber dari Google
Rak televisyen kami di rumah tu berkaca, dan raknya juga dari kaca...Sejak pandai panjat memanjat bila tonton televisyen ni, para rak kaca tu memang dah dikeluarkan dari rak tu... Tinggalnya pintu "sliding" kaca jer pada rak televisyen tu. Itupun kena perhati-perhati juga tu... Hari tu dah tertanggal sekali dah...Ha ha ha, silap-silap haribulan nanti orang datang tengok rak televisyen "I is" dah lain rekabentuknya, dengan pintu "sliding" kaca tu sekali Farah buka nanti ni kang... 

Televisyen

Sumber dari Google

Disebabkan rak televisyen kami serendah gambar sebelum ini...memang mudahlah Ash nak capai atau sentuh ataupun tolak televisyen. Sebabnya televisyen terletak macam gambar di atas tu dan bukannya di dinding rumah. Lagi satu! Suka sangat tonton televisyen depan-depan sangat... Haihhh... Berpuluh kali dah melarang, tetap dibuat juga... Bukan apa risau mata tu nanti kena pakai cermin mata pula...Cukuplah Mommy sorang jer yer tak? 

Disebabkan itu, tengah berkira-kira nak menggantilah ni cita-citanya nih... Kepada televisyen yang melekat di dinding. Ha ha ha...baru padan muka Iman Ash tak dapat nak buat apa-apa lagi dah ... Biar tinggi... 

Sumber dari Google
Itu setakat ni lah... haaa..tak tau lagi akan datang ni apa lagi yang nak kena diubahsuai nih...Hik hik hik... Bila dah semakin membesar diharapkan semakin mudahlah Mommy nak mendekorasi rumah yer tak? Boleh jer, tapi perlukan masa...Fasa-fasa macam ni, memang kena korban serba serbi demi keselamatan anak kecil juga... Bukan tak boleh melawa, boleh , tapi nak kena pada cara dan gayanya... Begitulah yer tak?

Yang kengkawan punnn...bila pergi rumah kawan-kawan lain yang beranak kecil kalau barangan perhiasan rumah kawan-kawan tu ada terkurang ke, atau tak kena ke, letak tempat tak sesuai ke, janganlah pula semberono mengata yer tak? Ha ha ha, faham-faham jerlah bila beranak kecil ni macam mana keadaan dan situasinya...Nak nak lagi yang sedang aktif bereksplorasi...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bila Rumah Ada Anak Kecil..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, August 19, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

17 comments:

  1. rumah kami smpai skrg xda sofa...hihihi....ada meja mkn ja...ruang kecik.nti Aqil nk main keta motor x dpt plak

    ReplyDelete
  2. tunggu ash dah ekolah..tunggu ash dah minat dengan yang antik antik tu..ha mummy boleh mula berhias hiasan semula rumah ye..sabar la mummy..hehehehe..*mata kelip kelip..

    ReplyDelete
  3. Ada anak kecik memang tak dapat la nak bergaya sangat rumah. Mana yang ada je

    ReplyDelete
  4. Betul tu farah, setuju, ada anak kecil, todler ke atas lg lah kena kurangkan perabot yg tak sepatutnya...less lagi bagus...nak hias pun biar dinding je lah heheheh

    ReplyDelete
  5. betul tu farah.. bkn alasan rumah xleh nak hias sb anak kan!

    ReplyDelete
  6. hehehehhe setuju sgt2
    umah bila ada ank kecik mmg susah nak berhias
    semuanya kena letak tinggi2

    ReplyDelete
  7. Rumah saya, saya kurangkan barang kaca. Kalau jatuh pecah takpa, takut kena kaki anak. Kita pulak yang tak senang hati nanti. hehehe

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum
    singgah ptg
    hari ini bz sangat x sempat nak BW

    ReplyDelete
  9. hahha betul tu..rak tv kami langsung tk ada apa2 perhiasan..licin... anak2 kecik tk perlu hias bunga segala bagai, kalau nak letak, letak tmpt tinggi2.. hihi..lg pun kami tk suka bunga2 an ni..yang penting, rumah kemas, bersih..licin dan berkilat..ahhha..lapang lagi la senang anak2 nk main..

    ReplyDelete
  10. Betul tu..pikirkan anak lebih dari pikirkan rumah cantik2..boleh berhias bak kata u tp taklehla over2 kan.kaca2 hiasan tu no no no...

    Salam ukhuwah dear

    ReplyDelete
  11. Memang kena hold dulu nak hias rumah cantik2... Biarlah dulu asalkan selamat. Kalau boleh nak rumah lapang je tanpa perabot sebab nak biarkan ank senang bermain.

    ReplyDelete
  12. Klau brg kaca2 memg x blh nak letak d kwsn yg rendah bahaya kan Lya akui

    ReplyDelete
  13. naseb masa kecik tak suka mengemas hahaha

    ReplyDelete
  14. hahaha..tau takpe..kaca-kaca letak jauhlaa

    ReplyDelete
  15. haha betull tu.. jika ada ank kecil kat rumah hjgn brharap nk ada rumah yg kemas dan cantikk

    ReplyDelete
  16. Setuju sangat aihhh
    Sayang anak..so nanti nanti lah hias..
    Sat g sayang pasu kristal bagai..anak cedera.

    Apa pun ikut pada disiplin anak2 jugakan.
    Anak3 akak lasak

    ReplyDelete
  17. Betul tu. Selalunya nak kemas tu punya la lama. Tapi anak punya keje, beberapa minit je dah jadi seperti sediakala.
    ; Pengalaman Ajar Anak Free Diapers

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY