Ben Ashaari In Person...

Farah Waheda Wahid
13

Sebelum menyediakan entri ni, sebenarnya Farah dah minta keizinan tuan punya badan dahulu...Al-maklumlah... Yang nak diceritakan ni dan nak dikongsikan ni adalah cerita mengenai salah seorang blogger yang sememangnya terkenal di Malaysia. Siapa di kalangan blogger yang tak kenal dengan Ben Ashaari kan? Semua blogger kenal dan ramai juga di antara yang bukan blogger sememangnya kenal dengan Ben Ashaari. 

Ben Ashaari... Entri ni memang nak cerita tentang Ben Ashaari yang Farah kenal secara "in person"... Tentang? Tentang dialah... Ha ha ha... Dulu kannn... lebih kurang 2 tahun yang lepas masa mula-mula jumpa dia di Sepetang Bersama Blogger YEOS 2014 memang main beranikan diri jer tegur... Walaupunnn, walaupun dalam hati...nanti bila tegur kang takut dia nih tak layan kang? Ahakss...Al-maklumlah orang popular kann? Manalah tau... ---> Itu andaian pertama...

Satu jerlah, Farah ni memang jenis berani tegur orang dan suka memulakan komunikasi walaupun Farah tak kenal orang tu. Tak kiralah siapa... Ko retis ke? Ko popular ke? Ko siapa ke? "Even boss" paling besar dalam sesuatu syarikat yang Farah bekerja pun Farah pergi redah jer tegur walaupun muka dia macam singa lapar ke apa...Ihikss... Tegur jer, tak jadi kudis pun, kita tegur kalau orang tu nak jawab ke tak nak jawab ke, itu terpulang kepada dia... betul tak? ;-).


Terus-teranglah cakap ek? Farah kan... Memang tak puja Abang Ben... Ha ha ha...Dan Farah bukanlah orang yang terlalu fanatik dengan Ben Ashaari yer? Apa yang Farah lihat pada dia adalah sebagai seorang yang berjaya di dalam bidang yang dia ceburi dan bidang yang dia pilih. Dulu masa mula-mula berblog, Farah cuma blog untuk suka-suka melepaskan rasa rindu untuk menulis. Sebab Farah sebenarnya memang minat untuk jadi "journalist" sejak sewaktu dari zaman sekolah lagi. 

Farah pernah ada blog lain sebelum Bubblynotes.Com. Blog tu di dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya dan dinamakan sebagai My Life Celesta. Dah padamkan dah pun blog tu. Farah mula berblog memang agak lama juga... Lebih kurang 8 tahun yang lepas. Bubblynotes.Com pula diwujudkan dengan nama Farah's Bubblynotes pada mulanya pada tahun 2010 dan kemudiannya bertukar kepada nama yang lebih ringkas Bubblynotes.Com. 

Secara peribadi, jujur Farah katakan, Farah bukan "tertarik" kepada penampilan Abang Ben...ataupun kepada populariti Abang Ben...Ahaksss...Abang Ben, terimalah kenyataan nih... Jujur nih jujur...Tetapi Farah tertarik kepada cara dia serius, cara dia fokus terhadap kerjaya dia dalam arena blog. Kejujuran dia di dalam melakukan penulisan maya dan bagaimana dia berjaya. 

Dia bukan bangkit dengan mendadak begitu sahaja, dia bangkit melalui usaha. Dari susah, dari tidak dikenali kepada apa yang dia ada sekarang. Memang, harga sesebuah kejayaan itu sangat mahal seadanya. Usaha, tawakal dan doa kepada Allah SWT.

Farah kenal Abang Ben, Farah kenal isteri Abang Ben dan juga tentunya Farah kenal Qhaliff dan Zahra kan? Bagi Farah, Abang Ben tu sebagai abang, Kak Zila tu sebagai kakak dan Qhaliff dan Zahra tu dah macam anak buah sendiri. Melalui pertemuan pertama dengan Abang Ben, disusuli pula dengan "job" pertama di bawah kendalian Abang Ben iaitu Susu Kambing NutriGoat Miracle 8 & Me...... Lepas "job" pertama itu, Abang Ben satu hari tu tanya pada Farah, sama ada Farah berminat untuk menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari...... 

Owhhh... Farah ni "noob" sangat ok pada mulanya...Memanglah tau Abang Ben jana pendapatan dari blog. Tapi tak pernah tau caranya bagaimana. Bila kenal dengan Abang Ben dan buat "job" yang pertama dari Abang Ben tu baru tahu...Owhhh...Itu jalannya, itu caranya... Dari situ Farah secara perlahan-lahan belajar untuk memahami.

Masuk pertemuan kedua dengan Abang Ben di acara Sambutan Ramadhan Bersama HungryGoWhere Malaysia, masa tulah Farah ada kesempatan untuk "interview" Abang Ben sikit macam mana Abang Ben jana pendapatan, bercerita tentang blog dan bagaimanakah caranya. Owhh... Farah pun tak sangka Farah dapat jumpa Abang Ben di acara tu sebenarnya sebab Farah mendapat jemputan secara terus dari pihak HungryGoWhere dan terkejut juga bila blogger yang dijemput memang tak ramai... Lepas tu yang dijemput tu pula semua blogger-blogger yang dah ada nama dan dikenali...Segan sekejap "I is chuollss"... 

Dari situ Farah kenali Abang Ben dan sebenarnya dia tak sombong punnn.... Cuma kannn...Abang Ben ni orangnya "firm" ok? Ihiksss...:P...Dia tegas... Nampak macam susah nak borak dengan dia, tapi sebenarnya dia ni ok...Cuma perlu mulakan, lepas tu lama-lama oklah... Dan borak dengan Abang Ben ni seronok sebenarnya sebab macam-macam perkara berkaitan dengan blog, dunia blog yang boleh dibincangkan...

Sedari itu...sehinggalah sekarang...


Dah nak masuk 2 tahun dah "nokss" mak menjadi ahli Kelab Blogger Ben Ashaari...Bukan sebagai "senior" yang dah bertahun-tahun bersama Kelab Blogger Ben Ashaari... Macam Sue Izza, Yanty dan ramai lagi, mereka memang dah bertahun lamanya menjadi ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. Lebih dari 5 tahun. Dan di situ, Farah mula belajar tentang banyak perkara tentang dunia blog dan kepentingan "network" di dalam arena blog. "Network" bukan sahaja penting di alam kerjaya, tetapi juga blog, jika anda serius mahu menjadi blogger berjaya dan menjana pendapatan dari blog. 

Abang Ben adalah seorang yang tak lokek dengan ilmu sebenarnya. "All you have to do is ask!, yes, please ask and he will try to help you in the best way that he could..."... Selama hampir 2 tahun ni, Farah tak pernah nampak lagi yang Kelab Blogger Ben Ashaari adalah Abang Ben seorang..Tetapi ramai di dalamnya...Bukan Ben Ashaari yang punya seorang... Dannn...Kelab Blogger Ben Ashaari bukanlah semata-mata untuk "job" yer? 

Ramai orang di luar sana yang tersalah anggap atau mungkin menganggap, sertai Kelab Blogger Ben Ashaari memang "confirm" dapat banyak "job" blog... Dush dush dush... "Job" itu rezeki, Kelab Blogger Ben Ashaari tak pernah menjanjikan "job" yang banyak buat blogger...Apa yang blogger-blogger di dalam Kelab Blogger Ben Ashaari terima adalah atas hasil usaha sendiri... Bergantung kepada sejauh mana usaha seseorang blogger itu sendiri. Kalau ada dikongsi bersama, kalau tiada ada yang melakukan "job" persendirian. Alhamdulilah, itu rezeki namanya... 

Ada kerja yang dilakukan secara berkumpulan dan ada juga kerja-kerja blog yang mana Farah sendiri mendapat tawaran dari pihak PR bukan melalui Kelab Blogger Ben Ashaari. Apa yang Farah buat setiap kali menerima tawaran secara terus dari pihak PR adalah "approach" Abang Ben dan berbincang, minta pendapat serta tunjuk ajar. Memang, jujur Farah katakan, kalau bukan kerana tunjuk ajar Abang Ben, serta nasihat dan kata-kata...ihikss..Tak adalah Farah rasa semua ni... Yang penting kena rajin tanya jer? 

Ho ho ho, kadang-kadang tu risau juga, kalau-kalau tersalah tanya pada "timing" yang salah..Alhamdulillah, setakat ni, macam mana punn... Abang Ben tetap cuba untuk menjawab soalan-soalan Farah yang beribu-ribu "lemon" tuh...Agaknya dia pun kadang-kadang rasa nak pengsannn sebab banyak sangat ditanya... Tapi kagumlah dengan dia...mana nak jaga blog sendiri lagi, nak jaga Qhaliff dan Zahra lagi, nak jaga komuniti kami lagi... Nak layan kerenah blogger sorang-sorang lagi...Nak berkomunikasi dengan PR lagi... Memang peninggg oiiii...Banyak benda nak kena "handle"...Bukan senang dan bukan mudah...Tapi tetap dia tak pernah "fail" menjawab soalan Farah... 

Abang Ben tu dah macam abang kandung dah pada Farah walaupun hakikatnya bukan ek? Sebab memang dia seorang abang...bukan setakat tentang blog dia nasihat...banyak lagilah dia nasihat... Sampai satu ketika tu, dia pernah cakap... "Haihhh...tak tau dah nak cakap macam mana...nak nasihat dah nasihat, nak bagi pendapat dah bagi pendapat..."...Ha ha ha, akak ni kadang-kadang "blur" dan mudah rasa sedih kannn? 

Setiap kali ada pencapaian Farah yang terbaru, Farah memang tak pernah lupa berterima kasih pada Allah dan juga berterima kasih pada Abang Ben. Tapi, seperti kebiasaannya, Abang Ben akan kata... Tak buat apa-apa pun.. Usaha sendiri... Rezeki Allah beri tu...Terima kasih pada Allah... Yerrr...memanglah... Tapi Farah tetap berterima kasih pada Abang Ben... 

Suami Farah pun kenal dengan Abang Ben, suami Farah pun pernah berjumpa dengan Abang Ben dan tiada masalah di situ. Suami Farah sokong apa sahaja usaha Farah pada blog dari belakang dan Alhamdulillah, suami Farah juga faham yang Farah adalah seorang blogger dan apa yang Farah buat dengan blog. Tidak pernah ada sebarang larangan atau tegahan dari suami bila Farah berkomuniti dan bergerak di dalam komuniti blogger serta berkomunikasi dengan sesiapa sahaja yang melibatkan blog. Terima kasih pada suami yang sangat memahami. Itu ada cerita lain yang nanti kalau berkesempatan Farah kongsi yer? 

Yang Farah boleh rumuskan... kenal dulu Ben Ashaari dan kemudian baru kenal siapa orangnya yang sebenarnya. Banyak dah nasihat yang Abang Ben berikan pada Farah dan sebenarnyalah ek, dia jalankan tugas sebagai seorang pengasas yang baik kepada Kelab Blogger Ben Ashaari dan juga merupakan seorang abang kepada kami semua yang sebenarnya dah didik Farah bagaimana untuk bersabar di dalam setiap ujian, dugaan dan kerap beri nasihat supaya rajin tunaikan Dhuha! :-) ... Memang Dhuha itu membawa perubahan yang besar di dalam hidup Farah...tetapi antara rajin dan tak rajin jer... Huhh...moga-moga semakin rajin dan konsistenlah hendaknya...In Shaa Allah...Amin... 

Dia seorang yang tegas, "fun", ada "sense of humour", abang yang baik kepada kepada adik-adik di Kelab Blogger Ben Ashaari, ada masa tu garang jugak!!! Takut benarnya bila dia marah dan "stress"... ha ha ha... Dan suka bercerita...Farah hormat Abang Ben, macam abang yer...Tak lebih dari itu... Dia juga orang yang banyak menghulurkan bantuan, bukan dari segi kewangan tetapi dengan cara dia yang tersendiri bila di saat-saat sesiapa sahaja memerlukan... bukan eksklusif pada Farah seorang...Dia layan semua orang sama rata dan sama adil ok? Marah bila dia perlu marah, tegur bila dia perlu tegur, bergurau bila dia rasa sesuai untuk bergurau... 

Bukan mudah menjadi Ben Ashaari... Itu yang Farah dapat lihat...Macam-macam nak jaga...Dunia dia memang sibuk... Itulah inilah...tetapi itulah kerja dia, itulah dunia dia... Memang pening ooooo macam-macam perkara nak fikir... Boleh kata Abang Ben ni IronMan pun yer ni...Ha ha ha... Jaga-jaga kesihatan tu Aben... Itulah dia bagi Farah Abang Ben secara "in person"... Ada masa-masa dalam berani-berani takut ada juga menyakat dia...Ha ha ha... Terima kasih atas tunjuk ajar, atas panduan, atas nasihat dan atas kepercayaan yang diberikan... In Shaa Allah, apa sahaja Farah cuba jalankan dengan sebaiknya yer... Dan berbalik kepada janji... In Shaa Allah, Farah tak akan pernah lupa diri dan dari mana asalnya Farah bermula di dalam dunia blog ini... Amin... 

*Hari ni "fefeeling" nak bebel pasal dia pula...Ha ha ha...Nak terima kasih pada dia memang dah banyak terima kasih dah dan tak pernah putus punn, tapi sebenarnya macam banyak jer nak terima kasih ... Tu rasa nak membebel dalam entri nih... Bukannya nak bodek ke apa ek? Memang datang dari hati nih... Selama hampir 2 tahun ni, memang banyak transformasi pada diri sendiri yang dirasakan di dalam dunia blog... Yang buka jalannya Farah tak pernah lupa Kak Mia Liana dan yang banyak memberi nasihat teguran serta tunjuk ajar selama hampir 2 tahun ni... Abang Ben... ;-)

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. terharu nya nama blogger noob picisan pun terselit dalam entry ni... hidup KBBA!

    ReplyDelete
  2. seronoknya baca pengalaman orang berjaya dalam blog. moga terus suksess.

    ReplyDelete
  3. Fuh..baca dengan penuh yakin..heheh..tups kbba its family..abg ben ialah abang..heheh..

    ReplyDelete
  4. setuju..betul.. frasa "BILA DAH POPULAR JANGAN LUPA DIRI"..yes PC akan ingat sampai bila bila apabila buat pertama kalinya abang ben review BLOG PERDU CINTA..tak sangka blogger yang disegani dan terkenal memandang blogger hijau yang masih terlalu mentah macam PC..subhanallah..yang penting adalah dimana pun kita..siapa pun kita..kerendahan hati itu sangat perlu..sokongan kawan kawan blogger vitamin untuk PC..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  5. nice sharing....masa nak masuk kbba pun ben dah bagitau apa itu kbba...alhamdulillah seronok dlm kbba walaupun tak dpt nak join aktiviti2 yang ada....

    ReplyDelete
  6. alhamdullillah..org yg lokek ilmu sntiasa akan dibanyakkan lagi rezekinye...

    ReplyDelete
  7. Abang ben nampak muka macam serius tapi dah berbual tu okay sebenarnya..apepun dia sangat berjaya skang dan berjaya membantu blogger berjaya juga.

    ReplyDelete
  8. moga bro ben dan KBBA sentiasa sukses dan dimurahkan rezeki..mudah-mudahan ada peluang untuk join KBBA..

    ReplyDelete
  9. Fuhhh...panjangnyaaaa...done baca...teringin pulak nak jumpak ben n kbba yg lain in person....

    ReplyDelete
  10. Semoga kbba terus success and akk pn terus berjaya dlm bisang blog.hehehe

    ReplyDelete
  11. Rasa teringin menuntun ilmu dengan Abang Ben juga :)

    ReplyDelete
  12. Setuju dgn farah, ben mmg guru yg baik. Dan farah murid yg cemerlang. Akak kagum dgn kesungguhan farah dlm berblog. U work really hard & deserve all the success dear

    ReplyDelete
  13. tak kenal ..maka tak cinta.... :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !