Home » , , , , , , » Bila Ash Nampak Gadis Atau Wanita Ber...

Bila Ash Nampak Gadis Atau Wanita Ber...


Sebenarnya malu nak cerita...Ha ha ha, tapiiii...nak cerita juga...Tentang anak teruna Farah yang seorang sahaja ni... Tiada 2 dan juga tiada 3... :-P...Kisahnya dia bila nampak gadis atau wanita ber...

Sumber dari Google
Ber-skirt pendek ataupun berseluar pendek!!! Hu hu hu... 2 kali dah kejadian ni berlaku dah nih... Sekali dengan Mommy dan Nek Ma di "saloon" dan sekali dengan Abah dia di Sunway Pyramid sewaktu acara "food review" lebih kurang 2 minggu lepas. Dush dush dush... "Seriously I am speechless..."... 

Kejadian Pertama: Bersama Mommy dan Nek Ma di "Saloon"

Lebih kurang sebulan ke 2 bulan yang lepas, Farah hantar Nek Ma Ash untuk gunting rambut di sebuah "saloon" yang berhampiran kawasan taman perumahan kami. Nak dijadikan cerita, yang memotong rambut Nek Ma Ash tu adalah seorang gadis. Oh ok, "saloon" tu memang tak ada lelaki langsung...Sebab katanya "saloon" tu khas untuk Muslimah...Yang jadi hairannya, tiba-tiba muncul pula seorang gadis "saloon" yang berpakaian begitu. Ok... Hurmm... Sebab katanya "saloon" untuk Muslimah... 

Memang tersasarlah jangkaan dan jangkauan bila melihat apa yang ada di dalam kannn??? Kenapa ek nak kena letakkan label "saloon" tu sebagai "saloon" untuk Muslimah kalau yang di dalamnya pakaiannya tidak menggambarkan Muslimah? Ok..."fine"...Farah ni taklah alim mana pun...Cuma "wondering"... Krik krik krik... 

Dah masuk, nak keluar balik rasa macam tak sedap... Tapiii... Kalau nak boleh jer sebenarnya...Tak tau kenapa rasa macam tak sopan pula kan main keluar macam tu jer...Takut-takut nanti terasa pula adik tu... Hu hu hu... "I" ni kan jenis tak menyampai hati dengan orang... Nak tau apa Ash buat? 

Semasa Nek Ma dia tengah digunting rambutnya... macam biasa, mana-mana tukang gunting rambut pun akan berdiri kann? Ash berjalan ke arah gadis tu dan pegang peha gadis tu... LMAO.... Adehhhh... Dia pegang, kemudian dia pandang, kemudian dia bebel, entah bebel apa pun tak faham... Lepas tu marah... Terpaksalah Mommy dia minta maaf pada kakak tu Ash... Adoiiiii....

Kejadian Kedua: Bersama Abah Dia

2 minggu lepas punya cerita sewaktu "food review"... Sewaktu tu, Mommy dia sibuk mengambil gambar...Dia pula nak bebas berlari ke sana ke mari di kawasan "concourse" Sunway Pyramid tu... Jadi yang bertanggungjawab menjaga dan memantau adalah Abah dia buat seketika...Sewaktu tu ada promosi mentol OSRAM di situ... Makanya ramailah gadis-gadis yang bertugas sebagai "promoter" dan ber-skirt pendek ibarat gadis litar...

Dia berlari-lari, berpusing-pusing di kawasan "concourse" tu dan sekali pusing dapat satu belon, dua kali pusing dapat lagi satu belon...Belon yang pertama tu dapat sebab dia nak...Belon yang kedua tu??? Abah dia melaporkan pada Mommy, dia pergi pegang dan elus-elus peha sorang Amoi tu... Haiyaaa... Lepas tu dia pandang Amoi tu dan bebel lagi... bebel apa, Abah dia tak faham... Yang jadi serba salahnya, Abah dia...Ha ha ha, jadi malu alah Abah dia... Makanya terpaksalah Abah dia "say sorry" pada Amoi tu... Amoi tu kata... "Nevermind... "... Kemudian Amoi tu bagi belon kedua tu pada Ash...

Ha ha ha, tak tau nak pengsan ke? Ataupun nak malu ke? Ataupun nak apa... Jadi "blank" seketika Mommy ni Ash oiii...Iyalah, Mommy faham... Ash tak pernah tengok Mommy pakai macam tu kannn??? Dululah dulu...sebelum berhijab, zaman muda-muda masa nak "up" dulu, galak jugalah Mommy pakai...tapi taklah terlalu pendek...Tapi tu semua seketika...bila ada kesedaran bila dah insaf, semua itu kutinggalkan di belakang.... Makanya, Ash tak pernah berhadapan dengan situasi dan keadaan itu... Hairan dan pelik ler tu gamaknya...

Haaaa...nampak tak? Nampak tak? Mak dia tak pernah berpakaian tak senonoh depan anak dia... Maka yang soh seh soh seh tu tak payah nak buat andaian yang bukan-bukan masing-masing...Memanglah dulu Mommy dia seksis meksis... Tak berhijab...Itu dulu... Taklah kata diri ni mulia benar yer... Taklah kata diri ni baik benar yer... Farah ni juga ada kesilapan lampau juga dari segi pemakaian...Tetapi iyalah...seperti kata-kata yang sering kita dengar... Jangan terlalu cepat dengan andaian, jangan terlalu ada "fixed image" terhadap seseorang... Seseorang manusia itu boleh berubah dan mampu berubah dan jangan hina orang di atas kelemahan ataupun kesilapan yang telah dilakukan pada masa lampau... Kita ni manusia tak tau pun masa depan kita macam mana dan bagaimana kan?

#ehhh termembebel pula... Ha ha ha...Tapiiii tulah dia Ash bila nampak gadis atau wanita ber-skirt atau berseluar pendek...Nampak gayanya lepas ni kena "divert" pandangan Ash nih...Sebelum dia menjadi-jadi pegang peha orang lain pula...Ha ha ha...Nanti jadinya Mommy ataupun Abah ataupun Nek Ma yang tak tau nak bagi reaksi macam mana...

*Ini kalau dah fasih bertutur ni, mau macam-macam soalan yang dia tanya ni yer tak? Kenapa dia pakai macam tu, kenapa dia tak pakai macam ni...Bersedia jerlah dengan jawapan kepada soalan-soalan dia... Kannn??? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bila Ash Nampak Gadis Atau Wanita Ber... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, August 25, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. hihihi Aish yg buat abah dia malu kan..
    Budak mcm tu lah Farah..
    Tak pernah tengok..

    ReplyDelete
  2. uish aish..agak-agak, apa yang menarik perhatian dia ek? hehehe

    ReplyDelete
  3. ayoyoy.. seram.. uhuh nasib budak kan.. klu anak2 lin plak dorang ckp malu la mmy.. malu.. sambil tunjuk2.. tu pun malu gak mommy dia.. uhhu

    ReplyDelete
  4. comel lah pic ash kat atas tu..muka nakal sgt hehe...

    ReplyDelete
  5. Ash membebel nak menegur tu. Pot pet pot pet! Heehe. Comel je ash. Pandai cakap nanti, update lagi ye. Tengok apa yang ash bebelkan sebenarnya.

    Jemput singgah ke blog saya, VitaminSuci. Saya dah add link blog awak di bloglist saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Pandainya ash...sebenarnya dia nak tegur tu cuba bahasa dia lain..hihi

    ReplyDelete
  7. Reaksi sepontan tuh... Pegang tu yg tak tahan tuh... Adrh...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY