Bertapa Di Dalam Bilik Air...

Farah Waheda Wahid
8
Cucu Atuk katanya, cucu "tag" apa pun dilayan serta dipenuhi. Samalah macam Nek Ma dia, walau susah macam mana pun hati mereka tak menyampai. Tapi Ash ni bukanlah dimanjakan sangat pun. Waktu perlu ditegur akan ditegur, waktu dimanjakan akan dimanjakan. Ada batas dan "limitation"nya... 

Malam semalam dia ikut Atuk dia pergi isi minyak kereta di Petronas yang berdekatan. Balik-balik jer tengok-tengok jer kat tangan tu dah pegang barang permainan. Dah agak dah ni mesti dia "tag" Atuk dia. Ok, bertambah lagi koleksi barang permainan yang dah sedia ada berlambak-lambak di rumah tu... #oopsss bukan riak nak menunjuk barang permainan Ash banyak sangat yer, tapi itulah kenyataannya di rumah Farah tu... Hurmmm...Jangan tersilap faham pula...


"Speed boat" ko di-"tag"nya Atuk dia... Lepas tu mulalah Mommy dia yang sibuk nak tengok bagaimana fungsinya dan bagaimana ia berfungsi...Oooo, kena letakkan di dalam air lepas tu nanti pusingkan tombol warna putih tu kemudian bot tu akan berjalan di dalam air...Jenuhlah nak memusing...Iyalah, bukannya automatik atau ada kawalan jauh...Manual sahaja...Hik hik hik...

Kalau automatik tu memanglah mahal harganya ek? Beratus-ratus, ada yang beribu-ribu harganya... Ahaksss... "Not now" yer Ash... Ash belum pandai main yang mahal-mahal tu lagi...Aik nak beli ke? Tak kata pun nak belikan, tetapi kalau ada rezeki "why not?"...Kalau rasa membazir mungkin akan tukar pemikiran... Tak semestinya Farah sebut Farah nak beli yer tak???


Ha ha ha, ni tak taulah mak yang lebih dari anak ke atau memang nak melayan anak main? Bagi menunjukkan fungsi bot tu, makanya Farah bawalah Ash ke bilik air dan tadahkan air sedikit di dalam besen. Pusingkan tombol putih tu dan letakkan bot di dalam air. Sekejap jer, sekali jer ajar, lepas tu gigih nak pusing tombol tu sendiri... Tugas Mommy? Perhatikan dan pantau... Bahaya biarkan anak kecil bermain di dalam bilik air tanpa pengawasan ibu bapa atau orang dewasa...Jangan sesekali biarkan...Pelbagai jenis risiko kemalangan boleh berlaku...Dan ada jer "nearmiss" yang boleh berlaku...

Layanlah si anak teruna bermain dengan bot sampai kerja apa pun tak jadi... Ha ha ha... Bertapa di dalam bilik air malam semalam "uolss".... Main sampai habis lencun baju dia, patutnya bogelkan ajer... Tapi tak apalah biarlah...Lepas tu baju boleh disalin yer tak? Bukannya tak boleh salin... Lama juga kami bertapa dalam bilik air... Tak sampailah sejam pun, tapiiii...lama jugalah...Ha ha ha...

Beri dia main sampai puas dan kemudiannya perlahan-lahan pujuk dia untuk berhenti bermain dan sambung malam esok pula... Kira malam ni lah... Tapi minta-minta dia tak ingatlah...Ha ha ha... Mungkin pagi ni mandi, dia main kot? Jangan dia cuba buang ke dalam "floor trap" seperti Berpeluh Kerana Bola dan "Shaker"... sudahlah...Tapi rasa tak lepas ni kot, sebab besar...Ekekekeke...

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !