Bila Dia Sudah Lancar Bercakap Nanti...


Sejak bergelar seorang Mommy, #ehhh sebelum bergelar seorang Mommy dengan menyandang gelaran bakal Mommy, memang dah lama fikir dah pun... Memang dah lama berimaginasi dan berfantasi dah pun, perkara-perkara yang bakal mendatang. Nak nyatakan sebagai ramalan macam tak sesuai pula... Heee.... "I is" bukan ahli nujum, nak buat ramalan-ramalan nih... 

Antara perkara-perkara yang difikirkan... Bagaimana bila itu, bagaimana bila ini... Macam-macam perkara yang datang singgah di kotak pemikiran sehinggakan layak dah kot digelar ahli pemikir... Bha ha ha... Pendek kata, otak ni asyik bekerja jer lah tanpa henti... 

Bukannya apa... "I need to be prepared on what coming ahead and the reality that I know that sooner or later will come when it's time. Salah satu daripadanya adalah apabila si anak teruna Farah sudah semakin mengerti keadaan sekeliling dan juga bagaimana keadaannya apabila dia sudah mula lancar bercakap nanti. 


Bila sudah mula lancar bercakap nanti, sel-sel otaknya akan mula lebih giat aktif berfikir dan perasaan ingin tahu dia akan lebih membuak-buak. Dan pada ketika itu, di peringkat permulaan dia akan mula menjadi pemerhati yang aktif dan mula belajar bagaimana untuk mereka-reka soalan-soalan apabila dia ingin tahu. Akan mula pandai mengeluarkan perkataan dari diri sendiri secara "blunt"... 

Di fasa 2 ke 3 tahun dia akan mula banyak berulang-ulang soalan yang sama kerana dalam masa yang sama dia masih di dalam proses mempelajari dan memperbanyakkan kosa kata. Mungkin soalan yang keluar ... "Babah mana?"... Mungkin kenyataan yang keluar "Rindu Babah..."... Mungkin permintaan yang keluar "Maaa Myyyy nak telefon Babah..."

Peringkat yang seterusnya apabila mula menjejakkan kaki di "playschool"... Mulut semakin lancar bertutur dan mula bertanyakan atau mengeluarkan permintaan serta kenyataan secara lebih kompleks. 

Sumber dari Google
Yang lebih kompleks seperti "Kenapa Babah kita selalu tak ada?"..."Kenapa Babah kita tak hantar kita pergi "school"? Kawan lain semua Babah dia hantar pergi "school"... "Kenapa Babah tak balik?"... Soalan-soalan ini akan pasti ditanya dan Farah pasti apa yang Farah agak ini adalah "bullseye"! Dah lama menjangka dan dah lama mengagak dan Farah memang tahu ini adalah realiti yang kami suami isteri harus berhadapan dan hadapi terutamanya Farah lah kannn??? He he he... 

Dan mungkin juga tak mustahil ada masa-masanya terasa alangkah... 

Sumber dari Google
Alangkah bagusnya kalau boleh kawal seperti gambar di atas. He he he ada suis gitchewss. Tak mustahil pun nak ada suis sebegitu, yang nak kena main peranannya adalah Farah. Farah kena memastikan yang dia faham situasi semasa dan keadaan yang berlaku. Farah kena pandai "tackle" hati dia kerana tak mustahil akan ada keadaan-keadaan di mana dia merajuk apabila permintaan tidak dipenuhi. Farah kena fikir bagaimana untuk menyusun ayat dan Abah dia juga sebenarnya memainkan peranan yang sama untuk membuatkan dia faham.

Dari kecil, dari sekarang...Ash memang menampakkan bahawa dia adalah seorang yang manja. Dia manja dengan Mommy. Dia juga manja dengan Abah dia setiap kali ada peluang dan ruang menghabiskan masa dengan Abah dia. Al-maklumlah jarang-jarang jumpa. Sebab tu, bila Abah dia ada, Farah berikan sepenuh masa mereka berdua melepaskan rindu masing-masing. Mana anak tak rindukan bapa, mana bapa tak rindukan anak kerana itu adalah zuriat yang lahir dari dia... 

Kena bersedia dari awal dengan semua kemungkinan yang Farah telah hujahkan di atas... Kena "come well prepared" supaya emosi dan sudut psikologikal dia tidak mengalami gangguan. Mungkin ada yang berkata kenapa Farah perlu berfikir terlalu kompleks sebelum masa itu datang? Kenapa perlu berfikir sebelum ianya terjadi dan kenapa tidak membiarkan sahaja "it goes by the flow" kali ini? 

Kerana Farah perlu berfikir! Kerana Farah perlu bersedia dan Farah tidak mahu emosi dan psikologi Ash terganggu... Bila melibatkan anak... "I am the warrior" bukan "keyboard warrior" ek? Ekekekeke... Apa sahaja demi anak selagi tidak bercanggah dengan agama, undang-undang, tidak menyentuh mana-mana pihak... "This is my upcoming issues, personal issues that I have to tackle in the smartest way I could..."... Farah yakin In Shaa Allah... Amin... Farah boleh tangani dan juga berhadapan dengan situasi ini...

Semakin anak kita membesar semakin banyak perkara yang akan datang dan semakin banyak yang perlu difikirkan...Apa yang penting bagi Farah... Berterus-terang tanpa memburukkan mana-mana pihak dan cuba sedikit demi sedikit untuk memupuk penerimaan dia terhadap situasi dan keadaan sebenar.... Getar hati...Naluri hati seorang ibu, Ash faham dan dia akan faham kerana sekarang ini juga dia telah mula faham sedikit demi sedikit...Moga-moga kefahaman dia berterusan selamanya dan waktu-waktu sukar itu pasti akan tiba...Farahlah kena pandai menghadapi dan memujuk emosi dia...Mana mungkin kita manusia terlepas dari emosi kan? "You can't expect that your child to be strong and tough all the time, but you could train him how to strong enough to face the reality..."....

Alah bisa, tegal biasa... Permulaan mungkin agak sukar tetapi lama kelamaan mungkin telah menjadi kebiasaan kepada dia... In Shaa Allah...Amin... ;-)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bila Dia Sudah Lancar Bercakap Nanti..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, August 26, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

14 comments:

  1. insyaallah boleh hadapi perkara mendatang. aRz dah hadapi sekarang ini antaranya kerap ulang perkara yang Cik Puteri nak dan bertanya soalan sama.

    ReplyDelete
  2. Mesti asyik tanye je Ash ni nanti takpun rajin menyembang..hehe..comel

    ReplyDelete
  3. be good boy, ash.... make ur mom proud!! what doesn't kill u make u stronger!!!

    ReplyDelete
  4. Yup true indeed , memang time ni dia akn bnyk bertanya n ulang soklan kak farah...hihi ni pnglmn jg ank sedare...jom bc entry terbaru hanis , maklum la lm hanis menyepikn dr tb2 kuar entry hot n ada pengomen yg pns but its just sharing je kak farah...slh ke hanis? Http://hannis-maisyara.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. persoalan persoalan itu yang akan kita rindu bila dia dewasa kelak. :)

    ReplyDelete
  6. Nanti anak teruna akan tanya, kenapa itu, kenapa ini, kan.. Ready laa mommy..hihi

    ReplyDelete
  7. kadang2 bila tanya sokmo, mama abah pun pening nak jawab..hehe

    ReplyDelete
  8. IQ belum ada anak lagi....cuma baru ada anak sedara...tu pun cukup sabar melayan kerenah dia bercakap

    ReplyDelete
  9. Amin..yang penting didik dengan fakta bukan auta..kerana mereka sentiasa merakam..diminda dihati..

    ReplyDelete
  10. Kanak2 yang sebaya dengan ash ni dah mula nak membebel itu ini...bila dah makin lancar percakapan dia...semua benda dia nak tanya dan nak tau...hihi

    ReplyDelete
  11. gambar ash kat atas tu..comel lah farah...tengok gigi dia...hihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY