"It's raining, it's pouring. The old man is snoring. He went to bed and he bumped his head. And couldn't get up in the morning"...Kisah yang membuatkan Nek Ma Ash dan Farah gelak sehingga keluar air mata semalam. Bukan disebabkan Atuk Ash, tetapi disebabkan oleh Ash sendiri.
Semalam hujan lebat. Cuaca memang sedap tidurlah kan? Sejuk, nyaman, dingin. Perghhh memang seronok layan mata ni. Kalau yang bekerja mesti bermalas-malasan nak bangun pagi ni kan??? Ihikss... Rasa mata tu berattt ajer, sebab tilam dan bantal sangat mengasyikkan.
Semalam juga, kami berdua beranak, empat bercucu tak tidur di bilik tetapi di ruang tamu. Hamparkan tilam, alaskan toto, letakkan bantal dan pasangkan penghawa dingin. Memang ohsem lah... Terus terbangkit mood untuk tidur... Muahahaha...Mulalah mata ni rasa berat jerrr...
Kisahnya, Atuk Ash tewas dulu. Nek Ma dan Farah sedang nak tidurkan Ash.
Tapiiii...Atuk Ash berdengkur kuat pula semalam. Letih agaknya tugasan di tempat kerja semalam?... Yang Ash pusing kanan, pusing kiri sambil ditepuk. Agaknya sedang melayan mata serta mencari posisi tidur yang selesa agaknya.
Nampaklah dia gelisah...Tiba-tiba??? Dia bangun dan berjalan ke arah tempat pembaringan Atuk dia. Ash buat apa??? Kejut Atuk dia tapi Atuk lena sungguh tidur. Cara dia nak hentikan Atuk dari berdengkur? Ha ha ha... Baring atas perut Atuk. Terkejutlah Atuk dia.
Lepas Atuk terjaga dan berhenti berdengkur, dia balik semula ke tilam dan selepas itu, tepuk-tepuk sekejap. Lena dahhh... Bha ha ha...Adoiii, pecah perut Nek Ma dan Farah melihatkan gelagat Ash untuk hentikan dengkuran Atuk dia. Ekekekeke...Sampai keluar air mata...
Macam tu sekali dia nak hentikan dengkur Atuk dia. Sanggup bangun dari pembaringan walau mata dah kuyu demi privasi tidur dia. Ahaksss... Tindakan spontan yang tidak pernah diajar-ajarkan...
Inikannn habislah... Kalau bakal menantu "I is" akan datang bila Ash dewasa nanti tidur berdengkur silap-silap kena kejut dengan Ash waktu sedap-sedap bermimpi. Tak pun, Ash lari tidur tempat lain...Wakakakaka....
cute ajer..hehe
ReplyDeleteala comelnyaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletePintarnya ash, x selesa la tu bunyi bising hihi
ReplyDeletehahahahahah sabo je la mamat ni hahahahhaa
ReplyDeletehahahahahahahaha...ashhhhh..geli hati aunty PC la..pandai dia..mesti atok cuak nak berdengkur lagi..
ReplyDeletealohhhh ash ni..hehehehe
ReplyDeletehehe..comel je Ash buat atok camtu..
ReplyDeleteHAHAHA....
ReplyDeletehttp://jmbelog.blogspot.com/
^_^ hehe atok..atok..
ReplyDeleteomei Ash =D
Hehe.. cucu kesayangan. ?
ReplyDelete