Bersiap-Sedia Untuk "Potty Training" Yang Lebih Serius???

Sumber dari Google
26.08.2015 iaitu semalam, dah 1 tahun 9 bulan dah anak teruna Farah... Wahhhh....Cepatnya masa berlalu... Lagi 3 bulan nak jejak usia 2 tahun. Dari sehalus-halus bayi sehingga setinggi-tinggi sekarang ni... Dah besar dah anak Mommy ek? Ihiksss...Mulalah nak melankolik bagai tu... Errr...boleh putar masa dia mula-mula baru lahir dulu tak? Ekekekeke...Mestilah tak kannn??? 

Ni bukan nak mengomel tentang "potty training" tu apa? Macam mana nak lakukan "potty training" ataupun segala-gala yang terperinci tentang "potty training". Sebab segala bagai maklumat tu Farah pernah kongsikan di dalam entri:


Perkembangan "potty training session" Ash sekarang ni, masih di takuk yang sama seperti yang Farah pernah kongsikan dulu. Dia memberi petanda jika dia ingin membuang hajat tetapi dia tidak memberikan petanda jika dia ingin membuang air kecil. Perlahan-lahan sedang melatih bahagian membuang air kecil itu sebenarnya. Memang setiap kali dia nak membuang hajat dia akan berikan petanda dan kami iaitu sama ada Nek Ma Ash ataupun Farah sendiri akan cepat-cepat membuka lampin pakai buang dia dan dudukkan dia dia tandas duduk. 

Tapiii... kami kesian pada dia, sebab tandas duduk tu besar dan memang kena pegang dia. Dia pun nampak seperti tidak selesa. Rumah Farah semuanya tandas duduk dan kami memang tiada tandas cangkung. Itu spesifikasi rumah sewaktu di beli lebih kurang 13 ke 14 tahun yang lepas. Lagipun, memang sejak menjalani pembedahan bersalin Farah kurang yakin nak pakai tandas cangkung nih. Ha ha ha...entah kenapa entah... Gittewlahhh... 

Lama dah berfikir-fikir nak belikan dia alatan untuk "potty training"... Owhhh, dulu Farah pernah kongsikan peralatan yang boleh dibeli atau disediakan untuk anak-anak kecil ketika sedang melatih tandas untuk mereka.Tapi sendiri cari sendiri tak jumpa pula pautan entri tu...Ahakss... Mungkin sebab menyediakan entri di dalam waktu yang singkat maka tak sempat nak godek dan belek blog semuanya sedalam-dalamnya... 

Memang ada merancang untuk membelikan dia alatan "potty training" di dalam waktu terdekat tetapi atas sebab-sebab tertentu ia terpaksa ditangguhkan. Dannn...hari ini, bila ke IKEA tadi... (sambung lagi cerita IKEA yer tak?)... Sempat juga cuci-cuci mata sebarang setengah jam, haippp ini pakai waktu makan tengah hari Farah ok? Dan sambil-sambil ronda-ronda, cuci-cuci mata di dalam IKEA tu, terserempak dengan ini... 


Yoooo... Untuk Ash! Mommy dah belikan dah... Nanti balik malam-malam kita cuba buat rehearsal yer Ash duduk atas nih...Ha ha ha... Tengok tu tengok, tiap kali ada apa-apa barang baru yang melibatkan anak maknya yang lebih teruja dari anak...Krik krik krik sangat tauuu...Ha ha ha... Apakah? Cuba teka berapa harganya? Tak adalah mahal sangat punnn, harganya tadi adalah RM 19.90. Teruja punya pasal sampaikan hantar gambar benda alah ni kat What's App Abah dia... Ha ha ha..Abah memang dah faham sangat...Mommy memang lebih teruja kalau yang melibatkan Ash... Ihikss... 

Harap-harapnya Ash lebih selesa selepas ini apabila membuang hajat... Dan lebih rajin pergi ke tandas...Selepas ini In Shaa Allah, akan mula dengan latih tandas yang lebih serius buat Ash memandangkan usia sudah nak mencecah 2 tahun... Mudah sikit bila dah biasa ke tandas dari membuang segala di dalam lampin pakai buang...Ihikss...Kos lampin pakai buang tu dah boleh simpan untuk simpanan buat Ash... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bersiap-Sedia Untuk "Potty Training" Yang Lebih Serius??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, August 27, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. aah memang kecian klu tandas duduk ni utk kanak-kanak. guna potty tool tu sangat bagus.. anak buah wawa siap pesan dekat mak die. nak balik rumah tokcik kena bawak toilet die skali.. haha

    ReplyDelete
  2. jue bab potty train mmg fail la.. yang abg train smpai 5 tahun asyik terbabas.. last2 pkai jer masuk sekolah cikgu ajar senang pulak.. hat adik ni lagi susah.. hahahha pakai la nak sampai bila nak pkai nanti stop jugak.. hehhehe

    ReplyDelete
  3. rumah saya pon ada tandas duduk je. tapi pada saya bagus je tandas duduk ni asalkan kita beli pelapik untuk kanak-kanak tu kan..
    anak saya tak pandai cangkung, dia macam takut terjatuh dalam lubang..kihkih

    ReplyDelete
  4. Akhirnya,,alhamdulillah ..rezeki mummy ni sebab bersungguh nak latih ash.,

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY