Bantal Papam Ash Hilang???

Farah Waheda Wahid
6

Terpaksa Mommy dia "filter"kan warna gambar di atas semata-mata tak nak nampak warna bantal papam Ash tu berkepam sangat. Bukan tak mahu dibasuh, tetapi mana mungkin bantal papam kekabu dibasuh? Sebab isinya kekabu...nanti rosaklah bantal papam tu yer tak? Errr... Ke ada cara cuma Farah jer yang tak tau? Hu hu hu... 

BFF dia sangat nih! Pernah Farah kongsikan beberapa informasi mengenai bantal busuk di kalangan kanak-kanak...Err... Dewasa juga "perhaps"? Di dalam dua entri yang pernah ditetbitkan di Bubblynotes.Com sebelum ini, iaitu... 


Ini bukan nak mengulang informasi tentang itu tetapi ini nak bercerita tentang bantal papam Ash yang hilang hari Sabtu yang lepas semasa kami berdua beranak berjimba-jimbaan menghabiskan masa berjalan-jalan di Setia City Mall, Setia Alam. 

Asalnya memang Ash pegang bantal papam dia tu. Mana dia nak tinggal walau sesaat. Walau dah kata, tak perlu dibawa, dia tetap berdegil nak pegang bantal papam tuh. Hu hu hu... Bukan apa, berkepam sangat dah bantal tuh. Segan pula Mommy dia...Muahahaha... 

Tetapi setelah dia berdegil juga nak membawa...memandangkan dia duduk di "buggy"... Makanya, Mommy dia memberikan keizinan. Maka, bawalah dia bersama-sama BFF dia tu. Kami singgah di Daiso dahulu sebab Mommy dia nak mencari "cabinet locker" disebabkan anak teruna dia dah makin giat membuka kabinet. Ha ha ha... 

Hakikatnya kannn??? Walaupun kabinet itu dikunci dengan "cabinet locker", pandai jer dia buka "cabinet locker" tu... Dush dush dush... Motif membeli "cabinet locker" pun tak tahu kenapa..Bha ha ha... Tampal-tampal pun dia buka juga. Kannn??? 

Kemudiannya, setelah selesai cuci-cuci mata di Daiso. Kami pergi ke Kenny Roger's untuk beri Ash makan. Haaaa...waktu tu lah terperasan yang mana bantal papam Ash "is no where in sight"... Dia tak perasan lagi tuh... Alamak!!! Farah dah mula panik dah.. Ink kalau tak ada jadi penyakit ni nanti... 

Beritahu dengan pelayan Kenny Roger's tu yang Farah dan Ash nak keluar sekejap dan akan kembali. Secepat kilat tolak "buggy" Iman Ash dan pergi semula ke Daiso. Pusing balik satu Daiso yang luas tu dan akhirnya bila jumpa, jumpa di tempat "cabinet locker"... Ash pun berbunyi... "Haaa...ere..."... Maksudnya, haaa sini... Adoiii...


Lega koooo... Kalau tak jumpa memang jadi penyakit a.k.a. masalah dibuatnya. Silap-silap mau demam Ash ni kalau kehilangan bantal papam dia. Ha ha ha... Kerana bantal papam sanggup Mommy dia bersusah payah mencari dengan gigih. 

Dapatlah Ash kembali bantal papam dia. Uhuksss... Memang sahabat sejati betul, kena fikirkan cara terbaik nak pisahkan bantal papam tu dengan dia yang benarnya ni. Kalau tidak boleh jadi satu masalah juga ni walaupun ianya nampak remeh dan hal yang kecil. Kannn??? Takkanlah sekolah pun nak bawa bantal papam jugak??? Agagagaga... 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kelam kabut la mama ash cari bantal ni
    kalau tkde maun mengamok 1 rumah ash nnti ..hehe
    nasib jumpa :)

    ReplyDelete
  2. Hehehe...alhamdulillah ada..kalau tidak...walaweiii kesian ash...tq mummy gugih cari bff ash...PC faham perasaan ash sebab aunty PC pun ada bantal busok..ok bai..

    ReplyDelete
  3. ermm..payah gk kn...ada kwn saya smpai zmn universiti dia hngkut bntl busuk..mse tu fikir lahh da besar cmni pun ada bntl busuk..huhhuuhu..ni dah kawen tak tahu ker mcm mne.hehehe

    ReplyDelete
  4. yeayyy..bestny ash peluk bantam pampam dia....

    ReplyDelete
  5. alahai syg...
    takpe la. slowly la pisahkan dia nanti.
    skang dia kecil comel lagi, fara.

    but bantal papam ok lagi. normal.
    ada jiran aida, bra lama mak dia dibawa ke hulu ke hilir tau.
    sejak dia bercerai susu badan.
    memang mak dia da try bagi benda lain.
    bra tu jugak dia nak.
    ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. kawan perempuan aku dulu bawa teddy bear zaman universiti...relaks je

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !