Baju Yang Sama, Ash Yang Sama...

Farah Waheda Wahid
12
Waktu itu sememangnya pantas berlalu. Semalam baru melahirkan dia, hari ini telah hampir mencecah ke usia 2 tahun. Tak lama jer lagi...tak lama jer lagi dah nak 2 tahun dah usia dia. Semalam pasti berlalu dan esok pasti datang. Begitulah kitaran kehidupan. 

Ihikss nak berayat-ayat berbunga-bunga pula ek? Ha ha ha, walhal nak cerita tentang baju jer punnn... Ni haaa... 


Semasa baju ini dibeli ketika itu usia Iman Firash baru sahaja 4 bulan. Saiznya adalah saiz bayi 6-12 bulan. Farah sememangnya suka beli baju Ash besar sedikit dari saiz badan Ash. Dari mula-mula lahir sehinggalah sekarang. Ahaksss... Boleh pakai lama...:-P... 


Ini kalau tak silap bila Ash dah 7 bulan 8 bulan macam tu usianya. Masih lagi pakai baju yang sama sebab memang tempoh waktu ikut saiz di label baju tu kan? Saiz 6 - 12 bulan. Waktu ni mula-mula belajar makan.


Yang ini pula, gambar sebulan ke dua bulan yang lepas. Baju yang sama lagi. Masih muat walaupun dah berusia setahun lebih. :-).


Gambar terkini di pagi Ahad dengan rambut pacak yang tinggi. Dah pandai dah anak teruna ni dah minta pacakkan rambut. Pengsannn... Masih lagi muat di usia 1 tahun 8 bulan. Walaupun telah singkat bajunya tu. Iyalah dah meninggi kann???

Sekejapan jer anak manja Mommy nih dah bujang... He he he... Tak lama lagi beberapa tahun lagi nak kena khatan. La la la la... Jauhnya pemikiran Mommy dia kan??? Dan selepas itu Mommy akan rindu saat-saat yang dirakamkan di dalam gambar ini semua.

Itulah kitaran kehidupan yang tidak boleh dilupakan sepanjang hayat sampai bila-bila... #ehhh apasal syahdu jer ni? Ha ha ha... Adat tu...yang kecil akan membesar, yang dewasa akan tiba hari tua... Tup tup tup dah sekolah nanti, tup tup tup dah masuk universiti...In Shaa Allah... Amin...Tup tup tup dah nak kahwin #ehhh....

Post a Comment

12Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. AsSalam,
    Amat cepat masa berlalu, dah besar Ash
    Untung anak2 zaman ini, ada gambar utk tatapan dimasa hadapan. Boleh lihat semula saat mereka membesar... :)

    p/s: Relaks Minda kini beroperasi di blog baru @ www.dammahumnib.com. Selamat datang...

    ReplyDelete
  2. Kejap je amsa berlalu. Dah nak masuk dua tahun Ash :D

    ReplyDelete
  3. cute!!..tanpa kita sedar nanti..dah masuk sekolah pulakkkk

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..berbaloi bila beli baju besar sikit..pandai mummy rancang ye..tengok..dah dekat 2 tahun pun ash boleh pakai lagi bajunya.. :)

    ReplyDelete
  5. Eh..baru perasan..baju yang sama Dzal pakai masa baby hehehe

    ReplyDelete
  6. bambamnya pipi ash.. geram tengok..

    ReplyDelete
  7. Bagus gak beli saiz besar, boleh guna lama...

    ReplyDelete
  8. ade jugak anak kawan baju lubang2 masa baby masih muat lg tu..umur dah 2 tahun lebih..irine x muat dah baju2 nye..sempit tang perut terjojoii keluar.. huhuhu..anak dara muncitt

    ReplyDelete
  9. Sama la.. Badan halus je, mmg thn lama la bju tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !