Berpeluh Kerana Bola Dan "Shaker"...


Memang iya pun berpeluh kerana bola dan "shaker" Ephyra nih. Bukan disebabkan nak keluarkan bola daripada "shaker" tu...Nak keluarkan bola dari "shaker" tu perkara kecil sahaja tetapi ada yang lebih besar dari itu. 

Memang berpeluh-peluh dibuatnya. Apabila sel-sel otak sedang berkembang dan juga sedang berhubung kait di antara satu sama lain, memang banyak aktiviti dia. Ada sahaja perkara yang dilakukannya. Hu hu hu. 

Kejadian yang berlaku petang semalam sewaktu memandikan dia. Nak mandi tapi nak main dalam masa yang sama. Ha ha ha, biasalah kanak-kanak yang sedang meningkat dan di usia ini kannn??? 


Bola-bola berwarna-warni, comel-comel yang dibawa masuk ke bilik air yang begitu mengujakan dia sehingga akhirnya terpaksa menggunakan... 


Nun jauh ke dalam lubang "floor trap" jatuhnya bola yang diletakkan di dalam "shaker" itu. Dengan penuh keselambaan dia terjatuhkan bola dan "shaker" itu. Kalau air mengalir lalu dan tidak mengakibatkan banjir itu lain ceritalah kan. Biarkan sahaja di situ... Tapiii... Bila air cuba dilalukan... Air tak lalu sebaliknya mula naik ke atas. 

Ho ho ho, mahu atau tidak memang kena korek dan keluarkan nih. Nasib baiklah Atuk memang ada simpan alat yang panjang tu untuk korek apa-apa dalam lubang "floor trap" kalau tersumbat. Tapiii, nak naikkan "shaker" tu bukan senang oiii... 


Muka orang dah buat salah...beginilah...Ahaksss...Tapi Mommy tak marah dia pun. Cuma cakap, ha ha, Ash buat apa? Tak tau... Ha ha ha... Seronok juga menyakat dia nih. Muka serba salah jer ni. Benda dah jadikan? Cuma pesan dengan dia jangan buang apa-apa lagi dalam "floor trap" nanti rumah kita banjir. 

Berhempas pulas Nek Ma dan Mommy cuba keluarkan "shaker" tu. Mula-mula pakai penyepit, cuba sekali terjatuh, cuba dua kali terjatuh, cuba tiga kali...Ploop ploop ploop terus masuk dan masuk ke lubang pengaliran "floor trap" tu. 

Terpaksa pergi ke bahagian belakang bilik membasuh di mana mesin basuh diletakkan. Buka "floor trap" di belakang. Nahhh tu dia... Kena pakai alat yang Atuk Ash simpan tu. Perlahan-lahan kait gunakan alat itu. Phewww, nasib baik berhasil.

Lega oiii bila dah keluar. Tarik nafas panjang masing-masing. Kalau tidak dahh kena panggil tukang paip dan kemungkinan besar kena pecahkan "tiles" untuk keluarkan "shaker" tu semata. Tu kalau kena dah berapa pula kosnya?



Nak salahkan dia pun tak boleh juga. Iya iya Mommy mengaku Mommy pun ada salah. Sebabnya Mommy tak perasan yang "floor trap" di bilik air tu terbuka dan tak tertutup lepas Mommy basuh bilik air semalam. Sepatutnya, Farah kena pastikan "floor trap" tu tertutup dahulu barulah bawa Ash masuk ke bilik air. 

Kann??? Kadang-kadang kesilapan yang kita lakukan mengakibatkan anak melakukan kesalahan secara tidak disengajakan. Sebelum nak memarahi anak kita kena fikir dulu tentang diri kita, apa kesilapan yang mungkin telah kita lakukan sehingga sesuatu perkara itu terjadi. Begitu jugalah dengan kehidupan. Sebelum melihat kesalahan orang lain, lihat dahulu kesilapan diri sendiri. 

Kadang-kala kita mungkin menjadi orang yang sukar untuk mengaku kesilapan kita sendiri sebaliknya terus-terusan menyalahkan orang lain. Tetapi hakikatnya, ada kesalahan atau kesilapan yang berpunca dari diri kita sendiri. Cuba kita praktikkan? Tak adalah kita ni asyik nak jadi hijau nak marah anak jer yer tak? Ekekekeke.... 


Dia "rilex" jer tonton Robocar Poli. Yang berpeluh Nek Ma dan Mommy kat belakang. Hu hu hu... Apa yang berlaku sebenarnya peringatan kepada Farah juga untuk lebih "alert" selepas ini... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Berpeluh Kerana Bola Dan "Shaker"..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, August 6, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. hahahaha tu senaman gak tu farah..xpelah budak2..mcm2 akan terjadi hehe
    #kipidap

    ReplyDelete
  2. Hehehee..,alhamdulillah dapat dikeluarkan..

    ReplyDelete
  3. alahai ciannya ash..lain kali jgn buat lagi yer ash..:)

    ReplyDelete
  4. Hehe... Ragam anak... Buat muka camtu..nak marah pun tak jadi..

    ReplyDelete
  5. Comelnya ash buat muka mcm tu farah...

    ReplyDelete
  6. Comelnya ash buat muka macam tu farah...nak marah pun tak sampai hati...hihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY